Selepas sekian lama berteka-teki mengenai kehamilan kedua, penyanyi tersohor tanah air, Datuk Seri Siti Nurhaliza Tarudin mengumumkan bahawa beliau hamil empat bulan.
“Alhamdulillah, benar saya hamil anak kedua,” katanya dalam pengumuman sebentar tadi kepada Astro AWANI dan media lain dalam satu sesi dalam talian.
Ditemani suaminya, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa, Siti Nurhaliza, 41, berkata, beliau memilih untuk tidak menghebahkan berita gembira ini lebih awal kerana belum sampai masa yang sesuai.
“Memang benar saya berdiam diri walaupun sudah ramai yang meneka dan membuat spekulasi. Ini kerana keadaan tidak mengizinkan, jadi saya dan suami sepakat untuk ambil masa sedikit.
“Alhamdulillah, ramai yang mendokan dan saya amat gembira dan bersyukur. Doakan kehamilan say aini selamat sampai saya bersalin dan Insya-Allah dapat lahirkan zuriat yang sihat,’ ujar Siti Nurhaliza yang sebelum ini dikurniakan anak pertama, Siti Aafiyah yang kini berusia dua tahun.
Diberi kesempatan hamil anak kedua, penyanyi masyhur itu berkata, beliau terbuka untuk menerima kehadiran bayi lelaki atau perempuan.
Sebelum ini netizen yang perasan perubahan pada badan Dato Siti Nurhaliza dan mereka juga yang perasan kemunculan baby bump.
KOMEN NETIZEN
“@hidayah0768: Mak Iti macam hamil ja.
“@yusofhanizah: Tokti mengandung ke? Look so cheerful..Alhamdulillah sekiranye confirm..Happy for you!
“@damansara_fitgun_readystock: Tokti ngandung lagi..Alhamdulillah..
“@eleanor_adilla: Macam ternampak baby bump Tokti haha.
“@amoyyziqri: Tokti mengandung ya,” antara komen-komen ditulis.
Akhirnya teka teki terjawab, Mesti Siti Aafiyah seronok nak dapat adik
Sumber : Astro Awani
0 ulasan:
Catat Ulasan