Rabu, 13 Januari 2021

Akan Berakhirkah Karrier Politik Najib Dan Zahid Dalam Tempoh Darurat Ini?

 

"Saya juga memberi jaminan bahawa sepanjang tempoh darurat ini, badan kehakiman akan terus berfungsi untuk menegakkan hukum dan keadilan.


"Kerajaan Perikatan Nasional akan terus mempertahankan kebebasan badan kehakiman dan tidak akan sekali-kali mencampuri urusan mahkamah. The judiciary will continue to be the beacon of justice in our country and I will never interfere in the business of the court.

Itu adalah petikan dari ucapan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam perutusan khas darurat yang disiarkan secara langsung menerusi stesen televisyen tempatan semalam.

Teks ucapan penuh boleh dibaca di SINI
 
Kepada siapa Muhyiddin tujukan ayat mengenai badan Kehakiman itu agaknya?

Adakah kepada Presiden UMNO yang juga bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang menghadapi 40 pertuduhan rasuah..?

Laporan dari Sinar mengatakan tarikh perbicaraan yang sebelum ini ditetapkan pada 12 Oktober 2020 ditangguhkan susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) bagi mengekang penularan pandemik koronavirus (Covid-19). 

"E-mel diterima daripada mahkamah memaklumkan bahawa seperti diarahkan oleh Yang Arif Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Noorin Badaruddin, tarikh perbicaraan bagi kes ini ditetapkan pada April 2021 iaitu 12 hingga 15, 19, 20 hingga 22 dan 26 hingga 28. 

"Mahkamah turut menetapkan tarikh-tarikh perbicaraan selanjutnya pada Mei 2021 iaitu 3 hingga 6, 24, 25, 27 dan 31 serta 1 hingga 3 Jun 2021," kata Timbalan Pendakwa Raya (TPR) Wan Shaharuddin Wan Ladin.

Atau kepada bekas Presiden UMNO yang juga bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang berhadapan dengan pertuduhan Kes tuduhan rasuah dan pengubahan wang haram berjumlah RM2.3 Bilion?

Bagi kes tuduhan rasuah, mahkamah telah menetapkan tarikh untuk sambung bicara iaitu 25 hingga 27 Januari, 2 hingga 4 Februari, 8 hingga 11 Februari dan 15 hingga 18 Februari, 5 hingga 8 April, 19 hingga 22 April dan 26 hingga 28 April, 3 hingga 6 Mei, 17 hingga 20 Mei dan 24 hingga 27 Mei, 1 hingga 3 Jun, 8 hingga 10 Jun, 21 hingga 24 Jun dan 28 hingga 30 Jun serta 5 hingga 8 Julai tahun 2021.

Sementara bagi kes meminda laporan akhir audit 1MDB, mahkamah juga menetapkan tarikh-tarikh lain untuk sambung bicara iaitu 22 hingga 24 Febuari, 8 hingga 11 Mac, 5 hingga 8 April dan 12 hingga 15 April 2021. 

Rasanya bukan ditujukan kepada Najib dan Zahid sahaja.. tapi lain-lain kluster Mahkamah yang ada tu..

Apakah dengan berakhirnya tempoh darurat akan berakhir karrier mereka-mereka itu dalam politik?

Berakhirnya tempoh darurat mungkin akan menyaksikan karier politik Najib Razak juga tamat kerana dalam tempoh enam bulan akan datang, proses rayuan bekas perdana menteri itu dalam kes melibatkan dana RM42 juta berkait 1MDB akan selesai.

Padai Julai tahun lepas, Mahkamah Tinggi mendapati Najib bersalah dalam tujuh dakwaan pecah amanah, pengubahan wang haram dan penyalahgunaan kuasa melibatkan RM42 juta daripada syarikat SRC International Sdn Bhd.

Dalam rayuannya, peguam Najib mengemukakan lebih daripada 300 alasan untuk mengenepikan sabitan bersalah yang akan mula didengar pada 15 Februari akan datang.

Seorang peguam kanan bagaimanapun berkata, kes yang melibatkan 42 dakwaan rasuah terhadap bekas perdana menteri itu sudah cukup untuk menamatkan karier politiknya.

Haniff Khatri Abdulla berkata, jika Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan mengekalkan hukuman terhadap kes tersebut, karier Najib dalam politik perlu direhatkan sehingga 2033, ketika Pilihan Raya Umum ke-17 (PRU17) perlu dilaksanakan.

“Kalau tak ada apa-apa pengampunan Diraja, maka hancurlah karier Najib Razak,” katanya kepada MalaysiaNow.

Selain Najib, Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi dan setiausaha agung parti itu Ahmad Maslan adalah antara ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) yang sedang berdepan dengan pelbagai pertuduhan rasuah dan salah guna kuasa di mahkamah.

Semalam, Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah memperkenankan satu pengisytiharan darurat bagi membendung pandemik Covid-19 berkuat kuasa hari ini sehingga 1 Ogos 2021.

Dalam perutusan khas sempena perisytiharan darurat semalam Perdana Menteri Muhyiddin Yassin mengatakan kerajaan akan berjalan seperti biasa dan berikrar tidak akan mencampuri urusan mahkamah.

“Kalau tak ada apa-apa pengampunan Diraja, maka hancurlah karier Najib Razak,” katanya kepada MalaysiaNow. Seorang penganalisis melihat jaminan perdana menteri untuk tidak mencampuri urusan mahkamah sebagai satu amaran kepada “kluster mahkamah”, merujuk kepada ahli Parlimen BN yang berdepan pendakwaan rasuah dan salah guna kuasa.

Shamsul Amri Baharuddin Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) berpandangan bahawa kenyataan Muhyiddin semalam sebagai satu isyarat keras kepada Najib untuk mengatakan beliau tidak mahu menjalankan sebarang rundingan melibatkan kes-kes mahkamah bekas bosnya itu.

“Tiada harapan, tiada harapan langsung untuk Najib berunding dengan Muhyiddin kerana perdana menteri sudah memberi gambaran seolah-olah sudah ada ‘sekatan’ di situ, beliau sememangnya tidak mahu dikaitkan atau terlibat dengan kes-kes Najib,” katanya kepada MalaysiaNow.

“Bukan dia sahajalah, yang lain juga, pemimpin Umno yang berdepan tuduhan mahkamah. Amaran ini pun diguna pakai juga kepada ‘kluster mahkamah’ bukan dia (Najib) sahaja.”

Proses rayuan kes SRC International akan berjalan dalam tempoh 14 hari tanpa memerlukan saksi dipanggil.

Haniff berkata, ia mampu diselesaikan dengan keputusan hakim pada hujung bulan depan.

Sekiranya Mahkamah Rayuan mengekalkan sabitan hukuman kes, Najib boleh mengemukakan rayuan di Mahkamah Persekutuan di mana ia boleh dilakukan dalam tempoh kurang empat bulan.

“Jadi sebelum 1 Ogos (tarikh akhir tempoh darurat), boleh selesai kes di Mahkamah Persekutuan,” katanya.


-Anak Sungai Derhaka

0 ulasan:

Catat Ulasan