
Kerana pengaruh kuasa, kepentingan setiakawan sebagaimana janji seperti sudah tiada nilai. Adakah UMNO menghalalkan apa sahaja cara demi kepentingan mereka. Siapa yang patut dipersalahkan kerana mewujudkan langkah sehingga menentang undi percaya terhadap Faizal Azumu semata-mata nak merebut jawatan.Takkan UMNO sanggup ketepikan PAS, menidakkan BERSATU yang boleh menyatupadukan Melayu tetapi memilih bekerjasama dengan Parti Amanah Negara (Amanah) dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) bagi membentuk kerajaan baharu di negeri itu. Malah lebih menyedihkan jika UMNO sanggup bekerjasama dengan parti komunis DAP.UMNO perlu ingat yang PAS juga punya matlamat dan tidak selamanya berdiam diri. Jangan sampai PAS yang menguburkan Muafakat Nasional dek kerana cara perjuangan UMNO. Mana janji taat setia untuk mengenepikan isu politik dikala negara dilanda pandemik.Apa gunanya capai kesepakatan kalau sebelah pihak bergerak sendiri tanpa ada perbincangan dan membawa halatuju yang bercanggah. Semoga perjuangan yang seharusnya mengutamakan solidariti dan perpaduan ummah tidak terjejas dan kebijaksanaan diperlukan untuk mengekalkan apa yang telah diperjuangkan tidak menjadi sia-sia.UMNO nampaknya perlu muhasabah diri, fikir masak-masak, siapa kawan sebenar, siapa lawan sebenar.farhan
-mindarakyat
Related Posts:
Umno pun ada yang nak tanya PAS jawab Asyraf Wajdi kepada Takiyuddin PAS boleh mendapatkan penjelasan daripada Umno berhubung sokongan majoriti pemimpin parti itu untuk membentuk kerajaan baru bersama Presiden PKR Anwar Ibrahim, minggu depan.Ketua Pemuda Umno Asyraf Wajdi Dusuki, berkata… Read More
Umno perlu waspada, sedar bahaya sokong Anwar kata Hishamuddin Umno tidak perlu melayan kenyataan Presiden PKR Anwar Ibrahim berkenaan memiliki sokongan majoriti ahli Dewan Rakyat, kata Menteri Luar Hishammuddin Hussein yang menyifatkannya sebagai propaganda untuk mengalihkan perha… Read More
KEMELUT POLITIK:Dah Macam Kartun,Bubar Parlimen Jalan Terbaik Kata TajuddinBubar Parlimen bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) adalah jalan terbaik bagi menyelesaikan kemelut politik negara.Ahli Majlis Tertinggi Umno, Tajuddin Abdul Rahman, berkata ia langkah terbaik daripada m… Read More
Umno akan menang besar jika rancangan Anwar tercapai, kata sumber PH, penganalisisDua belas ke 15 ahli Parlimen Umno dikatakan menyokong rancangan Anwar untuk menubuhkan kerajaan baru. PETALING JAYA: Umno bakal menjadi pemenang terbesar jika ketua pembangkang Anwar Ibrahim berjaya membentuk kera… Read More
Ahli Parlimen Umno mahu ‘pertimbang pilihan’ meski dalam proses bincang bersama PAS, PPBMPemimpin Umno, PAS dan PPBM akan berbincang minggu ini mengenai beberapa isu.PETALING JAYA: Beberapa ahli Parlimen Umno dikatakan sedang mempertimbang pilihan untuk membubarkan Parlimen ketika perbincangan antara parti itu be… Read More
0 ulasan:
Catat Ulasan