Sejak beberapa hari yang lalu, kecoh di laman Twitter mengenai spekulasi pelakon lelaki yang dikatakan terlibat dalam aktiviti seks berkumpulan di Pulau Langkawi, Kedah baru-baru ini.
Video Dikongsi Dalam Keadaan Mabuk?
Dalam pendedahan tersebut, dikatakan terdapat sekumpulan pengamal media sosial terkenal menginap di salah sebuah hotel di pulau peranginan itu yang turut disertai oleh seorang pelakon lelaki. Dikhabarkan, ketika itu mereka berada dalam keadaan mabuk dan video tersebut telah dikongsi secara tidak sengaja.
Menerusi pendedahan tersebut, terdapat beberapa buah video lain yang kononnya menunjukkan pelaku di dalam aktiviti tidak bermoral tersebut. Ciapan itu yang ketika ini tular turut menimbulkan pelbagai spekulasi oleh warganet selain turut mendakwa ianya hanyalah khabar angin semata-mata.-Murai.my
0 ulasan:
Catat Ulasan