Ahad, 13 Disember 2020

Kini Morocco pula iktiraf Israel

Morocco atau Maghribi kini menjadi negara Arab yang ke-6 mengiktiraf Israel dan akan mengadakan hubungan diplomatik penuh dengan Israel.

Berikut adalah senarai negara Arab yang mengiktiraf Israel (baca : mengiktiraf penjajahan Masjid al Aqsa dan negara Palestin).

1-  Mesir - 1979

2- Jordan - 1994

3- UAE - 13 Ogos 2020

4- Bahrain - 15 Sept 2020

5- Sudan - 23 Okt 2020

6- Morocco - 10 Dis 2020

Dijangka Arab Saudi dan Kuwait juga akan berbuat demikian dalam sedikit masa nanti.

Imran Khan, PM Pakistan mengakui bahawa Pakistan juga telah didesak agar mengiktiraf Israel.

Saya tetap meletakkan harapan agar pemimpin negara umat Islam yang lain akan teguh dalam menyokong perjuangan rakyat Palestin.

[ t.me/zainurrashid ]

https://www.bbc.com/news/world-africa-55266089

0 ulasan:

Catat Ulasan