Isnin, 21 Disember 2020

Dituduh Murtad - Ini Kronologi Perkahwinan Illi Najwa Saddique Bersama Manpreet Singh.

VIRAL | Sosial media kecoh dengan berita perkahwinan Ketua Pasukan Hoki India, Manpreet Singh bersama pasangannya, Illi Najwa Saddique.

1. Pada 16 Disember, beberapa portal media India dan tempatan melaporkan perkahwinan Illi Najwa 27 tahun, bersama Manpreet Singh 28, yang berlangsung di Jalandhar, Punjab.

2. Apa yang membuatkan ianya kecoh di Malaysia apabila rakaman video upacara perkahwinan itu tersebar di sosial media.

3. Ritual tersebut tidak memaparkan adat perkahwinan orang Islam sebaliknya menyerupai agama Sikh. Illi dan Manpreet berkahwin dengan mengenakan pakaian lengkap Punjabi, disempurnakan Anand Karj di GTB Nagar Gurudwara.

4. Illi Najwa dan Manpreet dilaporkan telah bertunang selama 6 tahun, iaitu pada 26 Februari 2014.

5. Illi Najwa dan Manpreet pertama kali bertemu pada tahun 2012, sewaktu Sultan Johor Cup, ketika itu Manpreet bermain untuk pasukan Hoki Junior India. Illi Najwa juga dilaporkan berasal dari Johor.

6. Menurut ibu Manpreet, Illi Najwa merupakan seorang peguam, tetapi beberapa portal tempatan melaporkan Illi Najwa bekerja di sebuah Universiti swasta di Malaysia sebagai perancang perniagaan bagi pasaran Asian Selatan.

7. Pada awalnya perkahwinan mereka dijadualkan berlangsung pada April 2020, bagaimanapun disebabkan covid19, maka ianya ditangguhkan ke hujung tahun.

8. Selepas rakaman perkahwinan Illi Najwa dan Manpreet tular di laman sosial, netizens mula mempersoalkan beberapa perkara;

- Status agama Illi Najwa dan pasangannya, Manpreet.

- Identiti Najwa yang dikaitkan dengan Halimah Sadique, Menteri Perpaduan Malaysia. Najwa disahkan adalah anak saudara kepada Halimah Sadique.

- Portal The Star melaporkan Illi Najwa mendapat kebenaran khas untuk berkahwin di India, disebabkan itu netizens turut mempersoalkan ketelusan kebenaran khas itu, memandangkan Najwa ada hubungan kekeluargaan dengan Menteri. Tambahan pula, jangkitan covid19 di India sedang tinggi pada ketika itu.

- Netizens juga mendesak agar Illi menyebarkan gambar pernikahannya dengan Manpreet. 

Sebagai rekod, dalam video yang tular, ketika ditemubual wartawan berhubung perkahwinannya, Manpreet dilihat seperti menyebutkan perkataan "Nikah" (minit ke 45 ke atas).

9. Tular juga penjelasan dari Illi Najwa di laman sosial;

10. Menurut Illi Najwa;

- Manpreet sudah pun memeluk agama Islam pada tahun lepas.

- Illi Najwa tidak menukar nama dan agamanya. Namanya kekal Illi Najwa Anuar Hussin Saddique. Keluarga Manpreet memangil Najwa sebagai Navpreet sejak 2012 kerana sukar nak memanggil nama asalnya.

- Mereka sudah bernikah pada 16 Disember tetapi ianya dijalankan secara rahsia. Sijilnya akan dikeluarkan kemudiannya.

- Penyebaran rakaman upacara perkahwinan adalah diluar jangkaan dan bukan dalam pengetahuan pasangan itu, mereka berdua juga tidak bersetuju dengan penyebaran rakaman tersebut.

- Pasangan itu mengakui mereka melakukan perkara salah (ritual), Manpreet tidak pernah mengeluarkan apa-apa kenyataan sensitif.

- Illi Najwa juga mengesahkan beliau mematuhi semua prosuder semasa memohon kebenaran ke luar negara. Tak ada permohonan khas tetapi nampaknya ada pihak lain beranggapan sebaliknya.

- Illi Najwa juga tidak mengetahui bagaimana umum mengetahui beliau adalah anak saudara kepada Halimah Saddique. Inilah sebabnya beliau enggan melibatkan ibunya.. apa-apa pun beliau memohon maaf kerana melibatkan dan memalukan keluarga.

11. Penjelasan Illi Najwa dianggap sahih walaupun berdasarkan semakan di Facebooknya, tak ada kenyataan seperti di atas. Samada ianya dipadamkan ataupun hanya untuk rakan yang bersahabat di Facebook.

12. Netizens juga melakukan semakan berita mengenai Manpreet yang memeluk Islam. Bagaimanapun tak ada berita yang boleh mengesahkan dakwaan Illi Najwa. Terdapat tanggapan, ia mungkin disorokkan dari pengetahuan umum kerana dianggap isu sensitif di India.

13. Di sosial media, bertali arus serangan ke atas kerajaan Perikatan Nasional disebabkan perkahwinan tersebut membabitkan anak saudara kepada Menteri PN.

14. Selain itu terdapat netizens yang troll kerajaan PN, khususnya PAS yang seringkali menjadi juara agama Islam - kenapa berdiam diri dalam isu yang membabitkan anak saudara menteri dan memilih bersangka baik. Andaikata ia membabitkan lawan sudah pasti dianggap musuh Islam dan dikecam teruk.

15. Bagaimanapun selepas 3 hari berlalu, Timbalan Menteri Agama ada membuka mulut bagi menjawab dakwaan itu.

16. Menurut Ahmad Marzuk Shaary kerajaan akan merujuk JAIJ bagi mendapatkan penjelasan berhubung status agama dan perkahwinan Illi Najwa bersama pasangannya, Manpreet pada 16 Disember lepas.

17. Kerajaan juga akan menunggu kepulangan Illi dari India bagi mendapatkan penjelasan lanjut.

18. Ahmad Marzuk juga mengesahkan tiada permohonon kebenaran kahwin di luar negara oleh Illi Najwa.

19. Berdasarkan apa yang tular di sosmed, Illi mendakwa Manpreet telah memeluk Islam pada tahun lepas dan kerajaan menunggu kepulangan Illi Najwa bagi mengesahkan dakwaan berkenaan.

20. Selain kebenaran berkahwin, JAKIM juga tidak menerima sebarang permohonan dari Illi untuk meninggalkan agama Islam.

21. Netizens juga mempersoalkan dimanakah ahli keluarga Illi Najwa ketika berlangsungnya majlis perkahwinan tersebut.

22. Sementara itu, berdasarkan pemerhatian netizens;

- Di semua akaun media sosial Manpreet, tak ada berita dan hebahan mengenai majlis perkahwinannya, samada nikah ataupun upacara Sikh.

- Bagaimanapun upacara perkahwinan memang masuk portal-portal berita India, Malaysia dan antarabangsa.

- Illi Najwa juga tidak memuatkan gambar-gambar perkahwinannya dengan Manpreet di Facebook dan Twitternya. Sementara IG nya telah diprivatekan.

23. Portal The Tribune, yang berpengkalan di India;

- Illi Najwa tidak akan pulang ke Malaysia sebaliknya akan tinggal bersama keluarganya di Jalandhar.

- Illi Najwa sudah biasa dengan adat dan kebudayaan Punjabi.

- Illi Najwa juga sudah mempunyai nama Punjabi iaitu Navpreet Kaur.

24. Ini pula apa yang tular di media sosial;

- Menurut Ustazah Asmak Husin, Illi dan suaminya adalah penganut agama Islam dan membuat sambutan resepsi di India.

- Menurut Sue Kaur, nama Kaur akan diberikan kalau sudah melakukan baptisan, tidak boleh diberikan nama Kaur sesuka hati.

- Netizens beranggapan di Facebook Manpreet Singh, membayangkan lelaki itu masih menganuti agama lamanya. Post pada 13 April 2020 ini disebarkan oleh netizens bagi menguatkan hujah mereka.

25. Sehingga ke hari ini keluarga Illi Najwa belum lagi tampil memberikan apa-apa kenyataan berhubung perkahwinan anaknya itu di India.

26. Datuk Seri Halimah Saddique juga tidak mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung perkara itu.

27. Demikian juga Manpreet Singh dan keluarganya dalam menjawab isu berkaitan Manpreet Singh telah memeluk agama Islam. - 21 Disember 2020.

Rujukan;

https://www.indiatoday.in/sports/hockey/story/manpreet-singh-wedding-illi-siddique-malaysia-photos-punjab-marriage-ceremony

https://www.freemalaysiatoday.com/category/nation/2020/12/20/govt-probes-religious-status-of-malaysian-who-married-indian-hockey-star/

https://www.youtube.com/watch?v=WlXY5JdpBmo

-soZCyili

0 ulasan:

Catat Ulasan