Kuala Lumpur: Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini mengumumkan Pakej Bantuan Perlindungan Ekonomi dan Rakyat Malaysia (PERMAI) bernilai RM15 bilion.
Muhyiddin berkata, sebanyak 22 inisiatif akan dilaksanakan di bawah PERMAI, berteraskan tiga matlamat utama iaitu memerangi pandemik Covid-19, memelihara kebajikan rakyat dan perniagaan.
Antara inisiatif yang diumumkan Perdana Menteri:
Pemberian sekaligus RM500 kepada semua petugas barisan hadapan kesihatan, RM300 rkepada petugas barisan hadapan lain mula dibayar pada suku tahun pertama tahun iniKerajaan tambah lebih 3,500 petugas kesihatan yang akan bertugas hujung Januari, dengan peruntukan tambahan RM150 jutaMoratorium, termasuk lanjutan moratorium, dan pengurangan ansuran pinjaman akan ditawarkan oleh bank- bank, seperti yang diumumkan sebelum iniSetakat 13 Januari, lebih 3 juta permohonan telah diluluskan dengan jumlah RM24 bilion akan disalurkan pada tahun iniJKM akan laksana Program Bakul Makanan bernilai RM100 ringgit bagi setiap isi rumah yang layakPelepasan cukai khas sehingga RM2,500 bagi pembelian telefon bimbit, komputer dan tablet dilanjutkan sehingga 31 Dis 2021Bayaran fasa terakhir BPN 2.0 akan dipercepatkan iaitu mulai 21 JanPemberian percuma data 1 Gigabit kepada orang ramai termasuk bagi tujuan pendidikan mulai awal bulan ini hingga AprilMereka terjejas boleh memohon moratorium bayaran balik pinjaman PTPTN selama tiga bulan sehingga 31 MacProgram Subsidi Upah 3.0 di bawah PERKESO akan ditambah baik, semua majikan yang beroperasi semasa PKP layak untuk memohon tanpa mengambil kira sektorBantuan sekaligus RM500 kepada pemandu pelancong, pemandu teksi serta pemandu bas sekolah, bas persiaran, kereta sewa dan e-hailingKWSP akan membuat pembayaran pendahuluan sehingga RM1,000 ringgit bagi permohonan kemudahan i-Sinar Kategori 2,terutamanya bagi mereka yang menghadapi pelbagai cabaran akibat PKP serta bencana banjirProgram Subsidi Upah 3.0 melibatkan peruntukan tambahan sebanyak RM1 bilion dijangka dapat memanfaatkan 250 ribu majikan yang menggaji lebih daripada 2.6 juta pekerjaKerajaan akan mempercepatkan pelaksanaan skim-skim mikro credit dan kempen e-dagangUntuk tempoh satu bulan, majikan yang layak akan menerima subsidi upah berjumlah RM600 bagi setiap pekerja mereka yang bergaji kurang dari RM4,000, had pekerja 500Kerajaan benarkan syarikat milik asing yang beroperasi di Malaysia untuk mendapat jaminan SJPD dengan syarat jumlah pekerja tempatan mereka adalah sekurang- kurangnya 75 peratusKerajaan sedia peruntukan awal RM200 juta bantu ringankan beban rakyat terjejas akibat banjirRM50 juta disalur kepada NADMA bagi perbelanjaan operasi bencana semasa tempoh Monsun Timur Laut
-myMetro
Tak ada yg baru dalam Perutusan Khas PM sebentar tadi. Apa yg diumumkan semuanya telah termasuk dalam bajet 2021. Keseluruhannya adalah sekadar ulangan!. Maaf cakap, rakyat xsebodoh yg disangka!.
BalasPadam