Dalam satu perkongsian oleh Skuad Pengurusan Jenazah Malaysia (SPJM) di laman Facebook lewat malam Selasa, SPJM mendakwa seorang doktor yang berkhidmat dengan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) akhirnya menghembuskan nafas akhir dipercayai akibat terlampau penat dengan bebanan tugas yang dipikul.
Menurut SPJM, Dr Ali yang juga ahli SPJM jatuh sakit setelah kerana beban kerja terlalu penat dan letih, selain kekurangan masa untuk beristirahat setelah bertugas di barisan hadapan KKM menangani Covid-19.
"Beliau tertidur ketika bertugas dan akhirnya pengsan," katanya.
Dalam perkongsian itu, SPJM turut memuat naik sekeping gambar terakhir Dr Ali yang tertidur semasa bertugas dengan memakai pakaian perlindungan diri (PPE).
Bagaimanapun dakwaan mereka itu dinafikan oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)
=====
PUTRAJAYA - Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menafikan bahawa Dr Ali Noor Hassan meninggal dunia akibat terlampau penat dengan beban tugas.Sebaliknya kata Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah kepada Sinar Harian, doktor itu mempunyai penyakit lain."Beliau telah dikesan mempunyai penyakit lain dan tak ada kaitan dengan kelesuan bekerja," katanya menerusi aplikasi WhatsApp pada Rabu lapor Sinar
-------------
Memandai-mandai pulak SPJM tu... kan dah jadi berita palsu..
Apapun.. bersamalah kita mendoakan semoga ALLAH SWT menerima segala amal kebajikan beliau ,mengampuni segala dosanya yang lampau dan tempatkan rohnya bersama dengan orang-orang yang beriman..
0 ulasan:
Catat Ulasan