Ahad, 31 Januari 2021

Pengkhianatan Teruk Tun Dr Mahathir Kini Terdedah

 


Menarik sekali pendedahan mantan Peguam Negara, Tan Sri Tommy Thomas, di dalam buku “My Story: Justice in the Wilderness” terbitan SIRD yang mula berada di pasaran semalam.

Paling menarik bagi saya tentulah pendedahan Tan Sri Tommy mengenai peranan Yang di-Pertuan Agong di dalam tempoh peralihan kuasa, iaitu bahawa:

(1) Yang di-Pertuan Agong merayu kepada Tun Dr Mahathir Mohamad supaya kekal menjadi Perdana Menteri tetapi Tun Dr Mahathir bertegas mahu meletakkan jawatan yang menyebabkan Yang di-Pertuan Agong tiada pilihan lain selain menerima perletakan jawatan tersebut.

(2) Tun Dr Mahathir tegas bahawa Kabinet mesti dibubar (insisted that the Cabinet must be dismissed) ekoran perletakan jawatan beliau sebagai Perdana Menteri dan ini terpaksa diterima oleh Yang di-Pertuan Agong menyebabkan sejumlah 50 Menteri dan Timbalan Menteri hilang jawatan.

(3) Yang di-Pertuan Agong sebenarnya mahu melantik Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai Perdana Menteri Interim tetapi Yang di-Pertuan Agong tidak dapat berbuat demikian kerana Tun Dr Mahathir mahukan beliau sendiri dilantik sebagai Perdana Menteri Interim tersebut.
 
 
Sangat menarik juga pastilah pendedahan Tan Sri Tommy bahawa Tun Dr Mahathir menyebut kepada beliau di dalam pertemuan mereka pada 25 Februari 2020 bahawa:

(1) Tun Dr Mahathir mempunyai sokongan sebulat suara daripada 222 Ahli Parlimen untuk menjadi Perdana Menteri.

(2) Tun Dr Mahathir akan mempunyai kuasa penuh (“a complete free hand”) di dalam Kerajaan Perpaduan beliau.

(3) Jawatan parti tidak akan diberi pertimbangan oleh Tun Dr Mahathir untuk lantikan Kabinet Kerajaan Perpaduan.

(4) Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Lim Guan Eng tidak akan menjadi sebahagian daripada Kabinet Kerajaan Perpaduan.

(5) Tun Dr Mahathir terpaksa memecat Tan Sri Tommy sebagai Peguam Negara kerana ini adalah syarat UMNO dan PAS.

Buku Tan Sri Tommy ini adalah bukti nyata bagaimana Yang di-Pertuan Agong telah melaksanakan tanggungjawab Baginda dalam tempoh peralihan kuasa ini dengan seadil-adilnya tanpa cuba memihak kepada mana-mana pihak seperti didakwa.

Lebih penting lagi, buku Tan Sri Tommy ini juga adalah bukti jelas bagaimana Tun Dr Mahathir telah mengkhianati dengan seteruk-teruknya rakan-rakannya di dalam PH, khususnya Datuk Seri Anwar, Datuk Seri Dr Wan Azizah dan Lim Guan Eng.

Tidak dapat dibayangkan jika pemimpin-pemimpin seperti Datuk Seri Anwar, Datuk Seri Dr Wan Azizah dan Lim Guan Eng masih sanggup bekerjasama dengan Tun Dr Mahathir setelah beliau dibuktikan telah mengkhianati dengan seteruk-teruknya mereka.

Kamarul Yusoff

0 ulasan:

Catat Ulasan