Selaras dengan penemuan Vaksin bagi COVID-19, berbagai pendapat dari kumpulan anti-vaksin mula kedengaran menggugat keyakinan ramai akan keperluan mendapatkaan Vaksin ini bagi mencegah penularan COVID-19.
Selain dari dalam negara kita sendiri yang mempertikaikan Vaksin tersebut, diluar negara yakni Israel juga terdapat individu yang menentang pengunaan Vaksin itu.
Dalam kenyataan yang agak mengarut, Rabbi (pemimpin agama Yahudi) dari mazhab ultra-ortodoks Yahudi telah memberi amaran kepada orang ramai agar tidak mengambil vaksin coronavirus dengan mengatakan ia mungkin menjadikan lelaki sebagai gay.Rabbi Daniel Asor, yang mempunyai ramai pengikut di media sosial, juga menegaskan bahawa keseluruhan usaha vaksinasi adalah karya pemerintah jahat dunia yang berusaha untuk mewujudkan order baru Dunia (New World Order).
Dalam khutbah dalam talian terbarunya, pemimpin itu mendakwa bahawa apa-apa, termasuk vaksin, yang dibuat menggunakan "substrat embrio" boleh menyebabkan "kecenderungan berlawanan", lapor media Israel.
"Mana-mana vaksin yang dibuat menggunakan substrat embrio menyebabkan kecenderungan yang berlawanan dan kami mempunyai bukti mengenai ini, Vaksin diambil dari substrat embrio, dan mereka juga melakukannya di sini, jadi ... ia boleh menyebabkan kecenderungan yang berlawanan," katanya mengisyaratkan pada homoseksual.
Setelah mengaitkan dakwaan yang tidak berasas antara vaksin dan homoseksual, Asor juga mendakwa pelbagai 'teori konspirasi' menyelubungi seluruh wabak coronavirus.
Beliau turut mendakwa Organisasi Kesihatan Sedunia (WHO) dan syarikat pembuat vaksin Pfizer dan BioNTech sebagai "Organisasi Jenayah", yang telah menyampaikan data palsu mengenai keberkesanan vaksin itu kepada para pemimpin Ultra-Ortodoks dalam usaha melobi mereka untuk memilikinya.
Daniel Asor juga berpendapat bahwa virus tersebut dibebaskan untuk "mematikan populasi global" dan vaksin hanyalah cara untuk meneruskan agenda ini.
Sumber: News18
Credit:Anak Sungai Derhaka
0 ulasan:
Catat Ulasan