Baru-baru ini, pelbagai jenis vaksin Covid-19 telah berjaya dihasilkan oleh beberapa syarikat farmaseutikal antarabangsa dan antara yang menjadi perhatian adalah Pfizer-BioNTech.
Bagaimanapun, terdapat segelintir individu yang mempersoalkan keberkesanan vaksin tersebut malah ada yang bimbang sekiranya vaksin itu boleh mendatangkan bahaya.
Demi membuktikan keselamatan Pfizer, segelintir individu ternama mengambil suntikan vaksin berkenaan terlebih dahulu.
Antara individu tersebut ialah Dr Nur Amalina Che Bakri atau lebih mesra digelar sebagai Dr Amalina yang kini berpangkalan di London.
Menerusi laman Instagram, pakar bedah berusia 33 tahun itu memuat naik sebuah posting menunjukkan gambar dirinya sedang disuntik dos pertama vaksin berkenaan.
Dalam pada itu, dia turut menjelaskan mengenai fakta-fakta vaksin Pfizer dengan lebih lanjut di ruangan kapsyen bagi mengekang pelbagai mitos vaksin yang tersebar dalam kalangan masyarakat.
Menjengah ke ruangan komen, posting itu dibanjiri dengan soalan-soalan daripada warganet tentang vaksin berkenaan. Bahkan ada yang bertanya sama ada jika seseorang divaksin, adakah mereka akan bertukar menjadi ‘zombie’.
Alhamdulillah! Berapa kos tu?
Nanti kongsi la keberkesanan
Bila divaksin akan bertukar jadi zombie ke?
Terdahulu, Dr Amalina pernah menjadi bualan hangat di kalangan masyarakat yang rata-rata kagum dengan pencapaiannya meraih sebanyak 17A dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada tahun 2004.
Sumber: Instagram Dr Amalina
-ohmymedia.cc
0 ulasan:
Catat Ulasan