Isnin, 18 Januari 2021

Jamal jadi tumpuan lagi didakwa buat video komen jelik

 

JAMAL Md. Yunos sekali lagi menjadi tumpuan apabila dia kali ini didakwa di Mahkamah Sesyen di sini atas dua pertuduhan memuat naik video kenyataan jelik dalam laman Facebooknya tahun lalu.

AMPANG – Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar itu Datuk Seri Jamal Md. Yunos sekali lagi menjadi tumpuan apabila dia kali ini didakwa di Mahkamah Sesyen di sini atas dua pertuduhan memuat naik video kenyataan jelik dalam laman Facebooknya tahun lalu.

Bagaimanapun Jamal, 51, mengaku tidak bersalah selepas kedua-dua pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Hakim Azrul Darus.

Mengikut pertuduhan pertama dan kedua Jamal didakwa secara sedar memuat naik dua video kenyataan-kenyataan jelik sifatnya dengan niat untuk menyakiti hati orang lain yang kemudian dilihat pada 20 Ogos 2020 pukul 12 tengahari di Taman Dagang Avenue di sini.

Kesalahan itu didakwa dilakukan melalui perkhidmatan apikasi Facebook menggunakan Profil Datuk Sri Jamal Yunos di pautan www. facebook.com/watch/live masing-masing pukul 10 pagi dan 3 petang pada 19 Ogos 2020.

Bagi kedua-dua kesalahan itu, Jamal didakwa mengikut Seksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (akta 588) dan boleh dihukum dibawah Seksyen 233(3) akta sama.

Hukuman bagi seksyen itu ialah denda maksimum RM50,000 atau penjara tidak lebih setahun atau kedua-duanya sekali jika sabit keaalahan.

Terdahulu Timbalan Pendakwa Raya S. Sangitaa menawarkan jaminan RM20,000 bagi setiap satu pertuduhan atas alasan jumlah tersebut adalah berpatutan dan tidak berlebihan termasuk faktor kepentingan awam. Ini bermakna kedua-dua pertuduhan itu berjumlah RM40,000.

Namun peguam Datuk Mohd. Imran Tamrin yang mewakili Jamal memohon mahkamah memberikan jaminan RM5,000 bagi kedua-dua pertuduhan atas alasan kedua-dua kes itu akan dibicarakan secara bersama.

“Tertuduh merupakan seorang ahli politik dan juga peniaga yang mengusahakan restoran. Berikutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ia menjejaskan pendapatan tertuduh, ” katanya.

Selepas mendengar pernohonan kedua-dua belah pihak, Azrul kemudian membenarkan Jamal diikat jamin RM20,000 bagi kedua-dua pertuduhan.

Tarikh 18 Februari ini ditetapkan sebagai sebutan semula kes dan serahan dokumen

Sebelum ini pada 25 Ogos tahun lalu, Jamal dipanggil ke Bukit Aman bagi memberi keterangan berhubung penghantaran memorandum berkaitan kegiatan judi yang diserahkannya kepada polis.- K! ONLINE

0 ulasan:

Catat Ulasan