Selasa, 26 Januari 2021

Covid19:Jumlah Korban Global Cecah 2.13 Juta Dan Positif Hampir Melepasi 100 Juta

 

COVID-19: Korban seluruh dunia cecah 2.13 juta

COVID-19: Korban seluruh dunia cecah 2.13 juta

Berdasarkan data Johns Hopkins University, AS kekal merekodkan jumlah kematian tertinggi dengan lebih 420,000 kes. -Gambar fail
ANGKA kematian akibat COVID-19 seluruh dunia kini mencecah 2.13 juta kes.
Berdasarkan data Johns Hopkins University, AS kekal merekodkan jumlah kematian tertinggi dengan lebih 420,000 kes.
COVID-19 | Angka korban dunia kini cecah 2.13 juta
Ini diikuti Brazil dengan lebih 217,000 kes, India dan Mexico pula merekodkan lebih 100,000 kes kematian.
Negara yang merekodkan angka korban melebihi 50,000 kes termasuk UK, Itali, Perancis, Rusia, Iran, Sepanyol, Jerman dan Colombia.
Selain itu, negara yang merekodkan antara 30,000 hingga 50,000 kes kematian adalah Argentina, Afrika Selatan, Peru dan Poland.
Indonesia, Turki, Ukraine dan Belgium pula mencatatkan lebih 20,000 angka korban.
Kebanyakan negara lain merekodkan angka korban di bawah 20,000 kes.

COVID-19: Kes positif global hampir lepasi 100 juta


COVID-19: Kes positif global hampir lepasi 100 juta
Amerika Syarikat masih kekal negara paling teruk terjejas dengan lebih 25.21 juta kes. - Foto REUTERS
Jumlah kumulatif kes positif COVID-19 seluruh dunia kini menghampiri 100 juta kes.
Ia berikutan lebih ratusan ribu kes baharu dikesan dalam tempoh 24 jam lepas sekali gus menjadikan kes kumulatif global kini 99.54 juta kes.
Data terbaharu Johns Hopkins University turut menunjukkan Amerika Syarikat masih kekal negara paling teruk terjejas dengan lebih 25.21 juta kes.
COVID-19 | Kes positif global hampir lepasi 100 juta

Ini diikuti India dengan 10.66 juta kes dan Brazil dengan 8.84 juta kes.
Manakala negara yang melepasi angka 3 juta kes adalah Rusia, United Kingdom dan Perancis.
Sepanyol, Itali, Turki, Jerman dan Colombia mencatat lebih 2 juta kes.
Argentina, Mexico, Poland, Afrika Selatan, Iran, Ukraine dan Peru pula antara negara yang merekodkan lebih sejuta kes positif.
Manakala Indonesia, Belanda, Czechia, Kanada, Romania, Chile, Belgium, Portugal, Iraq, Israel, Sweden, Pakistan, Bangladesh, Filipina dan Switzerland pula antara negara yang merekodkan angka lebih 500,000 kes.
COVID-19 | Moderna sahkan vaksin berkesan tangani mutasi baharu virus
Negara dalam lingkungan 300,000 hingga 500,000 kes termasuk Maghribi, Austria, Serbia, Jepun, Arab Saudi, Hungary, Jordan dan Panama.
Negara lain merekodkan angka positif antara 100,000 dan 300,000 kes termasuk Malaysia.
-Astro Awani

0 ulasan:

Catat Ulasan