Anwar bersama PH akan mencabar proklamasi darurat di Mahkamah.. dalam masa yang sama UMNO pula menggesa semua Ahli Parlimennya untuk bersetuju mendesak sidang parlimen khas diadakan berhubung proklamasi tersebut..
Suratan?.. Kebetulan?.. atau memang dah dirancang?
Sebenarnya.. siapakah dalang dalam UMNO yang bersungguh-sungguh mahukan satu sidang Khas Parlimen berkenaan proklamasi darurat diadakan dan apakah tujuannya?
Kehendaknya itu selari benar dengan apa yang hendak dilaksanakan oleh Anwar...
"SUA UMNO menulis kepada MP dan memberi masa kurang dari 24 jam untuk menyatakan persetujuan menggesa YDP Agong memanggil sidang parlimen, kononnya di bawah perkara 150(3) Perlembangaan Persekutuan."Elok SUA UMNO itu rujuk constitutional expert (pakar perlembagaan) supaya kelihatan lebih cerdik hal undang-undang," ciap Annuar di Twitternya.
Annuar juga dilaporkan berkata tindakan itu boleh ditafsirkan sebagai percubaan menderhaka kepada titah Yang di-Pertuan Agong yang berkenan mengisytiharkan darurat pada 12 Januari lepas.
Selain Annuar, Ahli Parlimen Pengerang Azalina Othman Said yang juga Timbalan Speaker Dewan Rakyat menolak surat gesaan itu dengan alasan dirinya berpegang teguh kepada demokrasi berparlimen.
"Ia wajar ditekankan bahawa fasal 14(1) ordinan yang baru saja dimasyhurkan oleh Yang di-Pertuan Agong baru-baru ini memperuntukan bahawa Parlimen hanya boleh dipanggil sebagaimana yang difikirkan sesuai oleh Yang di- Pertuan Agong."Oleh itu, pada hemat saya, kebarangkalian Yang di-Pertuan Agong memanggil satu persidangan Parlimen dalam masa terdekat ini ataupun membatalkan proklamasi dan ordinan tersebut sama sekali sangatlah tipis."Atas sebab-sebab yang dinyatakan di atas, maka dengan segala hormatnya saya menolak dan tidak bersetuju dengan permohonan persetujuan ke atas isu tersebut seperti mana yang diminta oleh YB Pontian melalui surat 18 Januari 2021," katanya..
... Datuk Seri Najib Razak didakwa menjadi dalang kepada usaha UMNO yang mahukan Ahli Parlimen parti itu menyokong gesaan supaya sidang khas Parlimen diadakan berhubung proklamasi darurat.
Menurut sumber yang rapat dengan UMNO, bekas presiden parti itu berbuat demikian untuk membolehkan usaha-usaha menjatuhkan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dapat terus dijalankan demi menaikkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai perdana menteri yang baharu.
"Malangnya, usaha Najib itu gagal selepas 35 ahli Parlimen BN tidak bersetuju dengan langkah tersebut yang dilihat 'menderhaka kepada Agong' manakala hanya tujuh Ahli Parlimen yang bersetuju," katanya.
Demikian menurut sebahagian laporan yang dipetik dari Astro Awani
Gerakan untuk mencabar proklamasi itu telah diperincikan dan didedahkan oleh sebuah portal dipercayai milik ahli UMNO...
1. Pada 18 Jan 2021 Bosku telah mengadakan perjumpaan dengan beberapa orang Ketua UMNO Bahagian di Bilik Mesyuarat Barisan Nasional (BN), Tingkat 8, Menara Dato’ Onn, PWTC, KUALA LUMPUR.
2. Seramai lebih kurang 12 orang yang terdiri dari Ketua-Ketua UMNO Bahagian pro Bosku telah ada disitu seperti Dato’ Seri Tajudin Abd Rahman, Tan Sri Mohamed Fatmi Che Salleh , Dato’ Johan Abd Aziz , Dato’ Yahya Mat Ghani, Dato’ Nazir Hussin Akhtar Hussin dan Hamidi Mohd Noh Peguam UMNO.
3. Perbincangan berkisar untuk mencabar Proklamasi oleh YDP Agong berhubung Akta Darurat Perkara 150 Fasal (3) Perlembagaan Persekutuan yang di titahkan untuk dilaksanakan. Bagi kluster Bosku dan Zahid mendakwa apa-apa ordinan yang dimasyhurkan hendaklah dibentangkan di hadapan kedua-dua Majlis Parlimen iaitu Dewan Rakyat dan Dewan Negara.
4. Dalam masa yang sama Bossku turut mengadakan perbincangan di Pejabat Dato’ Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Presiden UMNO di Tingkat 38 . Semasa disini perbincangan kepada isu yang sama yang mahu gerakan dibuat untuk mendesak Darurat ditamatkan. Sekali lagi Ketua- Ketua Bahagian akan digunakan untuk menggerakkan hasrat kluster Mahkamah dan Kluster menyokong Anwar dan DAP ini. Ketua- Ketua Bahagian UMNO diseluruh negara akan dijadikan balaci untuk mencapai matlamat menderhaka titah Agong ini.
5. Presiden UMNO melalui Ahmad Maslan telah mengeluarkan satu surat kepada semua AP UMNO dan Ketua- Ketua Bahagian untuk ditandatangani sebagai sokongan bagi membatalkan proklomasi darurat untuk dihantar kepada SPB YDP Agong dan mendesak supaya diadakan sidang Dewan Rakyat.
6. Semua ini adalah untuk terus menekan dan menumbangkan Mahyuddin PM yang mengetuai Kerajaan Melayu Islam ini bagi menggantikan dengan Kerajaan yang dipimpin Anwar bersama DAP dan jajaran baru bersama parti-parti dalam PH.
7. Gerakan ini digerakkan selari dengan gerakan yang sedang dibuat oleh Anwar bersama DAP dan Pakatan PH yang akan membawa Proklamasi ini ke mahkamah untuk diputuskan supaya dibatalkan oleh Mahkamah. Parti Amanah melalui Salehudin Ayub secara terang-terang menyangkal Proklamasi Darurat oleh YDP Agong ini dan media sosial mereka melaksanakan viral membangkitkan sentimen rakyat bagi menentang Proklamasi ini.
8. Pemimpin Kluster Mahkamah dan Ketua-Ketua Bahagian penjilat Bosku dan Zahid ini telah giler dalam berpolitik. Mereka ini nak bawa UMNO kemana sekarang.? Lagi lama mereka disitu makin parah UMNO dikacata mata pengundi. Kalau mereka masih disitu semasa PRU, alamat UMNO akan bungkus lagi. Tindakan mereka sekarang telah sampai kepenghujung pengkhianatan iaitu derhaka dan ingkar kepada YDP Agong dan Raja-Raja Melayu.
9. Apa lagi yang Ketua-Ketua Bahagian tunggu. Simpati tidak akan menyelesaikan masalah parti. Bebaskan dari Bosku dan Zahid. Mereka sudah sampai ketahap derhaka pada Raja-Raja dan Perlembagaan negara.
Maklumat lain sila baca di SINI
0 ulasan:
Catat Ulasan