Kerajaan Perikatan Nasional terus berdolak dalih sama ada mahu meneruskan projek mega 'High Speed Rail' atau HSR antara Kuala Lumpur dan Singapura.
Tidak sampai 2 bulan kenyataan pertama dikeluarkan, menteri yang sama mengumumkan pula Kerajaan Perikatan Nasional AKAN MEMBATALKAN projek HSR Kuala Lumpur - Singapura atas alasan keadaan ekonomi Malaysia yang terjejas teruk akibat dari pandemik Covid-19!!!
Persoalannya :
1) Adakah benar projek HSR Kuala Lumpur - Singapura dibatalkan kerana ekonomi Malaysia terjejas teruk akibat pandemik Covid-19?
2) Mengapakah Kerajaan Perikatan Nasional tidak konsisten dalam membuat keputusan yang besar, lebih-lebih lagi apabila ianya membabitkan hubungan dua hala antara Malaysia dan negara jiran, Singapura?
Kalau benar seperti yang Kerajaan Perikatan Nasional dakwa, projek HSR Kuala Lumpur - Singapura dibatalkan kerana keadaan terkini ekonomi Malaysia, kita merasa pelik, bagaimana dalam kegawatan begini Kerajaan Perikatan Nasional boleh buat keputusan untuk lanjutkan tren ERL ke Johor Bahru sebagai projek HSR KL-Johor Bahru medium laju separuh dari HSR Kuala Lumpur - Singapura dengan kos hampir sama projek HSR KL-Singapura yang dibatalkan mereka?
Untuk meneruskan projek terkini teknologi keretapi berkelajuan tinggi, HSR Kuala Lumpur - Singapura, Kerajaan Perikatan Nasional dakwa tidak mampu tetapi dengan kos yang sama, Kerajaan Perikatan Nasional mampu pula untuk melanjutkan perkhidmatan ERL yang sedia ada hingga ke Johor Baru tetapi dengan kelajuan yang hanya separuh dari HSR Kuala Lumpur - Singapura!!!
Malah Kerajaan Perikatan Nasional mampu juga membayar pampasan setiap tahun kepada syarikat pengendali ERL!!!
"Perubahan signifikan untuk tidak mengekalkan AssetsCo sebagai pembekal merupakan kebimbangan utama buat Singapura, sekaligus menjurus kepada pembatalan projek berkenaan."
"Disebabkan dua-dua negara tidak mempunyai kepakaran atau pengalaman dalam menjalankan HSR, kami bersetuju di bawah persetujuan bilateral HSR untuk melantik pemain industri yang terbaik melalui tender antarabangsa secara terbuka dan telus bagi memainkan peranan AssetsCo."
"Setelah dilantik, AssetsCo akan membekalkan sistem kereta api, menjalankan operasi rangkaian, memastikan keutamaan diberikan secara wajar kepada HSR sebagai perkhidmatan rentas-sempadan serta tujuan domestik di Malaysia, dan boleh dipertanggungjawabkan oleh Singapura dan Malaysia."
"Ini akan memastikan sebarang perselisihan pendapat pada masa hadapan dapat dielakkan apabila projek ini dijangka akan berlanjutan selama berdekad."
"Malaysia turut bercadang untuk menyambung jajaran HSR ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) yang akan menyebabkan kereta api itu berkongsi trek dengan trek kereta api lain yang sedia ada."
"Express Rail Link merupakan model sistem kereta api sedia ada yang bergerak pada kelajuan separuh daripada kelajuan HSR."
"Sekiranya ini diteruskan, terdapat banyak isu teknikal yang perlu ditangani."
Kenapa Kerajaan Singapura bertegas tidak mahu menghapuskan syarikat AssetsCo dan apakah peranan yang akan dimainkan oleh AssetsCo dalam projek HSR Kuala Lumpur - Singapura?
AssetsCo adalah syarikat usahasama dua negara yang akan terlibat dalam rekabentuk dan penyeliaan projek.
Termasuklah kelulusan sebarang tender yang melibatkan projek berkenaan.
Jika AssetsCo dihapuskan, maka setiap negara berhak membuat keputusan sendiri bagi tender pembinaan pakej HSR di dalam kawasan mereka.
Contohnya jika Malaysia mahu membuat tender runding terus kepada syarikat kontraktor bagi pakej HSR negara kita, maka Singapura tidak akan dapat menolak kerana tiada kuasa sepertimana yang wujud dalam persefahaman AssetsCo.
90 peratus HSR adalah dalam Malaysia.
Oleh itu anggaran kos projek bagi negara kita sahaja adalah sekitar RM60 bilion.
Perkara ini tidak dipersetujui Singapura atas kebimbangan daripada segi pematuhan spesifikasi dan ketelusan proses perolehan.
Bagi Singapura, disebabkan kedua-dua negara tiada kepakaran dalam teknologi pembinaan HSR, maka tender terbuka peringkat antarabangsa hendaklah dilakukan.
Kebimbangan Kerajaan Singapura adalah juga senada dengan apa yang dinyatakan oleh mantan Perdana Menteri ke 6, DS Najib Razak.
Pembatalan projek HSR Kuala Lumpur - Singapura akan menyebabkan Kerajaan Malaysia terpaksa membayar sejumlah pampasan kepada Kerajaan Singapura.
Kenapa tidak boleh didedahkan?
Rakyat mahu tahu kerana yang digunakan itu adalah duit rakyat!!!
Mengapakah Kerajaan Perikatan Nasional tidak mahu sebarang kontrak yang akan ditawarkan dalam projek HSR Kuala Lumpur - Singapura dilakukan secara tender terbuka tetapi mahu ianya diberikan secara runding terus?
Apa keperluan mendesak untuk setiap kontrak diberikan secara runding terus?
Soalan yang paling utama yang mesti dijawab oleh Mustafa Mohamad dan Kerajaan Perikatan Nasional ialah mengapa menipu rakyat dengan memberikan pelbagai alasan yang tidak munasabah atas pembatalan projek HSR Kuala Lumpur - Singapura?
Apa yang cuba disembunyikan!!!
-theunspinners
0 ulasan:
Catat Ulasan