SELEPAS setahun wabak yang kini menjadi pandemik Covid-19 melanda rakyat Malaysia, ramai yang tertanya-tanya mengapakah tidak ada tindakan yang proaktif dilakukan oleh pihak Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) untuk memudahkan anak-anak yang mengikuti kelas secara dalam talian atau online classes.
Ibu bapa hari ini meluahkan rasa terkilan kerana rata-rata mereka yang mempunyai ramai anak memerlukan peranti setiap seorang untuk mengikuti kelas online.
Memanglah istilah ramai anak amat subjektif tetapi apabila mempunyai lebih daripada dua atau tiga orang anak yang masih belajar dan perlu mengikuti kelas online, semestinya satu peranti tidak mencukupi.
Peranti yang dirujuk di sini termasuklah telefon bimbit sama ada smart phone atau android, tablet atau tab, ipad atau mini ipad, laptop atau komputer riba dan mungkin juga komputer di rumah.
Akan tetapi kesemua gajet yang disebut di atas itu perlu versi terkini atau updated version yang mana, jika ia menggunakan versi lama, ia tidak support untuk digunakan hari ini.
Bebanan terhadap keluarga yang kurang berkemampuan untuk membeli gajet bagi kegunaan anak-anak yang mengikuti kelas online sebenarnya bukanlah sesuatu yang lucu dan jauh sekali menjadi bahan lawak.
Keluarga yang tidak berkemapuan merasa resah kerana bimbang anak-anak mereka tercicir dalam pelajaran normal baharu.
Di manakah mereka mahu mencari duit untuk membeli gajet untuk kegunaan anak-anak sedangkan kalau beli yang terpakai atau second hand sekalipun, masih perlu bayar. Bukan percuma, bukan gratis!
Memang benarlah ibu bapa perlu berkorban dan melakukan pengorbanan untuk anak-anak tetapi apakah daya ibu bapa yang benar-benar tidak mampu untuk membeli gajet?
Kelas online bukan sahaja memerlukan gajet tetapi perlu ada internet. Jadi, Wifi perlu ada atau sekurang-kurangnya data dalam handphone perlu ada untuk disambung atau connected ketika guru mengendalikan kelas dalam talian.
Melihat seorang anak mengikuti kelas online hari ini, saya terkilan apabila rakan-rakan sebayanya yang baharu berusia 11 tahun sibuk membincangkan tentang artis Korea.
Tanpa rasa segan, jauh sekali rasa hormat terhadap guru yang mengendalikan kelas online, mereka berchatting tentang artis Korea berkenaan.
Ini adalah satu perkara yang perlu pemantauan keluarga di rumah dan melarang anak-anak daripada tersasar daripada objektif mengikuti kelas online. Hormatilah cikgu atau pun ustazah yang mengajar walaupun secara online.
Berbalik kepada pemilikan gajet, seorang rakan yang juga merupakan seorang ayah memberikan pandangannya dalam komen di Facebook.
Beliau berkata, tak kanlah pendamik setahun, KPM masih tidak jumpa cara untuk memastikan gajet mampu milik sekiranya tidak mendapat solusi lain.
“Itu tandanya tak buat kerja,” kata beliau yang mahu pihak KPM tidak lagi bersikap duduk, tunggu dan lihat kerana takutkan dengan pembaharuan.
Penyanyi Nora Ariffin membuat hantaran di laman sosial Facebooknya. Beliau menulis, “I think tak semua parents familiar with emails, online alerts, student’s login ID, access GMeet/GC dan lain-lain.
“Kadang-kadang ada juga technical problem yang kita pun tidak faham. Unless you memang kerja depan komputer.
“Simpati juga pada parents yang tidak mampu beli gajet, taka da wiFi dan lain-lain. Dengan erti kata lain, tak semua orang senang.
“Tapi hidup harus diteruskan dan pembelajaran anak-anak harus diutamakan. Nasib orang tak sama. Amik masa…,” catat Nora Ariffin.
KPM perlu tampil dengan solusi untuk membantu anak-anak yang dari kalangan keluarga kurang berkemampuan untuk mengikuti PdP atau kelas online kerana inilah normal baharu pembelajaran. – SM
0 ulasan:
Catat Ulasan