Berikutan kecaman hebat yang diterima setelah berkongsi rakaman video pemergian sahabat baiknya, usahawan Hafiz Mahamad tampil membuka mulut bagi menjelaskan berkenaan isu tersebut.
Bagi tujuan itu, dia yang juga selebriti media sosial itu memuat naik beberapa keping Instastory di laman Instagram miliknya.
Niat saya hanya Allah yang tahu
“Niat hati saya Allah saja yang tahu. Apa pun pandangan kamu, bukan salah kamu.
“Ada yang melihat ia dapat manfaat, ada yang melihat dan nampak saya yang bukan-bukan saya terima semuanya sebab saya tak mampu untuk kawal ‘hati’ kamu,” tulisnya.
Menurut Hafiz, niat hatinya hanya Allah sahaja yang tahu. Terpulanglah apa pemikiran orang lain terhadap dirinya selain tidak menyalahkan mereka kerana baginya, dia tidak mampu mengawal hati orang lain.
Takpe sahabat, biar mereka berkata2
Malah, salah seorang kenalannya turut mempertahankan Hafiz dengan memuat naik kenyataan di Instastory yang kemudiannya dikongsi semula oleh Hafiz.
“Takpe sahabat, biar apa orang kata. Hanya niat di hati, kita je yang tahu. Buat kerana Allah, Allah je yang tahu niat kita,” tulis sahabatnya.
Selain itu, penyanyi rap Caprice turut mengulas mengenai isu tersebut di laman sosial miliknya. Dia yang mengenali Hafiz secara peribadi cuba ‘membersihkan’ tanggapan netizen terhadap usahawan terbabit.
Caprice menegaskan bahawa Hafiz adalah individu yang suka merakam perjalanan aktiviti yang dilakukannya untuk memberi inspirasi kepada orang lain.
Dia dah banyak bantu orang
“Dari dia baru nak up sehingga dia ada anak, Hafiz memang suka bantu orang dan rakam perjalanan untuk inspire orang kat luar sana. Niat Hafiz buat video-video ni takde siapa boleh tahu kecuali dia dengan Allah.
“Untuk menangis pemergian sahabat, ada yang buat lagu, ada yang buat video, ada yang buat album foto. Terpulanglah, tetapi apabila sesiapa meninggal dunia benda yang perlu kita buat adalah sedekahkan al-Fatihah, atau diam sahaja,” ulas Caprice.
Selain itu, Hafiz turut berkongsi dia telah berjaya mengutip sebanyak RM40,000 hasil sumbangan orang ramai untuk diberikan kepada keluarga Allahyarham.
Sumber: Instagram Hafiz Mahamad
-ohmymedia.cc
0 ulasan:
Catat Ulasan