Nasi lemak buah bidara,
Sayang selasih saya lurutkan,
Buang emak buang saudara (buang emak buang agama),
Kerana kasih saya turutkan.
Hebat orang Melayu dahulu berseloka. Melangkaui zaman. Ternyata sudah menjadi realiti. Ini yang diketahui, yang tidak diketahui, bagaimanalah keadaannya. Buang emak buang agama, kerana kasih, saya turutkan.
Masih terbayang kisah Aishah Bukhari dan Lina Joy. Sebagai mualaf, terpanggil saya. Izinkan saya untuk berbicara. Tidak usahlah berdolak-dalih lagi. Jika sudah sebegitulah upacara perkahwinannya. Lupakanlah buat sementara bahawa beliau masih lagi beragama Islam.
Masih Islam atau tidak, tidak perlu tunggu permohonan untuk murt4d. Melihat kepada tingkah laku, sudah dapat diketahui, sama ada sudah murt4d mahu pun belum. Jika pasangan tersebut masih berada di Malaysia, mungkin senang untuk diuruskan, tetapi jika sudah terlepas ke Punjab, gigit jarilah jawabnya.
Apa nak jadi dengan umat Islam hari ini?
Semakin hari, semakin hilang pedoman dan identiti dirinya. Jika di hospital, wad bersalin, boleh dikatakan, saban hari, ada sahaja anak luar nikah dilahirkan. Di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) tidak diketahui, sejauh mana ser1us, ada atau tidak kekerapan permohonan untuk keluar Islam. Cuma berdasar kes di mahk4mah, memang ada.
Ini belum lagi pendedahan, anak-anak perempuan India Muslim bercinta dengan anak-anak lelaki Hindu. Terselamatkah akidah kita? Kepada ultra k1asu, perkara ini tidak ada apa-apa, atas dasar hak asasi manusia. Inilah pun yang mereka perjuangkan selama ini. Dah tentu mereka gembira. Precedent demi precedent bagi memudahkan tugas mereka.
Kepada kita bagaimana? Maruah kita? Perlembagaan kita?
Tak usahlah terlalu defensif dalam perkara ini. Sedarlah, ini semua kelemahan kita. Kelemahan penguatkuasaan undang-undang, kelemahan sistem pendidikan keluarga, kelemahan media yang sentiasa mensensasikan cerita-cerita cinta seperti pantun di atas dan sebagainya.
Kalau dah sampai tunduk kepada berhala, tukar nama, nak bersangka baik lagi bagaimana?
Katakanlah keluarga lelaki sudah biasa panggil dengan panggilan Navpreet Kaur, kenapa biarkan. Katakan dengan tegas, nama saya Illi Najwa Anuar. Panggil Illi atau Najwa, kenapa mesti dibiarkan, dipanggil Navpreet Kaur. Kaur dan Singh, itulah identiti agama Sikh.
Islam memang agama hikmah (wisdom) tetapi bukan berhikmah selamanya. Perlu ada penegasan terutama hal-hal berkaitan, akidah, nikah kawin cerai dan sebagainya. Ia tidak boleh dilakonkan atau olok-olok.
Dalam keadaan itu, kita diminta bertegas…
Sama seperti kedudukan kami sebagai mualaf, tidak ada masalah untuk berbaik dengan ibu bapa, adik beradik dan saudara mara yang belum Islam, setelah memeluk Islam. Malah, dituntut bertambah baik, eratkan hubungan sebaik mungkin.
Tetapi jika mereka paksa kita menyembah berhala, maka penegasan ketika itu amat perlu, kecualilah antara hidup dan mati. Rasanya kita belum berada dalam situasi antara Mashitah (bersama anak) dan Firaun, memilih untuk menyembah Allah atau menyembah Firaun.
Ketika itu, boleh dibenarkan pilih, bertegas, terjun ke dalam kawah panas atau menyamar ikut Firaun. Mashitah bersama anaknya memilih penegasan daripada menyamar menyembah Firaun, walaupun menyamar itu tidak salah, kerana darurat.
Isunya adakah kita berada dalam situasi antara hidup dan m4ti? Sudah tentu tidak…
Saudaraku, Islam bukan agama main-main? Kemuliaan dan kehebatan Islam kerana penegasan. Apabila perkara berhubung dengan akidah, kita mesti bertegas, tidak boleh tidak. Bukan perkara main-main. Pemimpin negara perlu bertegas, seperti mana kita bertegas mempertahankan Zakir Naik.
Bawa balik Illi Najwa. Buat penegasan, sama ada dia Illi Najwa atau Navpreet Kaur…
Begitu juga dengan suaminya, Manpreet Singh. Dilaporkan telah memeluk agama Islam. Tidak diketahui sama ada namanya sama Manpreet Singh atau ada sedikit tambahan (ubah) dengan identiti nama-nama Arab. Tetapi itu bukanlah suatu yang penting. Ada apa dengan nama. Nama Ridhuan pun, kalau perangai macam mangkok hayun tak guna juga.
Justeru, penjelasan dan pengakuan itu yang lebih penting. Jika Manpreet Singh yakin dengan Islam. Maka selamatlah Illi Najwa. Jika sekiranya Manpreet bertindak sebaliknya. Maka hilanglah Illi Najwa, yang ada hanya Navpreet Kaur.
Pilihan seterusnya, jika Illi Najwa bertegas bahawa dia bukan Navpreet Kaur, dia boleh bertegas untuk meninggalkan Manpreet Singh, sebelum keadaan jadi lebih rumit, apabila melahirkan anak nanti. Islamkah anaknya atau sebaliknya?
Persoalannya, mampukan beliau melakukan sedemikian? Mampukah beliau ubah pantun Melayu, demi emak, demi saudara, kerana Islam aku turutkan? Sama-sama kita mendoakan.
Prof Dr Ridhuan Tee Abdullah
0 ulasan:
Catat Ulasan