Cara Buat Duit Dengan Aplikasi Cashzine:
Peluang Jana Side Income lebih RM100 Dalam Sehari Melalui Aplikasi Cashzine. (Scroll ke bawah untuk bukti pembayaran terkini daripada Cashzine
Pernahkah anda mendengar Cordyceps? Atau anda pernah melihat? Mungkin tak pernah dengarkan... Dan tak pernah lihat pun. Sama jugalah macam saya. Saya cuba ceritakan serba sedikit tentang Cordyceps ni. Walaupun bagaimanapun saya cuba fahamkan anda semua mengenainya samada dari tempat asal ataupun khasiat Cordyceps ini.
Ketahui cara bagaimana untuk menjadi Youtuber. Video yang senang difahami dan penuh dengan semua info yang perlu sebagai Youtuber. Dari asas kepada SEO, teknik Viral, Fb ads serta Mengandungi Teknik dan Rahsia Youtuber yang memiliki JUTAAN Subscriber..
90% pengguna GEMBIRA dan TERUJA dengan Hasanah Lipmatte. Dah jadi trending bagi wanita abad ini. Bukan setakat mencantikkan bibir si pemakai malah dapat menaikkan keyakinan anda sepanjang hari.
Aaron, Wooi Yik ke separuh akhir, tumbangkan 'The Minions'
Kuala Lumpur: Aksi luar biasa beregu nombor satu negara, Aaron Chia-Sooh Wooi Yik membawa mereka ke separuh akhir temasya Olimpik Tokyo 2020 apabila membenam pasangan nombor satu dunia dari Indonesia, Kevin Sanjaya Sukamuljo-Marcus Fernaldi Gideon.
Aaron-Wooi Yik tampak tenang apabila mula menguasai saingan seawal set pertama dengan serangan bertali arus kepada lawan Kevin Sanjaya-Marcus Fernaldi atau The Minions.
Beraksi di Musashino Forest Sport Plaza itu, Aaron-Wooi Yik yang menghuni ranking kesembilan dunia akhirnya membuktikan kewibawaan mereka apabila menewaskan pasangan Indonesia dengan straight set 21-14, 21-17 buat kali pertama dalam lapan pertemuan.
Aaron berkata, tampil sebagai underdog membuatkan mereka lebih tenang berbanding Kevin Sanjaya-Marcus Fernaldi yang diletakkan sebagai pilihan pertama.
"Kami turun memberi yang terbaik. Memang kami tidak pernah kalahkan mereka sebelum ini tapi mungkin juga ini perlawanan pertama mereka dan mereka sangat tertekan kerana adalah prospek utama untuk pingat negara mereka.
"Kami percaya, upset ini akan dapat meningkatkan keyakinan kami untuk perlawanan seterusnya. Tak kisah sapa lawan kami, kami akan tetap berikan yang terbaik untuk menang," katanya.
Sementara itu, Wooi Yik berkata, strategi mereka adalah untuk tidak memberikan bola tinggi kerana itu memberi kelebihan kepada lawan.
"Ini satu perasaan luar biasa dapat menang kali pertama di suku akhir dan nanti akan beraksi di separuh akhir di temasya besar ini. Semangat kami memang ada untuk pergi jauh.
"Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua di Malaysia yang berikan sokongan kepada kami. Kami akan terus berjuang," katanya.-myMetro
Presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menegaskan pendirian parti itu menarik sokongan terhadap Muhyiddin Yassin kekal walaupun Proklamasi Darurat tidak disambung selepas 1 Ogos ini, kata laporan.
Ahmad Zahid dipetik Utusan Online berkata pendirian tersebut tidak berubah sehingga kini.
Menurutnya lagi, Umno masih belum memutuskan mengenai tindakan kerajaan PN yang didakwa tidak menasihati Yang di-Pertuan Agong berhubung penamatan Proklamasi Darurat.
“Walaupun parti membuat keputusan bahawa menteri dan timbalan menteri daripada Umno akan meletak jawatan jika Proklamasi Darurat diteruskan namun parti belum membuat keputusan selanjutnya ekoran perkembangan terbaru ini.
“Kita belum berbincang terhadap pendirian terbaru kerana keputusan parti adalah keputusan kolektif.
"Sekarang kita belum mengadakan mesyuarat MT yang bakal dilakukan secara dalam talian pada masa terdekat,” katanya.
Jelasnya, mesyuarat MT akan diadakan dalam masa terdekat berikutan sekarang ahli parlimen Umno sedang menyertai Sidang Khas Parlimen.
Zahid pada 25 Julai lalu memaklumkan Umno memutuskan semua menterinya, timbalan menteri dan pengerusi syarikat berkaitan kerajaan (GLC) perlu melepaskan jawatan mereka sekiranya ordinan darurat terus berkuatkuasa selepas 1 Ogos.
Semalam, ahli parlimen Bagan Datuk itu mengulas tindakan tiba-tiba kerajaan PN mengumumkan ordinan darurat dibatalkan pada 21 Julai lalu iaitu sebelum Dewan Rakyat bersidang.
"Bermaksud dalam tempoh beberapa hari lalu aspek perundangan negara dalam kedudukan cacamarba," katanya.
Setakat ini pembatalan berkenaan belum diwartakan di Warta Persekutuan seperti kebiasaannya.
Untuk rekod, tempoh darurat yang bermula pada 11 Jan lalu akan berakhir pada Ahad, 1 Ogos.
Timbalan Presiden Umno Mohamad Hasan sebelum ini juga berpandangan, pembatalan tersebut dibuat secara tidak berperlembagaan.
Pengumuman Menteri Undang-Undang Takiyuddin Hassan pada 26 Julai lalu bahawa ordinan darurat telah dibatalkan mengejutkan Dewan Rakyat.
Takiyuddin juga berkata lantaran itu, "isu pembatalan (peraturan-peraturan ordinan darurat) tidak lagi relevan."
Berikut adalah ordinan-ordinan darurat yang diwartakan tahun ini:
Ordinan Darurat (Kuasa-Kuasa Perlu) 2021
Ordinan Darurat (Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit) (pindaan) 2021
Ordinan Darurat (Standard Minimum Perumahan, Penginapan dan Kemudahan Pekerja)(pindaan) 2021
Ordinan Darurat (Kuasa-Kuasa Perlu) (No. 2) 2021 [Berhubung berita palsu]
Ordinan Darurat (Kuasa-kuasa Perlu) (Pindaan) 2021 [Berhubung kuasa untuk menggunakan Kumpulan Wang Disatukan tanpa melalui legislatif]
Kuala Lumpur: Usahawan dikompaun RM1,500 atas kesalahan melanggar prosedur operasi standard (SOP) kerana tidak memakai pelitup muka ketika berceramah kepada gelandangan di Pusat Transit Gelandangan Kuala Lumpur di sini, semalam.
Ketua Polis Daerah Dang Wangi Asisten Komisioner Mohamad Zainal Abdullah berkata, polis mengesan video berdurasi 49 saat tular di media sosial menunjukkan seorang lelaki tidak memakai pelitup muka.
"Berdasarkan siasatan, kejadian berlaku 11.30 pagi semalam ketika individu itu menyampaikan ceramah motivasi bertajuk 'ubah hidup' kepada 20 gelandangan di pusat transit berkenaan.
"Polis kemudian memanggil lelaki berusia 34 tahun itu untuk memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi pada 5.20 petang tadi," katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata, polis mengeluarkan kompaun RM1,500 kepada lelaki terbabit kerana melakukan kesalahan tidak memakai pelitup muka.
Katanya, tindakan diambil mengikut Peraturan 17(1) Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) 2021.
Justeru, beliau menasihati orang ramai supaya mematuhi SOP ditetapkan Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan kegagalan mematuhi SOP boleh dikenakan tindakan.-myMetro
Kuala Lumpur: Pujian melambung atau hanyalah serangan psikologi.
Belum lagi perlawanan membabitkan perseorangan lelaki negara Lee Zii Jia menentang pemain China, Chen Long bermula sudah ada perang 'psikologi' antara mereka.
Hal ini apabila Chen Long memberikan pujian 'melambung' kepada Zii Jia yang berjaya mempamerkan aksi konsisten dalam dua perlawanan peringkat Kumpulan M sekali gus dilihat mampu mencipta kejayaan dalam acara perseorangan di Olimpik Tokyo.
Namun, Zii Jia yang mahu bermain lebih 'enjoy' dalam setiap perlawanan termasuk bertemu Chen Long esok tidak mahu memikirkan perkara terbabit dan mahu kekal fokus mencipta kejayaan pada perlawanan seterusnya.
"Saya rasa mungkin Chen Long bukan mahu 'psiko' saya dan saya pun sudah tengok dia main dari kecil tapi kita tak tahu esok lawan macam mana.
"Saya tiap kali main mahu main akan pandang ke depan lagi pun sudah setahun kami tidak bermain sama," katanya.
Terdahulu, Zii Jia menepati ramalan melangkah ke pusingan seterusnya selepas mengatasi lawannya dalam saingan akhir Kumpulan M, sebentar tadi.
Zii Jia yang juga juara Seluruh England 2021 berjaya menewaskan pemain Perancis, Brice Leverdez yang berada di ranking ke-36 dunia menerusi straight set 21-17,21-5.
Kemenangan itu sekali gus menyaksikan Zii Jia berjaya menempah tiket ke pusingan seterusnya esok dengan bertemu Chen Long.
Rekod pertemuan antara kedua-dua pemain seimbang, selepas terikat 2-2, namun Zii Jia dilihat mempunyai sedikit kelebihan apabila menewaskan Chen Long 21-12, 21-18 pada peringkat suku akhir kejohanan badminton Seluruh England 2020, yang juga adalah pertembungan terakhir mereka.-myMetro
Di awal Januari, Kerajaan Perikatan Nasional (PN) menasihatkan Yang Di-Pertuan Agong (YDPA) untuk satu pengisytiharan darurat atas alasan menangani Covid-19. Hakikatnya, pada masa itu Kerajaan PN berada dalam keadaan seperti ‘telur dihujung tanduk’ setelah Umno menimbangkan untuk menarik sokongan kepada Perdana Menteri. Walau bagaimanapun, pada Januari 12, 2021, YDPA telah memperkenan proklamasi darurat dan diisytiharkan berkuatkuasa sehingga 1 Ogos 2021.
Setelah pengisytiharan darurat, kerajaan PN masih gagal menguruskan pandemik, ekonomi dan kemaslahatan rakyat. Kes makin meningkat, kematian bertambah setiap hari, rakyat dikurung dalam lockdown, hilang kerja dan sumber pendapatan, dan ramai yang bunuh diri. Anak-anak sekolah tidak dapat pendidikan dengan sempurna.
Di media sosial, rakyat mengadu nasib kepada YDPA dan merayu diberi perhatian pada nasib rakyat.
Prihatin dengan rayuan rakyat Malaysia, pada 16 Jun 2021, YDPA telah memanggil satu perbincangan khas di kalangan Raja-Raja Melayu. Sebelum itu pada 9 Jun 2021, YDPA juga telah mula memanggil menghadap pemimpin-pemimpin parti politik dan beberapa pihak dan individu berkaitan untuk mengambil pandangan.
Seusai mesyuarat, pada malamnya, Istana Negara mengeluarkan satu perutusan media yang cukup jelas dan tegas untuk disampaikan kepada kerajaan dan rakyat.
Antara kandungan penting adalah di para ke-2 perutusan itu yang menyebut “Setelah memperhalusi semua pandangan para pemimpin parti politik, Jawatankuasa Khas Bebas Darurat 2021 dan sembah taklimat para pakar dari agensi-agensi Kerajaan maka Seri Paduka Baginda menzahirkan pandangan bahawa persidangan Parlimen perlu diadakan secepat mungkin. Ini untuk membolehkan Ordinan-ordinan Darurat dan Pelan Pemulihan Negara dibahaskan oleh Ahli-ahli Dewan Rakyat.”
Dengan jelas YDPA menitahkan kerajaan untuk segera mengadakan sidang Parlimen bagi membahaskan Ordinan-Ordinan Darurat dan Pelan Pemulihan Negara.
Ini selaras dengan peruntukan Artikel 150(3) Perlembagaan Persekutuan yang memperuntukkan “Proklamasi Darurat dan apa-apa ordinan yang dimasyhurkan di bawah Fasal (2B) hendaklah dibentangkan di hadapan kedua-dua Majlis Parlimen dan, jika tidak terlebih dahulu dibatalkan, hendaklah terhenti berkuat kuasa jika ketetapan diluluskan oleh kedua-dua Majlis yang mengungkaikan Proklamasi atau ordinan itu,…”
Ternyata YDPA telah bertitah bersandarkan peruntukan perundangan yang tepat demi memastikan isu-isu yang terkait dengan kepentingan rakyat dibentang dan dibahaskan oleh wakil-wakil rakyat di Parlimen.
Malangnya, kerajaan mengambil sikap dingin terhadap titah YDPA. Beberapa insiden dan kenyataan media Kerajaan PN menunjukkan sikap acuh tak acuh sehinggakan Speaker dan Timbalan Speaker dipanggil menghadap ke bawah duli Seri Paduka Baginda pada 28 Jun 2021.
Hanya pada 5 Julai 2021 Kerajaan PN mengumumkan tarikh Mesyuarat Khas Parlimen akan diadakan pada 26 Julai 2021. Keputusan ini dibuat pada hari terakhir dalam tempoh 14 hari yang diberikan Umno yang mendesak Kerajaan PN untuk segera menetapkan tarikh sidang Parlimen. Ternyata keputusan ini dibuat Kerajaan PN dalam keadaan terdesak kerana sekali lagi takut hilang sokongan dari Umno.
Kerajaan PN berusaha mengelakkan dari membentang dan membahaskan ordinan darurat di Parlimen kerana bimbang pihak kerajaan gagal mendapat sokongan majoriti semasa undian sekaligus membangkitkan persoalan legitimasi Kerajaan PN. Sedangkan sidang itu penting untuk wakil-wakil rakyat membahaskan isu-isu yang terkait kepentingan rakyat pada waktu krisis ini.
Bagi mengelakkan pembentangan ordinan-ordinan darurat, Kerajaan PN menetapkan Mesyuarat Khas itu dibuat di bawah peraturan mesyuarat 11(3), di mana Perdana Menteri mempunyai prerogatif untuk memanggil sidang khas dan menetapkan urusan mesyuarat. Maka tiada aturan ditetapkan untuk pembentangan dan perbahasan ordinan-ordinan darurat seperti dititahkan oleh YDPA dalam perutusan Seri Paduka Baginda pada 16 Jun 2021.
Tidak cukup dengan itu, sebagai persediaan lanjut untuk mengelakkan pembentangan dan perbahasan proklamasi dan ordinan darurat, Kerajaan PN mengambil satu tindakan terdesak membatalkan kesemua ordinan-ordinan darurat pada 21 Julai 2021, beberapa hari sebelum Parlimen bermesyuarat.
Secara tiba-tiba di hari pertama Mesyuarat Khas Parlimen, Menteri Undang-Undang mengumumkan kesemua 6 ordinan darurat telah dibatalkan. Malangnya, apabila ditanya samada pembatalan itu telah mendapat perkenan YDPA, Menteri gagal menjawab.
Sekali lagi pengumuman pembatalan darurat ini jelas membelakangkan kedudukan institusi YDPA dan mengelirukan Parlimen.
Akhirnya Kerajaan PN berselindung di belakang Speaker Dewan Rakyat yang menangguhkan jawapan Menteri (sama ada pembatalan ordinan darurat sudah mendapat perkenan YDPA atau tidak) untuk dijawab pada hari Isnin 2 Ogos 2021.
Tentunya pada Isnin nanti, jawapan Kerajaan PN bahawa tiada lagi keperluan perkenan dari YDPA kerana proklamasi darurat telah tamat pada 1 Ogos 2021, dan soalan pembangkang sudah bersifat akademik.
Begitulah kelam-kabut Kerajaan PN yang hidupnya sentiasa dalam kebimbangan kehilangan kuasa dan fokus Perdana Menteri dan Menteri-Menterinya adalah bagaimana untuk terus mempertahankan kuasa. Yang terabai adalah rakyat dan negara.
Dalam proses itu, Kerajaan PN telah mempermainkan kedaulatan perlembagaan dan undang-undang, meremehkan institusi Parlimen dan sistem demokrasi negara, malah gagal setia dan patuh pada institusi Raja-Raja Melayu.
KEJAYAAN menghadiahkan pingat emas pertama Filipina dalam Sukan Olimpik membolehkan Hidilyn Diaz habuan lumayan.
TOKYO: Hidup Hidilyn Diaz berubah 360 darjah sejak memenangi pingat emas Sukan Olimpik pertama buat Filipina dalam tempoh 97 tahun.
Selepas diberi ganjaran wang tunai 33 juta peso (RM2.77 juta), bintang angkat berat itu turut dijanjikan sebuah kondominium di Eastwood, sebuah rumah serta tanah di Luzon.
Hidilyn, 30, juga bakal menikmati bekalan petrol seumur hidup serta penerbangan percuma.
Philippine Airlines menawarkan Hidilyn 80,000 perbatuan percuma setiap tahun, manakala AirAsia menawarkan atlet kelahiran Zamboanga itu penerbangan percuma seumur hidup.
“Kami mahu ASEAN percaya mereka mampu melakukannya.
”Walaupun berdepan pelbagai cabaran, Hidilyn mengingatkan kita betapa berat bebanan yang dipikul dengan kekuatan dalaman serta ketabahan dapat membantu kita mengatasinya,” kata Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia, Tan Sri Tony Fernandes.
Semalam, Megaworld mengumumkan sebuah unit kondominum bernilai 14 juta peso (RM1.18 juta) menanti Hidilyn.
Sebuah lagi syarikat perumahan Filipina, PHirst Park Homes membenarkan atlet itu memilih sendiri rumah yang diinginkan menerusi projek yang baru dibangunkan di Tanza dan General Trias City (Cavite), Bandar Lipa serta Nasugbu di Batangas, Bandar San Pablo dan Bandar Calamba di Laguna, Pandi (Bulacan) dan Magalang (Pampanga).
Hidilyn yang turut mencuri tumpuan peminat Malaysia kerana menjalani latihan di Jasin, Melaka dalam persiapan menghadapi Olimpik mencetus fenomena selepas meraih pingat emas angkat berat 55 kilogram kelmarin. – AGENSI
Walaupun sekadar membela ayam di rumah sendiri untuk suka-suka atau hobi tetapi tindakan itu sebenarnya boleh membuatkan anda disἀman atau dikọmpaun.
Mungkin ramai yang tidak sedar mengenai perkara ini dan ambil mudah. Tahukah anda menternak ayam di kawasan perumahan adalah satu kɛsalahan?
Majlis Pɛrbandaran Kuantan (MPK) mɛnyerbu sebuah rumah di Kuantan, Pahanag selepas didapati mɛnternak ayam di kawasan pɛrumahan.
Pihak bɛrkuasa menɛrima aduan daripada jiran tetangga yang memaklumkan pemilik kɛdiaman mɛnjadikan laman tepi rumah mereka sebagai kawasan mɛnternak ayam.
Opɛrasi dilaksanakan atas aduan orang ramai terhadap penduduk di Pɛrumahan Bandar Putra yang mɛnternak ayam dalam kawasan pɛrumahan. Mɛmelihara atau menternak di kawasan perumahan adalah satu kɛsalahan serius kerana mɛlibatkan kɛsihatan awam dan kɛbersihan.
Menurut Majlis Bandaraya Kuantan, mɛnternak binatang seperti ayam atau itik di halaman rumah adalah tidak dibɛnarkan mɛmandangkan ianya boleh melibatkan kɛsihatan awam serta kebɛrsihan.
KRT perlu mɛmainkan peranan lebih besar memberi maklumat kepada MBK sekiranya terdapat aktiviti sedɛmikian rupa di kawasan pɛrumahan dan menjadi kọmuniti bandaraya yang prihatin.
Mɛmelihara atau mentɛrnak di kawasan perumahan merupakan satu kɛsalahan kerana melibatkan kɛsihatan awam dan kɛbersihan. Boleh bayangkan bagaimana penduduk terpaksa mɛnghidu bau bṳsuk dan lalat kerana tindakan tidak sensitif kepada jiran tetangga bɛrkenaan.
Dἀlam gambar yang dikọngsikan, kelihatan pemilik rumah berkenaan mɛndirikan reban ayam yang agak besar mɛmandangkan kawasan tepi rumahnya yang luas. Dalam serbuan itu, pihak Majlis Pembandaran Kuantan (MPK) telah mɛnangkap beberapa ekor ayam yang dipɛlihara oleh pemilik kɛdiaman tersebut.
Rata-rἀta di ruangan komen tidak setuju dengan tindakan tersebut yang dilihat sangat pɛntingkan diri sendiri. Tak kurang juga yang mɛrasakan rumah tɛrbabit seperti bɛrada di kampung.
Di Malaysia, korang boleh kena dɛnda kalau pɛlihara haiwan tɛrnakan di bɛlakang rumah
Mɛmelihara haiwan dah jadi satu perkara yang cukup biasa di Malaysia ni. Paling kurang pun, mungkin kọrang atau jiran ada seekọr haiwan pɛliharaan. Dengar salakan anjing dan meow kucing tu boleh dikatakan biasa je di kawasan pɛrumahan. Tapi macam mana pula kalau dalam sesɛtengah keadaan, korang dengar bunyi ayam bɛrkokok atau lembu ‘mɛngembu’. Ya, apa yang kitorang nak bincangkan kali ni adalah pasal haiwan macam lembu dan ayam yang sepatutnya ada di ladang dan bukannya bɛlakang rumah korang.
Sɛbenarnya, ada ayam di belakang rumah bukan satu benda pelik di Malaysia ni, dan kita mungkin rasa tak kisah sangat la – sebab ayam ni tak buat masalah sangat. Tapi nak atau tak, kita tak dapat juga lari dari tertanya-tanya – sama ada boleh ke tak buat macam tu? Pɛrsoalannya, boleh ke kita bela haiwan ternakan di bɛlakang rumah, dan sah ke pɛrbuatan tu di sisi undang-undang?
Sɛbenarnya, tak ada peruntukan undang-undang sesuai yang menyentuh isu menyimpan haiwan di rumah ni. Apa yang kitọrang dapat cuma bergantung kepada undang-undang kecil majlis tempatan. Sɛsuai dengan namanya, undang-undang kecil ni adalah undang-undang yang digubal oleh majlis tɛmpatan dan ia cuma terpakai di kawasan majlis tu je.
Jἀdinya, sama ada untuk tahu tindakan ni sah atau tak, korang kenalah periksa dengan majlis tɛmpatan korang seperti DBKL (Dewan Bandaraya Kuala Lumpur), MBPJ (Majlis Bandaraya Petaling Jaya) atau sɛbagainya bɛrgantung kepada kawasan tempat korang tinggal.
Jἀdinya, kitọrang pun hubungi DBKL dan ini apa yang diorang kata:
“Tak ada undang-undang tentang (binatang) ni sɛbenarnya.
Kita guna undang-undang kacau-ganggu (nuisance) di bawah Akta Kerajaan Tɛmpatan.”
Jurucakap DBKL
Dἀri jawapan ni, kita boleh dapat tahu yang walaupun adanya majlis tɛmpatan, masih lagi tak ada undang-undang spɛsifik tentang isu ni. Bagaimanapun, dikatakan yang memelihara haiwan ternak ni boleh jadi sebagai kacau-ganggu, dan pemiliknya boleh dikenakan tindakan di bawah Akta Kerajaan Tempatan 1976. Akta ni mɛnyatakan kacau-ganggu sebagai:
“kἀcau gἀnggu” ertinya sesuatu perbuatan, pɛninggalan atau benda yang menyebabkan atau mungkin mɛnyebabkan bencana, kɛgusaran, kɛsalahan, kerọsakan, bahaya atau kecacatan kepada deria penglihatan, bau atau pɛndengaran atau yang membencanakan atau bɛrbahaya atau yang mungkin membencanakan atau berbahaya kepada kɛsihatan atau harta atau yang menjejas keselamatan atau hak penduduk umumnya.
Mἀkanya di sini, kalau haiwan berkenaan mula menjadi kacau-ganggu, untuk permulaannya pɛgawai majlis tempatan akan beri amaran kepada pemilik haiwan tu. Tapi, kalau pemilik tak mematuhi amaran tu, pemilik boleh diɛdnda sehingga RM1,000 dan dipenjara sehingga tak mɛlebihi enam bulan.
Tἀpi jurucakap tu menambah, ini tak bɛrmakna yang korang boleh simpan haiwan tɛrnak di belakang rumah, disebabkan undang-undang tak nyatakannya secara spesifik. Walaupun begitu, 1 atau 2 haiwan pun boleh dikira sebagai kacau-ganggu, jadinya DBKL tak galakkan korang simpan haiwan ternak ni.
Sɛbelum tu, kitorang nak beritahu korang juga yang sebenarnya ada satu undang-undang di KL yang diperuntukkan untuk lembu dan kerbau, yang dipanggil sebagai Undang-Undang Kechil (Lembu-Kerbau). Bagaimanapun, di0rang kata undang-undang ni dah lama tak digunakan dan akan dimansuhkan tak lama lagi.
Sɛkali lagi kitorang nak tegaskan, contoh di atas ni cuma terpakai di Kuala Lumpur je. Jadinya, kalau korang nak tahu sama ada boleh ternak ayam atau lembu di belakang rumah, hubungilah majlis tempatan korang untuk maklumat lanjut.
Untuk nak elakkan haiwan tadi dari jadi kacau-ganggu, korang boleh je bina kandang besar belakang rumah kan? Dengan mɛngharapkan haiwan-haiwan ni tak akan mɛngganggu jiran-jiran.
Tἀpi sebɛnarnya, idea ni bukanlah baik sangat sebab dengan membina kandang, korang boleh dikenakan tindakan di bawah undang-undang. Sebabnya, di bawah Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 dah dinyatakan yang korang tak boleh buat aktiviti pertanian di kawasan kediaman, dan hal ni termasuklah “pembiakan dan pemeliharaan ternakan.” Jadinya di sini, korang dah sah-sah tak boleh bina kandang di rumah korang.
Kɛnapa pula? Bila sesuatu bandar dirancang, ada kawasan yang dah ditɛtapkan untuk kediaman, sɛmentara ada juga kawasan untuk aktiviti industri dan pertanian. Maknanya di sini, korang tak bolehlah bina apartmen dalam kawasan industri, dan kes ni – korang tak boleh bina kandang di belakang kawasan rumah. Di bawah Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 dinyatakan:
18 (1) Tiada seorang pun boleh mɛnggunakan atau membɛnarkan digunakan mana-mana tanah atau bangunan melainkan menurut rancangan tempatan.
Dἀn ditɛgaskan lagi sampai korang boleh didɛnda, dibawah Seksyen 26:
(1) Sɛseorang yang… (a) menggunakan atau membenarkan untuk digunakan mana-mana tanah atau bangunan yang bɛrlanggaran dengan seksyen 18… melakukan suatu kɛsalahan dan boleh, apabila disabitkan, didɛnda tidak melebihi lima ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya…
Ha nampak tak kesannya? Makanya, lebih baik korang tak buat kɛsalahan ni. Senang-senang je kena dɛnda sampai RM500,000.00 dan kena pɛnjara sebab bela ayam je.
Tἀpi, anda masih boleh simpan haiwan ni sɛmentara waktu untuk tujuan kɛagamaan
Macam mana kalau simpan haiwan ni untuk sementara waktu je? Contohnya masa Hari Raya Haji, ada sɛsetengah keluarga akan simpan lembu atau kambing di halaman rumah diorang untuk ibadah kọrban. Boleh ke?
“Yἀng tu kena minta permit dari DVS (Jabatan Perkhidmatan Veterinar)” – Kata jutucakap DBKL
Oleh itu, dalam keadaan tertentu memang dibɛnarkan untuk haiwan ternak ni disimpan di kawasan rumah dan dikorbankan – selagi mana korang dapat kebenaran dari DVS.
Tἀpi setelah kita bercerita panjang tentang isu ni, kenapa kadang-kadang tu kita masih boleh nampak ayam berkeliaran di kawasan belakang rumah? Kɛmungkinan besar sebabnya kerana kurangnya penguatkuasaan ataupun jiran-jiran tak kisah sangat atau rasa terganggu dengan isu ni. Tapi kalau ayam tu mula masuk ke halaman rumah korang dan buat kɛrosakan – adalah lebih baik untuk korang hubungi majlis tempatan untuk selesaikan isu ni.
Pɛmbinaan sangkar ayam dan itik di kawasan pɛrumahan adalah dilἀrang
SIBU: Majlis Daerah Luar Bandar Sibu (MDLBS) mengambil tindakan tegas terhadap pemilik kediamἀn yang menjadikan laman hadapan dan belakang rumah mereka sebagai kawasan penternakan ayam dan itik.
Pengerusinya Sempurai Petrus Ngelai mengamati pemeliharan haiwἀn ternakἀn di kawasan rumah dalam bidang kuasa MDLBS terutama di Sibu Jaya berleluasa dan memerlukan tindakan drastik.
Beliau berkἀta, lebih 20 n0tis dikeluarkan mereka setakat ini dan menegaskan MDLBS tidak berkompromi mengenai isu kesihatἀn.
“Kita mengeluarkἀn nọtis 30 hari kepada pemilik kediaman (di Sibu Jaya) menerusi Seksyen Kɛsihatan Awam.
“Sekarἀng, tempoh 30 hari tamat dan MDLBS mengambil tindakan di bawah Undang-Undang Kecil Kebersihan terhadap mereka termasuk mengenakἀn kọmpaun, meram-pas dan memusnahkan reban haiwan ternakἀn mereka.
“Menternak ayam dan itik di laman hadapan dan belakang rumah adalah tidak dibenarkἀn.
“Kita ambil tindakan tegas terhadap orang awam mendirikan reban ayam dan itik sama ada di hadapan atau belakang rumah mereka,” kἀtanya di sini kelmarin.
Beliau berkata demikian apabila diminta mengulas mengenai pemeriksaan dijalankan terhadap pembinaan reban ayam dan itik di kawἀsan perumahἀn Sibu Jaya, Jumaat lalu.
Turut serta Pegawai Kesihatἀn Awam Mathew Paran dan Angeline Uci termasuk tiga Kaunselor MDLBS iaitu Geronsin Maja, Amping Ranggau dan Frederick Taip.
Pἀda pemeriksaan itu, beliau mendapati penternakan haiwan tersebut di Sibu Jaya menjadi kritikal dan memerlukan tindakan drastik.
“Terdapἀt lebih 20 ekor ayam di sebuah rumah. Saya akan meminta Seksyen Kɛsihatan Awam menjalankan kajian, pengawasan dan mengeluarkan notis lebih agresif.”
Beliau turut menjelaskan bahἀwa pada masa ini MDLBS membenarkan pemilik rumah memelihara tidak lebih lima ekor ayam atau itik untuk tujuan sementara, terutama untuk tujuan ibu lepas bersalin dan sebelum sebarang perayaan.
“Ini dianggap sebagai sementara dan bukan tujuan untuk penternakἀn,” jelasnya.
Bagaimanapṳn, orang awam masih boleh mendapatkan kebenaran bertulis daripada MDLBS melalui Seksyen Kɛsihatan Awam dan Pemeriksaan Kesihatἀn.
Sempṳrai menambah, beliau memandang serius isu penternakἀn ayam dan itik di kawasan rumah kerana melibatkan kɛsihatan awam dan kebersihan.
“Anda boleh bayangkἀn bagaimana sesetengah penduduk terpaksa menghidu bau bṳsuk dan lalat selama bertahun-tahan kerana tindakan tidak bertanggungjawab itu,” ujarnya.
Malah, beliau juga menerima maklum balas orang ramai bahawa mereka enggan melaporkan aktiviti penternakἀn ayam oleh jiran mereka bagi menjaga hubungan sesama jiran.
“Bagi saya, mereka perlu memainkan peranἀn lebih besar memberi maklumat kepada MDLBS dan menjadi k0muniti prihatin daripada bermain atau menjadi ‘orang baik’,” kata Sempurai.
Beliἀu menggesa pendṳduk dalam bidang kuasa MDLBS terutama Sibu Jaya, Pasar Selangau, Stapang dan Ke-muyang tidak mendirikan reban ayam di hadἀpan dan lorong belakang rumah mereka.
NAJIB bercakap pada sidang akhbar di Istana Presiden di Beirut semalam. - AFP
BEIRUT, Lebanon – Jutawan dan ahli politik Lebanon, Najib Mikati dinamakan sebagai Perdana Menteri baharu negara itu buat kali kedua, lapor United Press International (UPI) semalam.
Najib dilantik menjadi Perdana Menteri ketika Lebanon bergelut untuk mempertahankan jalinan kerjasama dengan negara-negara jiran yang bertanggungjawab memantau pilihan raya umum negara itu pada tahun hadapan.
Najib, 65, yang merupakan hartawan telekomunikasi, dicalonkan ke jawatan itu oleh 72 timbalan menteri daripada 118 anggota parlimen semasa rundingan kerajaan camuran diadakan oleh Presiden Michel Aoun di Istana Presiden di Baabda, utara Beirut.
Seramai 40 ahli Parlimen tidak menamakan sesiapa, sementara seorang timbalan menteri menamakan bekas duta besar Lebanon untuk Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Nawaf Salam untuk jawatan tersebut.
Pencalonan Najib diadakan 11 hari setelah Aoun menolak barisan kabinet terakhir yang dilantik oleh bekas Perdana Menteri, Saad Hariri yang terdiri daripada 24 anggota pakar bukan politik lantas memaksa beliau untuk mengundurkan diri.
Sejak sembilan lalu, Saad menyalahkan Aoun dan menantunya, Gebran Bassil yang merupakan Ketua Gerakan Patrotik Bebas Kristian kerana mahukan sekatan ketiga untuk mengawal pemerintah.
Saad juga mengisyaratkan bahawa sekutu terdekat mereka, Hizbollah, tidak memberikan tekanan yang cukup untuk membantu membentuk Kabinetnya.
Sementara itu, Najib memberitahu wartawan bahawa beliau berdepan misi sukar sebaik sahaja memegang jawatan tersebut.
“Saya akan berusaha sebaik mungkin untuk membentuk kabinet dengan misi pertama adalah melaksanakan inisiatif Perancis.
“Anggota kabinet akan merangkumi pakar daripada pelbagai bidang dan akan melakukan reformasi negara yang membolehkan Lebanon menerima semula bantuan luar,” ujar Najib.
Najib sebelum ini pernah berkhidmat sebagai Perdana Menteri pada 2011 hingga 2014. – Agensi
Kuala Lumpur: Jumlah katil bukan Unit Rawatan Rapi (ICU) di 221 hospital di seluruh negara meningkat kepada 15,090 berbanding hanya 4,395 pada 30 Mac tahun lalu iaitu peningkatan sebanyak 373 peratus.
Manakala 1,533 katil di ICU iaitu 1,405 di hospital awam dan 128 di hospital swasta, meningkat 485 peratus berbanding 316 katil pada tempoh sama.
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba berkata, bagi meningkatkan kapasiti katil merawat Covid-19 di hospital awam, pengubahsuaian ruangan tertentu di dalam dan di luar bangunan hospital untuk dijadikan wad dan ICU sementara sudah dilaksanakan termasuk pembinaan Hospital Medan, ICU Medan, ICU Modular dan penggunaan ICU di hospital swasta.
"Setakat ini, tiga ICU Modular disediakan dan beroperasi di Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Hospital Kepala Batas dan Hospital Melaka.
"Bagi menampung peningkatan kes Covid-19 khususnya kategori empat dan lima, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menambah lima lagi ICU Modular di beberapa hospital yang mempunyai kes yang tinggi iaitu Hospital Tengku Ampuan Rahimah (Tambahan), Hospital Selayang, Hospital Tuanku Jaafar (Seremban), Hospital Tawau dan Hospital Sibu.
"Selain daripada penyediaan fasiliti, peralatan perubatan seperti katil pesakit, katil ICU, ventilator iaitu 2,468 unit ventilator dengan kadar penggunaan 60 peratus, monitor pesakit dan sebagainya turut dipertingkatkan bagi memperkukuhkan keupayaan dan sebagai kesiapsiagaan dalam menangani pandemik Covid-19," katanya dalam Mesyuarat Khas Dewan Rakyat hari ini.
Beliau berkata, sehingga kini, terdapat 221 buah hospital di seluruh negara yang dikhususkan bagi rawatan pesakit Covid-19 iaitu 104 daripada KKM, enam hospital universiti, 112 hospital swasta dan sebuah hospital Angkatan Tentera. Katanya, sebanyak 11 hospital KKM adalah berstatus Covid-19 penuh, dan selebihnya berstatus hibrid yang turut merawat pesakit bukan Covid-19.-myMetro
Kuala Lumpur: Olimpik Tokyo 2020, bukan sekaadar sukan, tetapi juga menjadi tempat iklan gelaran 'atlet paling seksi' di dunia. Demikian dinyatakan oleh Weblog Ibnu Hasyim di sini, hari ini.
Satu dunia sedia maklum bahawa Sukan Olimpik Tokyo 2020 kini sedang berlangsung di Jepun. Penyertaan daripada atlet seluruh negara menyemarakkan lagi kemeriahan Sukan Olimpik Tokyo 2020 kali ini. Menurut weblog itu lagi.
"Bahkan baru-baru ini, seorang olahragawati Jerman Alica Schmidt secara tidak langsung menjadi tumpuan utama di Sukan Olimpik Tokyo disebabkan kejelitaannya. Dia diberi gelaran 'atlet paling seksi' oleh sebuah majalah Australia pada tahun 2017.
"Perkara itu menjadikan jumlah pengikutnya di Instagram meningkat kepada 2 juta ketika ini. Walaupun dilaporkan baru-baru ini dia benci gelaran itu tetapi hakikatnya tidak begitu. Kerana beritanya menjadi berita utama di seluruh dunia ketika dia menolak perjanjian menjadi model untuk Playboy.
"Atlet berusia 22 tahun itu akan mengikuti acaranya, 4×400 meter (m) lari berganti-ganti campuran di Stadium Olimpik, Jepun bermula 30 Julai ini."