Sabtu, 5 Disember 2020

Penganalisis beri 3 sebab PAS lebih selesa dengan PPBM berbanding Umno

 

Penganalisis berkata, PAS hanya mahu kekal sebagai sebahagian daripada kerajaan. (Gambar Bernama)

PETALING JAYA: Walaupun ia bermula dengan kerjasama dengan Umno dalam Muakafat Nasional (MN), PAS dilihat lebih selesa bekerja dalam Perikatan Nasional (PN) dengan PPBM, kata seorang penganalisis.

Bridget Welsh dari Universiti Nottingham Malaysia berkata, terdapat tiga sebab yang menyumbang kepada keadaan itu.

Pertama, PPBM memberikan representasi politik terbesar kepada PAS di peringkat persekutuan.

Kedua, PAS percaya ia mempunyai sokongan pilihan raya lebih baik daripada Umno, dan berpendapat kolaborasinya dalam MN lebih banyak membantu Umno berbanding parti itu sendiri.

“Sebab ketiga adalah kerana PPBM membenarkan PAS menjalankan agendanya dari segi mempromosi politik Islam.

“Kita lihat isu melibatkan penjualan alkohol dan kuil. Ini adalah perkara-perkara yang menyaksikan PAS memajukan agenda mereka,” katanya kepada FMT.

Bridget Welsh.

Welsh berkata, sebab-sebab itu mungkin menjelaskan keputusan PAS untuk tidak menjadi sebahagian daripada kerajaan baru Perak yang mungkin dipimpin Umno, berikutan tumbangnya kerajaan pimpinan Menteri Besar Ahmad Faizal Azumu.

Welsh berkata, masih terlalu awal untuk menentukan jika ketegangan antara PAS dan Umno akan meningkat ke peringkat pusat dan nasional kerana sifat politik Malaysia yang tidak dapat diramal.

Katanya, hanya masa yang akan menentukan.

“Keadaan sentiasa berubah, ia tidak tetap. Suatu hari anda adalah musuh dan keesokan harinya anda adalah kawan, kemudian anda menjadi musuh semula.

“Kita melihat politik Melayu yang biasanya berada di belakang tabir secara terbuka sekarang,” katanya.

Beliau meramalkan akan berlaku limpahan di peringkat negeri.

“Terdapat lima negeri yang mudah terjejas. Kita mesti lihat apakah yang berlaku di Kedah dan juga isu-isu di Johor. Ini negeri yang penting untuk diperhatikan.”

Beliau berkata, belum jelas siapakah pemenang terbesar dalam perubahan kerajaan di Perak, walaupun hubungan baru mungkin berkembang dari situ.

James Chin.

James Chin dari Institut Asia Universiti Tasmania berkata, PAS hanya mahu kekal sebagai sebahagian daripada kerajaan.

Oleh sebab itulah ia masih menjadi sebahagian daripada kerajaan PN sehingga kini.

Beliau juga memberitahu FMT bahawa PAS tidak mesra sama ada dengan PPBM maupun Umno, tetapi hanya mahu kekal di posisi kuasa untuk menggerakkan Islamisasi.

“PAS tiada kesetiaan. Ia akan menyingkirkan PPBM dengan satu syarat – bahawa ia kekal berada dalam kerajaan.

“PAS mahukan sebuah kerajaan Melayu atau Islam. Justeru mereka lebih bersedia untuk menjatuhkan kerajaan Pakatan Harapan (PH) sebelum ini kerana berpendapat kerajaan itu terlalu dipengaruhi oleh orang bukan Melayu dan bukan Islam,” katanya.

Faizal gagal memperoleh sokongan majoriti di DUN Perak selepas 48 ADUN menolak dalam undian usul percaya. Hanya 10 menyokong dan satu undi rosak.

Setiausaha Agung PAS Takiyuddin Hassan berkata, parti itu tidak akan menyertai kerajaan baru negeri Perak yang bakal ditubuhkan, dengan menambah bahawa tiga wakil rakyatnya mengundi menyokong Faizal dalam undian tersebut.

Related Posts:

  • Tekanan terhadap Zahid memuncak dalam Umno  Kadudukan Presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menjadi tumpuan sejak kebelakangan ini berikutan keputusannya mahu bekerjasama dengan bekas mentornya Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi membentuk kerajaan baru, namun k… Read More
  • Salahuddin Ayub Buka Pekong Pakatan Harapan Selama ini Pakatan Harapan, khususnya DAP, sangat kuat mengutuk tindakan mencuri Ahli-Ahli Parlimen parti-parti lain dan tindakan Ahli-Ahli Parlimen melompat parti ke parti-parti lain sehingga ke tahap mahu akta anti lo… Read More
  • DAP HANYA TAHU PERALAT ANAK MUDA Oleh Lau Chin Kok“Sudah tiba masanya untuk meletakkan lebih ramai anak muda dalam kepimpinan pembangkang“, itu kata Ahli Parlimen Iskandar Puteri, Lim Kit Siang. Tetapi apa yang berlaku adalah sebaliknya.Kata Kit Siang,… Read More
  • PH Cukup Takut UMNO Kekal Kerjasama Dengan PNOleh: DATUK SHAHRUL NASRUN KAMARUDDINOrang UMNO pasti tidak berminat membaca sehingga penutup artikel ini kerana mereka beranggapan saya cuba mengajak Melayu untuk menyertai parti BERSATU.Tidak mengapa.Biarkan rakan-rakan UMN… Read More
  • Ku Li beri isyarat sedia berehat daripada politikAhli Parlimen Gua Musang sejak 1986, Tengku Razaleigh Hamzah berkata, beliau tidak pernah menginginkan jawatan perdana menteri sepanjang bergelar ahli politik.Wakil rakyat paling lama berkhidmat di Malaysia Tengku Razaleigh T… Read More

0 ulasan:

Catat Ulasan