Isnin, 25 Januari 2021

Hormat imej terbaru, syarikat rakaman tak ‘upload’ muzik video Hannah Delisha

Pelakon dan penyanyi, Hannah Delisha tampil dengan imej berhijab sejak pertengahan tahun lepas. Lantaran itu, dia bertindak memadam lebih 800 gambarnya yang tidak memakai tudung sehingga meraih pujian ramai.


Menurut mStar Online, baru-baru ini syarikat rakaman ‘Faithful Music’ mengambil keputusan untuk tidak memuat naik muzik video (MV) single baru pelakon itu yang berjudul Terlalu mudah di saluran Youtube.

Ini kerana rakaman MV tersebut diambil sebelum Hannah berhijab, justeru mereka tidak menyiarkan MV berkenaan untuk tontonan umum bagi menghormati penampilan baru pelakon berusia 25 tahun itu.


“Sebenarnya muzik video itu dah dirakam pada penghujung tahun 2019. Masa itu Hannah masih belum bertudung.

“Rancangannya kami nak ‘release’ muzik video itu pada awal tahun lepas tapi disebabkan PKP (Perintah Kawalan Pergerakan), kami tangguhkan dahulu.

“Selepas mengadakan perbincangan baru-baru ini termasuk dengan Faizal Tahir (pengasas Faithful Music), kami ambil keputusan tidak akan tayangkan muzik video ‘Terlalu Mudah’…

“…demi menghormati imej baharu Hannah yang sudah berhijab,” kata wakil Faithful Music, Karim kepada pihak mStar Online.

Berikutan itu, pihaknya tidak merancang untuk merakam semula MV baharu sebaliknya akan memuat naik MV lirik lagu dalam masa terdekat.


Tambah Karim, walaupun pelakon drama Cinta Sekali Lagi itu tidak kisah sekiranya MV tersebut dimuat naik, namun pihak syarikat rakaman tetap sebulat suara dengan keputusan yang diambil

Terdahulu, Hannah atau nama sebenarnya Hannah Adlina Blackburne Birch mula berhijab dan berkongsi berita penghijrahan dalam menerusi sosial Instagram miliknya.

Sumber: mStar Online (Juliana Johar)

credit:ohmymedia.cc


0 ulasan:

Catat Ulasan