Rabu, 23 Disember 2020

Kerajaan Israel pimpinan Netanyahu tumbang

KERAJAAN Israel pimpinan Perdana Menteri Benjamin Netanyahu dilaporkan tumbang pada hari Selasa 22 Disember 2020, selepas Dewan Parlimen gagal meluluskan Belanjawan 2020 dan 2021 sebelum tarikh akhir yang ditetapkan.

Perkara itu sekaligus memaksa Israel untuk mengadakan pilihanraya umum buat kali ke-4 dalam masa dua tahun yang dijangka akan berlangsung pada 23 Mac tahun hadapan.

Netanyahu

Perdana Menteri Benjamin Netanyahu dan sekutunya Benny Gantz, pemimpin Biru dan Putih (Perikatan kerajaan pemerintah) dilaporkan saling tuduh menuduh antara satu sama lain susulan tumbangnya kerajaan yang baru berusia 7 bulan.

"Biru dan Putih menarik diri dari perjanjian dan mengheret kita kepada pilihanraya yang tidak perlu semasa krisis korona," kata Netanyahu yang menjadi rakyat Israel pertama menerima vaksin Covid-19 pada petang hari Sabtu lalu.

"Kita tidak mahu mengadakan pilihanraya, kita mengundi menentangnya, namun kita tidak takut dengan pilihanraya kerana kita akan menang,"

Ganzt pula merujuk kepada tuduhan rasuah yang dihadapi oleh Netanyahu: "Saya kecewa apabila Perdana Menteri sibuk dengan perbicaraannya dan bukannya kepentingan awam, dan sedang bersedia mengheret negara kepada ketidak tentuan, bukannya memastikan kestabilan dan pemulihan ekonomi,"

Selepas melalui tiga pilihanraya yang tidak menyakinkan, semasa gelombang pertama pandemik coronavirus, Gantz telah bersetuju untuk bergabung menyertai Netanyahu pada bulan April dalam tindakan yang disifatkan sebagai sebuah perikatan "darurat" meskipun sebelum ini Gantz berkempen untuk menjatuhkan Perdana Menteri Netanyahu yang dihadapkan ke mahkamah atas tuduhan rasuah.

Di bawah perjanjian itu, jawatan Perdana Menteri akan ditetapkan bersilih ganti di antara pemimpin-pemimpin dari kedua-dua parti perikatan berkenaan.

Netanyahu memegang jawatan itu terlebih dahulu sebelum menyerahkan jawatan itu kepada Gantz selepas tempoh 18 bulan. 

Satu-satunya kelompangan dalam perjanjian yang rumit itu ialah sekiranya ahli-ahli parlimen gagal untuk menyokong bajet sebelum tarikh akhir pada malam hari Selasa lepas.

Nasib kerajaan telah diketahui selepas Knesset (cabang legislatif kerajaan Israel yang meluluskan semua undang-undang) gagal meluluskan sebuah usul selepas bacaan pertama pada hari Selasa, yang akan melanjutkan tarikh akhir kelulusan belanjawan.

 Pemimpin pembangkang Yair Lapid yang berkempen bersama Gantz pada pilihan raya lalu, namun menarik sokongan partinya apabila Gantz memilih untuk bersama Netanyahu membidas Netanyahu di Knesset pada petang hari Isnin:


"Perdana Menteri kamu nak menipu siapa? Kamu tidak peduli tentang mutasi (Coronavirus), kamu hanya peduli tentang rotasi (giliran jawatan perdana menteri)" katanya.

Tinjauan pendapat yang dijalankan mendapati Parti Likud dijangka akan menang majoriti kerusi Knesset dalam pilihanraya akan datang.

Sumber — milosuam.net

0 ulasan:

Catat Ulasan