Rabu, 16 Disember 2020

Ungku Aziz: Figura Di Sebalik Tertubuhnya Lembaga Tabung Haji


Semalam Malaysia dikejutkan dengan 
berita pemergian seorang tokoh akademik dan ekonomi yang paling disegani, Profesor Diraja Ungku Abdul Aziz bin Ungku Abdul Hamid, 98 tahun akibat sakit tua.

Merupakan figura yang banyak mencetuskan idea untuk memajukan ekonomi orang Melayu dan umat Islam, figura ini juga menjadi pencetus idea sehingga tertubuhnya Tabung Haji, satu badan yang berperanan untuk menguruskan perjalanan jemaah haji dari Malaysia.

Ungku Abdul Aziz, Figura Di Sebalik Tertubuhnya Tabung Haji

Menerusi kertas kerja Rancangan Membaiki Ekonomi Bakal-Bakal Haji yang ditulis pada 30 September 1959 kepada Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu, beliau mengkaji bagaimana orang Melayu menyimpan duit untuk menunaikan haji semasa bekerja sebagai pensyarah ekonomi di Universiti Malaya (UM).

Hasil daripada kajian itu beliau telah mencadangkan agar satu badan ditubuhkan bagi orang ramai untuk menyimpan wang serta menguruskan perjalanan bakal haji ke Mekah dan dalam pada masa yang sama badan berkenaan memberikan pembahagian keuntungan – bukan pembayaran bunga yang mempunyai unsur riba kepada penyimpan.

Ungku Abdul Aziz, Figura Di Sebalik Tertubuhnya Tabung Haji 4

BACA: Tiada Lagi Penggunaan Buku Di Tabung Haji, Ini 5 Perkara Yang Perlu Anda Tahu

Idea luar biasa itu kemudiannya direalisasikan dengan tertubuhnya Lembaga Tabung Haji pada tahun 1969 dengan gabungan Lembaga Urusan dan Tabung Haji (LUTH) di antara Perbadanan Wang Simpanan Bakal-Bakal Haji (PWSBH) dengan Pejabat Urusan Hal Ehwal Haji – sebelum gabungan berkenaan ditukar kepada Lembaga Tabung Haji pada tahun 1995.

 PWSBH yang tertubuh di bawah Undang-Undang No.34, 1962 pada tahun 1963 meletakkan badan tersebut di bawah Kementerian Pembangunan Luar Bandar dan melakar sejarah apabila kaunter tabungan dibuka mulai 30 September 1963 dengan tabungan berjumlah RM45,610 daripada 1,281 orang penyimpan.

Ungku Abdul Aziz, Figura Di Sebalik Tertubuhnya Tabung Haji 1
Orang zaman dahulu menggunakan kapal sebagai pengangkutan ke Tanah Suci.
Ungku Abdul Aziz, Figura Di Sebalik Tertubuhnya Tabung Haji 2
Orang zaman dahulu menggunakan kapal sebagai pengangkutan ke Tanah Suci.

Bgai menambah keyakinan penyimpan untuk terus menyimpan dengan Tabung Haji walaupun tanpa idea meraih dividen (pada ketika itu) perkhidmatan terus ditambah baik supaya urusan menunaikan haji oleh penyimpan menjadi lebih teratur dan mudah.

Menghampiri usia 60 tahun, Tabung Haji banyak memainkan peranan dalam mendidik masyarakat menabung sebagai persiapan menunaikan haji.

Economics

Tidak terhenti di situ, Yayasan Tabung Haji (YTH) ditubuhkan pada 2016 bagi memberikan bantuan kepada golongan yang kurang berkemampuan dan memerlukan.

Antara sumbangan lain Prof Diraja Ungku Abdul Aziz:

  1. Pencetus idea penubuhan Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (ANGKASA)
  2. Pelaksanaan Dasar Ekonomi Baru (DEB)
  3. Mengasaskan Universiti Malaya
  4. Pencetus idea Akademi Islam
  5. Pencetus idea Pusat Asasi Sains
  6. Pengarah PLUS Expressways Berhad dan PLUS Berhad

Diibaratkan sebagai satu dalam sejuta, pemergian beliau merupakan sesuatu yang tiada galang gantinya. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang-orang beriman.

-odisi.my

0 ulasan:

Catat Ulasan