Rabu, 21 Julai 2021

Aidil Adha: Pesanan Imam Besar Masjid Negara Buat Semua Pemimpin Politik

 

Pagi 10 Zulhijah lalu, Imam Besar Masjid Negara, Haji Ehsan Mohd Hosni kedengaran sebak pada minit-minit terakhir ketika membacakan Khutbah Solat Sunat Aidiladha bertajuk, “Cabaran dan Pengorbanan.”

Perasaan khatib berkenaan dapat dikesan ketika beliau menasihatkan pemimpin bersimpati terhadap rakyat agar tidak terus bertelagah.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yasin bersama isteri Puan Sri Noorainee Abd Rahman berada di dalam Masjid tersebut pada ketika itu bagi menunaikan solat sunat Aidiladha.

Turut hadir bersama beliau Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri.

Antara khutbahnya..

Dalam pada kita berjuang melawan pandemik Covid-19, kita juga berdepan dengan bermacam bentuk cabaran. Pastinya, ramai yang terkesan dari sudut ekonomi, psikologi dan mental, pendidikan, bahkan, cuaca politik negara juga ada pasang surutnya."

"Seharusnya kita sedar bahawa manusia merupakan makhluk sosial yang tidak mampu hidup sendiri. Manusia merupakan makhluk yang memerlukan orang lain dalam banyak perkara."

"Maka, ketika kita ada kelebihan rezeki dan boleh berkorban, alangkah baiknya jika kita tidak menunda-nunda lagi."

Dan.. "Setiap cabaran dan ujian yang terbentang perlu dihadapi dengan akal dan tindakan yang rasional."

"Cabaran yang dihadapai juga memerlukan pengorbanan dan ketabahan yang tinggi, Berkorbanlah sebahagian harta yang kita miliki bagi membantu ahli keluarga, saudaramara, jiran tetangga dan sesiapa jua yang sedang dalam kesusahan."

"Korbankanlah masa tidur kita dengan bangun mendirikan malam untuk bertaubat dan bermunajat kepada Allah SWT."

"Korbankanlah keseronokan dan hiburan yang sia-sia dengan menumpukan kepada pembaikan diri kerana hiburan yang sia-sia itu tidak akan membantu kita menghadapi hari perbicaraan di Mahsyar kelak."

"Khatib juga ingin mengambil peluang pada hari yang mulia ini untuk mengingatkan saudara-saudari sekalian terutamanya para pemimpin, juga kepada seluruh rakyat sekalian agar menumpukan sepenuh usaha dan tindakan dalam usaha mengekang penularan wabak Covid-19."

Hentikanlah percakaran yang sia-sia. Bersimpatilah terhadap rakyat dan janganlah kerana ketamakan itu menyebabkan rakyat pula yang menjadi mangsa."

"Bagaimanakah Allah SWT mahu memperkenankan doa kita dan menurunkan rahmat-Nya selagimana kita masih lagi bergelumang dengan dosa, kemaksiatan dan perpecahan?


Di bawah adalah teks Khutbah Aidiladha 1442H yang telah dibacakan oleh Imam Besar Masjid Negara itu..

Teks Khutbah Aidiladha 1442H - Cabaran Dan Pengorbanan by Sam on Scribd

-Anak Sungai Derhaka

0 ulasan:

Catat Ulasan