Isnin, 4 Januari 2021

Ada Pihak Cuba Sebar Berita Palsu, Kononnya Virus Covid-19 Tidak Pernah Wujud

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) meminta rakyat negara ini agar menghentikan penyebaran berita palsu berkenaan Covid-19 bagi menggelakan kekeliruan dalam masyarakat.

Ianya berikutan dakwaan Covid-19 hanyalah ‘global scam’ di mana dikatakan tidak wujud sebagai virus dan mangsa yang meninggal dunia disebabkan Amplified Global 5G Electromagnetic Radiaton atau keracunan.

Penemuan itu kononnya didakwa susulan daripada penemuan doktor di Itali yang telah melakukan bedah siasat ke atas pesakit Covid-19 yang meninggal dunia.

Kenyataan itu turut menyebut bahawa Itali sekaligus menjadi negara pertama yang melanggar peraturan yang ditetapkan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), iaitu tidak boleh melakukan bedah siasat ke atas pesakit bagi mengelakkan jangkitan Covid-19 tersebar.

Gambar: KKM

Jelas KKM, hasil siasatan Pusat Kesiapsiagaan dan Tindakan Cepat Krisis Kebangsaan (CPRC), telah mengesahkan bahawa maklumat yang tersebar di aplikasi Whatsapp itu adalah palsu.

Secara umumnya, kesan daripada penyebaran berita palsu tanpa sumber yang sahih ini perlu dihentikan segera kerana boleh mengakibtakan ketakutan dan menambah kegelisahan orang ramai.

Sumber: KKM Malaysia

-siakapkeli.my

0 ulasan:

Catat Ulasan