Viral di media sosial, klip video dari YouTuber (Paranormal) Indonesia Roy Kiyoshi yang menemui pakaian dalam wanita di dalam hidangan bakso yang dipesannya di sebuah warung, mengundang pelbagai reaksi netizen.
Berdasarkan video pendek itu, Roy meminta pengusaha warung berkenaan yang dikenali sebagai Siti untuk membuka penutup periuk bakso kerana Roy curiga dengan isi kandungannya. Sangkaannya itu ternyata benar apabila dibuka, terdapat sehelai seluar dalam di dalam periuk itu.
Apabila ditanya, Siti mengaku telah mengamalkan amalan kejinya itu bagi tujuan melariskan perniagaan baksonya. Siti juga menaku, dia telah mengamalkan amalan itu sejak 10 tahun lalu.
"Ya, saya mengaku salah. Saya buat macam ni untuk jadikan sebagai pelaris," kata Siti seperti yang ditunjukkan dalam video pendek itu.
Difahamkan, Roy datang ke warung bakso itu setelah dijemput dari pemilik warung itu sendiri yang mengeluh beberapa ahli keluarganya meninggal dunia dengan tragis setiap 12 haribulan.
Selain itu, wanita berkenaan juga meminta Roy untuk membantu perniagaannya menjadi lebih laris.
Bagaimanapun, netizen pula meragui kesahihan video tersebut dan menganggap video itu sekadar konten bagi menarik perhatian penonton channel YouTube Roy.
"Yelah, mana mungkin ada orang nak mengaku secara terbuka macam tu di depan orang ramai. Kena usaha lebih lagi plot dan jalan ceritanya, biar tak nampak macam komedi," kata Joni di ruangan komen video tersebut. - Agensi
0 ulasan:
Catat Ulasan