PEMUDA UMNO DESAK POLIS DAN SPRM SIASAT KAITAN BEKAS GABENOR BANK NEGARA DENGAN KES 1MDB
1. Pergerakan Pemuda UMNO hari ini telah mengadakan satu laporan polis berkenaan isu penting mengenai penglibatan seorang Gabenor Bank Negara yang disyaki terlibat dengan kes 1MDB.
2. Terdapat keraguan yang membimbangkan berkenaan pendedahan mengenai penglibatan 3 orang lagi individu bernama, Dato’ Dr Tawfiq Ayman – Alif Ayman Aziz bin Tawfiq Ayman – Abdul Aziz bin Tawfiq Ayman. Ketiga-tiga individu adalah dilaporkan sebagai suami dan anak-anak kepada Tan Sri Zeti Aziz, bekas Gabenor Bank Negara.
3. Sebuah syarikat Iron Rhapsody juga didakwa dimiliki oleh suami dan anak Tan Sri Zeti Aziz dan syarikat ini menerima wang berjumlah USD 16,219,409.23 daripada entiti yang mempunyai pendaftaran di bawah nama Jho Low. Juga disebut dalam laporan itu, Tan Sri Zeti dan Gabenor Bank Negara, Datuk Nor Shamsiah telah berjumpa dengan Jho Low beberapa kali dan mereka mempunyai makluman mengenai bayaran yang telah diterima oleh suami dan anak-anak Tan Sri Zeti.
4. Pemuda UMNO khuatir kerana sehingga hari ini, tidak pernah ada sebarang kaitan atau siasatan terperinci dan tindakan undang-undang yang telah dikenakan terhadap individu-individu penting di Bank Negara Malaysia berkenaan salahguna dana 1MDB. Terdapat beberapa persoalan yang perlu dirungkaikan dalam senario terkini dalam skandal 1MDB ini, antaranya:
a) Adakah benar transaksi-transaksi yang melibatkan ahli keluarga Tan Sri Zeti Aziz, Gabenor Bank Negara pada ketika itu berkait dengan 1MDB atau Jho Low? Apakah kaitan di antara Jho Low dan Dato’ Dr Tawfiq Ayman?
b) Mengapakah Tan Sri Zeti Aziz yang merupakan antara individu yang bertanggungjawab melibatkan transaksi besar dalam dan luar negara kini berdiam diri mengenai dakwaan ini.
5. Pemuda UMNO mendesak agar pihak PDRM dan seterusnya SPRM dapat memberikan satu tumpuan khusus untuk menyiasat berkenaan segala dakwaan, tuduhan dan fakta-fakta yang telah dikeluarkan oleh sebuah laman portal berita sebelum ini.
6. Pemuda UMNO mahu pendedahan yang melibatkan soal integriti di kalangan penjawat jawatan tertinggi di institusi kewangan tertinggi di Malaysia diberikan keadilan sewajarnya. Rakyat Malaysia pastinya mahukan kebenaran terungkil dalam usaha kita bagi membersihkan semula nama negara tercinta ini di mata dunia.
Dato Shahrul Nasrun Bin Kamaruddin
Exco Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia
30 Disember 2020
https://www.facebook.com/1516217508645548/posts/2846151342318818/?d=n
0 ulasan:
Catat Ulasan