"Cashzine - Aplikasi Buat Duit Percuma Terbaik Yang PERLU anda miliki"

Cara Buat Duit Dengan Aplikasi Cashzine: Peluang Jana Side Income lebih RM100 Dalam Sehari Melalui Aplikasi Cashzine. (Scroll ke bawah untuk bukti pembayaran terkini daripada Cashzine

Cordyceps:Herba luarbiasa dan apa kehebatannya?

Pernahkah anda mendengar Cordyceps? Atau anda pernah melihat? Mungkin tak pernah dengarkan... Dan tak pernah lihat pun. Sama jugalah macam saya. Saya cuba ceritakan serba sedikit tentang Cordyceps ni. Walaupun bagaimanapun saya cuba fahamkan anda semua mengenainya samada dari tempat asal ataupun khasiat Cordyceps ini.

Cara Mudah Jadi Youtuber Terhebat

Ketahui cara bagaimana untuk menjadi Youtuber. Video yang senang difahami dan penuh dengan semua info yang perlu sebagai Youtuber. Dari asas kepada SEO, teknik Viral, Fb ads serta Mengandungi Teknik dan Rahsia Youtuber yang memiliki JUTAAN Subscriber..

Wanita kelihatan anggun dengan Hasanah Lipmatte

90% pengguna GEMBIRA dan TERUJA dengan Hasanah Lipmatte. Dah jadi trending bagi wanita abad ini. Bukan setakat mencantikkan bibir si pemakai malah dapat menaikkan keyakinan anda sepanjang hari.

9/10 Rezeki Perniagaan: Dari SOLOpreneur ke ENTREpreneur menjadi GLOBALpreneur

Cara Mulakan dan Kembangkan Perniagaan Ke Tahap Yang Lebih Tinggi Dengan Modal Minima.


Isnin, 31 Mei 2021

Menteri, timbalan menteri tak ambil gaji 3 bulan


 Perdana Menteri Muhyiddin Yassin mengumumkan semua menteri dan timbalan menteri tidak akan mengambil gaji selama tiga bulan mulai Jun ini.

Dia berkata demikian ketika mengumumkan pakej bantuan Pemerkasa Plus bernilai RM40 billion yang disiarkan di kaca televisyen malam ini.

Saya ingin memaklumkan tanda sokongan barisan menteri dan timbalan menteri dengan tidak mengambil gaji selama tiga bulan mulai Jun 2021.

“Gaji yang tidak diambil ini akan disumbangkan ke dalam Akaun Amanah Bencana sebagai membiayai perbelanjaan berkaitan Covid-19,” katanya.

Pada Mac tahun lepas, kira-kira seminggu selepas pelaksanaan PKP1.0, langkah sama turut diambil dengan pemotongan dua bulan gaji perdana menteri, menteri dan timbalan menteri untuk disumbangkan kepada Tabung Covid-19.

Negara kini berada di bawah PKP3.0 yang bermula sejak 12 Mei lalu, kecuali di Sarawak (sejak 29 Mei), yang lebih longgar berbanding PKP1.0.

Bagaimanapun, dengan lonjakan kes yang semakin tinggi, kerajaan memutuskan untuk melaksanakan sekatan pergerakan penuh (total lockdown) di seluruh negara selama 14 hari bermula tengah malam ini hingga 14 Jun - kecuali Sarawak yang tidak melaksanakannya.

Dalam sekatan pergerakan penuh, semua sektor sosial dan ekonomi ditutup kecuali sektor-sektor yang dikategorikan sebagai sektor ekonomi dan perkhidmatan perlu.

Pemerkasa Plus yang diumumkan Muhyiddin melibatkan nilai bantuan keseluruhan RM40 bilion, termasuk suntikan fiskal RM5 bilion.

Antara bantuan yang diumumkan ialah moratorium pinjaman untuk golongan B40, selain kepada mereka yang kehilangan pekerjaan atau peniaga kecil yang tidak dapat beroperasi dalam tempoh berkenaan.

Penerima Bantuan Prihatin Rakyat juga menikmati bantuan tambahan.-mKini 

Bantuan PKP 3.0 : Bayaran BPR Tambahan RM100-500 Untuk KIR & Bujang

 


Melalui Pakej Bantuan 3.0 yang diumumkan oleh Perdana Menteri sebentar tadi, telah diumumkan beberapa bantuan untuk membantu kelangsungan hidup rakyat dalam pelaksanaan PKP Penuh mulai 1 Jun 2021.

Antara yang diumumkan adalah bantuan tambahan BPR 2021 kepada penerima sedia ada.

Berikut dikongsikan maklumat lanjut tentang Bantuan Tambahan BPR 2021 seperti di bawah:

Kadar Tambahan BPR 2021

Kerajaan mengumumkan pakej stimulus PEMERKASA PLUS bernilai RM40 bilion bagi rangsang ekonomi & bantu rakyat hadapi PKP 3.0.

RM2.1 bilion diperuntuk bagi tambah kadar program Bantuan Prihatin Rakyat (BPR).

  • Tambahan RM500 : Isi rumah bawah RM2500
  • Tambahan RM300 : Isi Rumah Bawah RM5000
  • Tambahan RM100 : Bujang

Bayaran akan dikreditkan ke akaun penerima pada hujung bulan Jun 2021 ini.

Ahad, 30 Mei 2021

Ibu Neelofa minta maaf kepada Istana Johor atas komen sensitif di IG

 

Noor Kartini Kartini Noor Mohammed menyedari isu berhubung tangkap layar daripada Instagram Story miliknya setelah perkara itu tersebar di media sosial.

PETALING JAYA: Ibu kepada usahawan dan selebriti terkenal, Neelofa, Noor Kartini Noor Mohammed, memohon maaf kepada Istana Johor khususnya kepada Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar atas kekhilafan pekerjanya memuat naik komen berbaur sensitif menggunakan akaun Instagram miliknya.

Noor Kartini, 54, berkata, dia menyedari isu berhubung tangkap layar daripada Instagram Story (IGS) miliknya setelah bertebaran di media sosial yang memaparkan komen mengenai sistem Raja Berpelembagaan di Malaysia.

“Saya ingin jelaskan, perkara tersebut berlaku di atas kecuaian salah seorang pekerja saya yang mempunyai akses kepada akaun Instagram saya.

“Dia yang juga pengurus media sosial di Noor Khan International Sdn Bhd secara tidak sengaja telah memuat naik instastory tanpa sedar menggunakan akaun saya, @noorkartini.

“Kepada Tuanku dan seluruh ahli keluarga diraja, patik merafak sembah memohon maaf atas kecuaian yang terjadi,” katanya dipetik Utusan Malaysia.

Perkara itu timbul selepas ramai membuat ciapan di Twitter mengenai ibu Neelofa itu yang dikatakan berani membuat kenyataan berbaur cabaran menyentuh isu perlembagaan diraja serta darurat.

Perkara tersebut juga telah mendapat perhatian daripada keluarga diraja tersebut dan antara yang memberi tanda isyarat mengenainya ialah anakanda ketiga Sultan iaitu Tunku Idris Iskandar.

Respons yang diberikan oleh Tunku Idris menerusi akaun Instagramnya juga menerima reaksi pelbagai pengikutnya selepas turut mengongsikan ayat yang dipercayai merujuk kepada perbuatan Noor Kartini itu.

“Adab yang terjelma dalam amalan seseorang itu adalah petanda bahawa amalan itu diterima oleh Allah SWT,” tulis Tunku Idris memetik ayat asal yang ditulis oleh Sayyidina Anas Ibn Malik.

Terdahulu, Tunku Idris juga memuat naik ayat berbentuk pertanyaan dalam media sosialnya sambil mengepilkan tangkap layar IGS Kartini tersebut bersama.

“Memang keluarga dia ini semua jenis macam ni?” tulisnya.

Dalam pada itu, Noor Kartini juga memaklumkan pihaknya telah membuat laporan polis di Balai Polis Taman Tun Dr Ismail sekitar jam 5.30 petang tadi berhubung perkara itu dan akan memberikan kerjasama sepenuhnya kepada Istana Negeri Johor berkenaan isu tersebut.-FMT

BELASUNGKAWA: Tan Sri Dato' Seri Dr Haji Harussani Zakaria - Mufti Perak Ke-8 ( 1939 - 2021 )

Oleh : Tengku Yusuff

Tan Sri Dato' Seri Dr Haji Harussani Bin Tuan Guru Haji Zakaria dilahirkan di Parit Tok Ngah, Tanjung Piandang, Parit Buntar, Perak pada 31 Julai 1939. Ayahnya, Tuan Guru Haji Zakaria adalah ulama' terkenal di kawasan Tanjung Piandang suatu ketika dahulu dan merupakan guru kepada Tuan Guru Haji Hussin Parit Gabis. 

Kakaknya juga adalah seorang alimat yang mengajar kitab di Parit Buntar dahulu bernama Hajah Zainab. Beliau bersuamikan Tuan Guru Haji Muhammad Bin Tuan Guru Haji Mokhtar Sungai Labu.

Pendidikan beliau bermula di Sekolah Melayu Kampung Kedah, Parit Buntar, Perak dan Angklo Chinese School, Parit Buntar, Perak sehingga tamat. Pada tahun 1956 hingga tahun 1959, beliau menyambung pengajian di Madrasah Idrisiah. Kuala Kangsar, Perak dan seterusnya pada tahun 1959 hingga tahun 1960 di Kuliah al-Attas, Johor Bahru, Johor. Beliau juga telah menyambung pengajian di Kolej Islam Malaya, Klang, dan memperolehi Diploma Pendidikan, Sijil Tertinggi Kolej Islam Malaya. Di antara gurunya ialah Syeikh Haji Zubir Bin Ahmad al-Filfulani.

Perkhidmatan beliau dimulakan pada tahun 1964 di Cawangan Khas, Kementerian Dalam Negeri sehingga tahun 1967. Beliau telah dilantik menjadi Qadhi Jabatan Agama Islam Pulau Pinang pada tahun 1967 sehingga 1973 iaitu selama enam tahun. Di samping menjadi Qadhi, beliau juga menjadi pensyarah sambilan di Maktab Perguruan Persekutuan Gelugur dari tahun 1968 hingga 1978 dan di Sekolah Latihan Pergigian Pulau Pinang selama lebih kurang 14 tahun iaitu pada tahun 1970 hingga 1984. 

Setelah itu, beliau telah dilantik sebagai Qadhi Besar di Jabatan Agama Pulau Pinang pada tahun 1973 hingga 1985. Setelah hampir 12 tahun menjawat jawatan tersebut, beliau telah dilantik sebagai Mufti Kerajaan Negeri Perak pada tahun 1985 sehingga meninggal dunia pada 30 May 2021.

Tan Sri amat dikenali kerana penglibatan beliau yang meluas dalam masyarakat. Di antara jawatan beliau di peringkat negeri Perak ialah :

1.  Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK) Negeri Perak Darul Ridzuan (mulai Oktober 2000)

2. Pengerusi Jawatankuasa Syariah Negeri Perak

3. Pengerusi Jawatankuasa Khas Penyelaras Dakwah dan Pembelajaran Negeri

4. Pengerusi Jawatankuasa Penapisan Bahan-Bahan Terbitan Berunsur Islam

5. Ahli Jawatankuasa Majlis Keutuhan Negeri Perak Darul Ridzuan

6. Ahli Lembaga Pengarah Perbadanan Kemajuan Ekonomi Islam Negeri Perak

7. Ahli Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak

8. Ahli Lembaga Pengarah IDC Urus Ladang Sdn. Bhd. dan IDC Urus Sdn. Bhd

9. Yang DiPertua Persekutuan Seruan Islam Negeri Perak

10. Ahli Dewan Negara Negeri Perak

11. Ahli Tetap Lembaga Pengarah Kolej Islam Darul Ridzuan

Di dalam peringkat kebangsaan pula, beliau pernah dilantik sebagai :

1  Ahli Muzakarah Majlis Fatwa Kebangsaan bagi Hal Ugama Islam Malaysia

2. Ahli Lembaga Pengarah Lembaga Teks al-Quran (Kementerian Dalam Negeri)

3. Ahli Insititut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM)

4. Ahli Majlis Pengawasan Syariah Takaful Nasional Sdn. Bhd

Beliau juga terlibat secara aktif dalam menyumbang kepada bidang keilmuan dengan menyertai beberapa persidangan, seminar dan dialog. Di antaranya adalah :

1. Persidangan Ulama' Nusantara: Islam di Alaf Baru: Menggaris Agenda Alaf Baru pada 26 November 1998

2. Pada 6 - 8 Mei 1994, beliau menghadiri Seminar Pemindahan Ginjal dan Cabaran dan Kemajuan yang dihadapi Islam di rantau ini yang diadakan di Singapura

3. Dialog Agama di antara penganut Islam, Yahudi dan Kristian pada tahun 1989 di Bendor, Jerman

4. Ceramah dan dialog bersama pelajar-pelajar di Washington, Amerika pada tahun 1996

5. Lawatan sambil belajar ke Negara-negara Timur Tengah dan Eropah anjuran Lembaga Perancang Keluarga Negara dari 1 hingga 9 Mac 1977

6. Menghadiri Muzakarah Ulama' Nusantara: "Islam di Alaf Baru: Menggaris Agenda Alaf Baru" pada 26 November 1998

7. Kursus Pendedahan di Muslim College of London, United Kingdom pada 10 Januari hingga 29 Jun 1989

Bagi menghargai jasa dan bakti yang telah dicurahkan oleh beliau dalam menyebarkan agama di Malaysia, beliau telah dianugerahi beberapa anugerah daripada kerajaan negeri dan peringkat pusat seperti :

1. Pingat Jasa Kebaktian (PJK) yang dianugerahkan oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang pada tahun 1975

2. Pingat Kelakuan Terpuji (PKT) pada tahun 1976 

3. Ahli Mangku Negara (AMN) pada tahun 1978 oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang

4. Darjah Paduka Mahkota Perak (DPMP) pada tahun 1986 oleh DYMM Paduka Seri Sultan Perak

5. Pingat Jaksa Setia Mahkota pada tahun 1994 oleh DYMM Seri Paduka Baginda YDP Agong

6. Pingat Seri Paduka Mahkota Perak (SPMP) pada tahun 1999 oleh DYMM Paduka Seri Sultan Perak 

7. Darjah Kehormat Doktor Syariah yang memberi gelaran Dr. oleh Tuanku Canselor Universiti Malaya, DYMM Paduka Seri Sultan Perak pada tahun 2001

Tokoh yang memegang jawatan mufti paling lama dalam sejarah Malaysia iaitu selama 36 tahun ini meninggal dunia pada 30 Mac 2021 ketika berusia 82 tahun.

Moga Allah Taala merahmati roh Tan Sri. Amin

*Sumber - Buku Biografi Mufti-mufti Malaysia & Buku Pengenalan Madrasah Idrisiah

#KenaliUlamak

Sabtu, 29 Mei 2021

Koleksi Resepi: Lepat Liat Utara

 Resepi lepat liat utara

Bhn2

3 cwn tpg pulut

1/2 cwn santan

3 sudu mkn gula putih

1 sudu kecil garam

Kelapa parut yg digaul dgn sedikit garam halus

Daun pisang

Minyak masak utk sapuan


Bhn dimasak

1 cwn gula merah + 1/2 cwn air


Cara buat

Masak air gula merah dan ketepikan.

Masuk santan,garam,gula putih bersama tpg pulut di dlm bekas dan gaul sebati.

Masuk air gula merah td sambil ditapis dan kacau hgga tidak berketul.

Ambil daun pisang dan sapukan minyak letak 2 sudu mkn adunan serta ratakan.Sapu minyak pd jari dan tekan adunan.

Letak inti nyok ditgh2 adunan dan balut kemas.Akhir sekali kukus selama 45mnt.Selamat mencuba.


Kredit: Nor Hasimah

Isnin, 24 Mei 2021

Koleksi Resepi: Nasi Ayam Hainan

 💜Nasi Ayam Hainan💜 👍

Bahan:

☑4@5 pc peha ayam

☑4cwn beras buasa/wangi

☑4cwn air

☑1bj bwg holland potong 4

☑2pc kiub ayam(adabi@maggie)

☑3inci halia hiris halus

☑2sudu sos tiram

☑1tangkai daun bawang

Cara:

➡Campur semua dlm kuali/periuk

➡susun Ayam dgn daun bwg atas sekali

➡msk dgn api perlahan 25minit@hgga ns masak,tutup dgn penutup kuali @periuk tu. 

 ➡ayam bole  gireng utk garing kukit @biarkan stim jer,dn boleh potong ikut suka.. 

☑1mangkuk Sayur taugeh/sayur 

☑4ulas bwg putih

☑2sudu sos tiram

☑2sudu myk

 Cara:

➡Bwg putih potong dadu..Goreng dgn myk

➡Masuk sos tiram,gaul sebati masukkan taugeh/sayur..,SIAP....

# resipi ni tak perlu masukkan garam atau gula.. 

-Selamat mencuba-

Kredit Nadiah Halim

#RM

Pengalaman ngeri bekas pesakit COVID-19 bertarung nyawa di ICU

 Pengalaman ngeri bekas pesakit COVID-19 bertarung nyawa di ICU

KKM menjangkakan berlaku lonjakan bilangan kes harian COVID-19 seperti yang berlaku di banyak negara lain. - Facebook Noor Hisham Abdullah
KUALA LUMPUR: "Sepanjang hidup saya takkan lupakan malam 1 Mei lalu. Malam itu saya bertarung nyawa dengan virus COVID-19 di Unit Rawatan Rapi (ICU).
"Degupan jantung saya jatuh sehingga 40 denyutan seminit setiap 30 minit ketika diberi bantuan pernafasan. Itu kiranya paras bahaya. Paras normal 60-100 degupan seminit."
Begitulah pengalaman yang disifatkan sebagai 'ngeri' oleh Eksekutif Jualan Toh Sharon, 48, sepanjang beliau menjalani rawatan intensif COVID-19 selama 20 hari di Hospital Melaka.
Ibu kepada dua orang anak berusia 22 dan 25 tahun itu, tidak sesekali pun menyangka begitu hebat penangan virus COVID-19 yang menyerang dirinya sehingga terpaksa bertarung nyawa dengan bantuan mesin pernafasan sebagai pesakit tahap empat.
"Saya masih ingat lagi apa yang berlaku pada malam itu. Walaupun badan saya penuh dipasang dengan tiub bantuan pernafasan yang disambung ke tangki oksigen, antara sedar dan tidak sedar saya masih berasa sangat sukar untuk bernafas seolah-olah hampir putus nyawa.
"Mujurlah saya cekal untuk melawan dan terus kuat meneruskan perjuangan untuk hidup sehinggalah paras oksigen dalam badan saya semakin pulih dengan bantuan barisan petugas hadapan," kongsi Toh dengan Bernama baru-baru ini.
Semuanya bermula apabila beliau makan malam dengan seorang rakan di sebuah restoran di Melaka pada 18 April lalu, dan kemudiannya dimaklumkan statusnya sebagai kontak rapat kepada rakannya yang disahkan positif COVID-19 tiga hari selepas itu.
"Pada malam itu saya berkongsi makanan bersama dengan rakan saya. Pada 21 April saya dimaklumkan bahawa dia positif COVID-19 dan saya pula kontak rapat dia.
"Saya kuarantin kendiri di rumah dan mengasingkan diri daripada anak lelaki saya meskipun saya belum lagi membuat ujian calitan COVID-19 di mana-mana klinik," katanya.
Toh, yang berasal dari Bandaraya Melaka itu kemudiannya hadir ke klinik kesihatan untuk membuat ujian calit COVID-19 bersama-sama dengan anak lelakinya pada 22 April lalu dan kemudiannya disahkan positif.
"Syukur pada ketika itu anak lelaki saya disahkan negatif. Sebenarnya sehari sebelum ujian calitan itu, saya mula mengalami gejala demam, sakit tekak, selesema, cirit birit dan sakit-sakit sengal sehingga sukar untuk bangun dari tidur.
"Saya dipakai gelang merah jambu, diarah untuk terus berkuarantin di rumah dan menunggu panggilan daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk dibawa ke hospital terlebih dahulu sebelum dipindahkan ke pusat kuarantin MAEPS di Serdang, Selangor," katanya.
IKUTI PERKEMBANGAN TERKINI PROGRAM VAKSINASI COVID-19 MALAYSIA DI SINI
MALANG TIDAK BERBAU
Ketika Toh sedang menunggu giliran untuk dipindahkan ke pusat kuarantin di Hospital Melaka pada 25 April lalu, beliau dimaklumkan oleh petugas kesihatan bahawa kandungan oksigen dalam badannya kurang daripada 88 peratus dan terpaksa dimasukkan ke ICU untuk pemantauan setelah menjalani pemeriksaan.
"Kandungan oksigen normal adalah 95 peratus ke atas, ketika itu saya pun terpinga-pinga dan mengikut sahaja arahan petugas kesihatan untuk ke ICU Hospital Melaka, namun pada malam itu suhu badan saya naik mendadak sehingga 39.6 darjah celsius dan terus tidak sedarkan diri.
"Keesokan harinya baru saya sedar dan ketika itu, badan saya penuh dengan tiub bantuan pernafasan, dalam keadaan terpinga-pinga doktor memberitahu saya bahawa seluruh paru-paru saya dijangkiti virus berdasarkan laporan X-ray, " katanya.
Menurut Toh, beliau diberi pilihan untuk mengambil ubat antiviral Favipiravir selama lima hari bagi membantu memulihkan keadaan paru-parunya. Beliau turut diberitahu akan kesan sampingannya serta pengambilannya masih dalam fasa klinikal.
Namun, tanpa berasa ragu, beliau terus bersetuju untuk mengambil ubat antiviral berkenaan dan keadaannya dipantau dari masa ke semasa.
"Sepanjang pengambilan ubat itu, saya tidak boleh mengambil ubat fever dan perlu mandi air sejuk setiap hari bagi menurunkan suhu badan saya, sehinggalah pada satu tahap suhu badan semakin tinggi dan terpaksa dicucuk steroid untuk merawat paru-paru saya," katanya.
Setelah sembilan hari berada di ICU, keadaannya semakin pulih dan dibenarkan untuk berpindah ke wad biasa namun masih di bawah pemantauan dari masa ke semasa.
"Syukur selepas 20 hari berada di hospital, akhirnya pada 14 Mei lalu saya dibenarkan discaj namun doktor menasihatkan saya supaya tidak lagi menjalankan aktiviti lasak seperti sebelum ini kerana bila-bila masa sahaja virus itu akan menyerang jika saya tidak menjaga Prosedur Operasi Standard (SOP) dengan baik.
"Walaupun dibenarkan discaj namun keadaan kesihatan saya tidak lagi seperti dulu. Saya mudah letih dan perlu berjaga-jaga dari segi kehidupan seharian kerana saya masih lagi dalam fasa pemulihan," katanya.
Menurut Toh, ramai yang memandang ringan akan jangkitan COVID-19 dan masih menganggap ia hanya demam biasa dan hilang deria rasa serta bau.
"Bergantung kepada individu, ada yang hanya bergejala ringan namun ada juga yang serius. Baru saya sedar selama ini kerajaan sentiasa menekankan pematuhan SOP dan SOP itu ternyata begitu penting kerana individu yang sihat seperti saya juga boleh menjadi teruk apatah lagi golongan berisiko tinggi.
"Namun demikian, saya sangat berterima kasih kepada semua petugas barisan hadapan yang bertungkus-lumus menyelamatkan nyawa kami dan sanggup berkorban cuti Hari Raya Aidilfitri demi menjaga pesakit-pesakit kritikal seperti saya," katanya.
TIDAK SEDAR DIJANGKITI COVID-19
Sementara itu, jurufoto akhbar berbahasa Mandarin, Soh Teong Kok, 35, terkilan apabila masih menunjukkan gejala seolah-olah dijangkiti virus COVID-19 meskipun telah menjalani ujian calitan yang menunjukkan keputusan negatif.
"Pada 21 April lalu, saya tiba-tiba diserang demam panas. Oleh kerana tugas saya sebagai pengamal media dan tinggal dengan keluarga, saya pergi ke hospital swasta untuk membuat ujian saringan dan keputusannya negatif.
"Walaupun lega dengan keputusan itu, saya masih lagi berasa letih dan tercungap-cungap selain batuk teruk pada waktu malam selama seminggu menyebabkan saya insomnia, selain hilang deria rasa dan bau.
"Selepas sembilan hari, saya sudah tidak bermaya lagi dan terpaksa dipapah oleh ahli keluarga untuk ke hospital swasta membuat ujian sekali lagi... Selepas menjalani ujian itu, saya segera diarahkan untuk masuk ke wad ICU kerana keadaan saya ketika itu sudah kritikal dan perlu ditolak dengan kerusi roda," katanya.
Memandangkan paras oksigen dalam badannya begitu rendah ketika itu, beliau terpaksa dikomakan untuk bantuan pernafasan oleh petugas kesihatan di ICU.
"Saya masih ingat lagi selepas sedar daripada koma selama empat hari, saya sempat ber'video call' dengan ahli keluarga saya namun tidak dapat bercakap dan hanya boleh memberi respons dengan anggukan kepala... Ketika itu juga saya diberitahu oleh doktor bahawa keadaan saya mencapai ke tahap kelima.
"Perasaan pada ketika itu sangat perit kerana kebiasaannya saya sangat aktif dan tidak boleh duduk diam namun jangkitan ini sangat hebat sehinggakan saya terlantar di atas katil dan hanya mampu merenung ke atas tanpa boleh bergerak kerana badan dipenuhi dengan wayar dan tiub pernafasan.
Selepas lapan hari berada di wad ICU, beliau ditukarkan ke wad biasa namun masih memerlukan pemantauan rapi serta bantuan pernafasan.
"Walaupun sudah boleh bercakap dan berjalan, namun saya masih tercungap-cungap lebih-lebih lagi apabila mahu ke tandas.... bersyukur kerana saya telah melepasi paras berbahaya dan deria bau serta rasa semakin pulih dan dibenarkan discaj sehari sebelum Hari Raya Aidilfitri," katanya kepada Bernama.
Meskipun ahli keluarga dan rakan-rakan yang pernah berurusan dengannya disahkan negatif, namun beliau masih berasa serba salah dan sehingga kini masih berehat di rumah dan dalam fasa pemulihan.
"Saya sebenarnya tiada idea dari mana dijangkiti COVID-19... Mungkin dalam kalangan rakan-rakan ataupun orang awam yang tidak bergejala, namun penangan virus ini sangat hebat sehinggakan hampir meragut nyawa.
"Oleh itu, apa yang selalu ditekankan oleh kerajaan untuk mematuhi SOP adalah sangat penting. Mungkin kita rasa sihat dan selalu berkumpul dan berjumpa dengan kawan-kawan namun sebenarnya kita tidak sedar bahawa virus sudah ada dalam komuniti. Bila-bila masa kita boleh dijangkiti sekiranya kita masih memandang ringan dengan keluar dari rumah dan tidak mematuhi SOP," katanya.
Menurut laporan pada 18 Mei lalu, KKM menjangkakan akan berlaku lonjakan bilangan kes harian COVID-19 seperti yang berlaku di banyak negara lain.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah memberitahu, ia disebabkan penularan virus SARS-CoV-2 dalam komuniti terutama melibatkan beberapa Variant of Concern (VOC) di negara ini yang amat membimbangkan.
Dr Noor Hisham menjelaskan VOC ini dikaitkan dengan kadar penularan yang lebih cepat dengan kadar kematian yang lebih tinggi.
-- BERNAMA

Covid19:'Saya kehilangan mak, ayah, adik...' - Siti Nurul Hawana

ARWAH Amran (tiga dari kiri) dan Hasminah (tiga dari kanan) meninggal dunia Jumaat lalu. Manakala Arwah Luqman (dua dari kiri) meninggal dunia jam 6 pagi hari ini. Nurul (kiri).
ARWAH Amran (tiga dari kiri) dan Hasminah (tiga dari kanan) meninggal dunia Jumaat lalu. Manakala Arwah Luqman (dua dari kiri) meninggal dunia jam 6 pagi hari ini. Nurul (kiri).

Kuala Lumpur: Potret bersama keluarga menyambut Aidilfitri tahun ini menjadi kenangan terakhir buat Lans Koperal Siti Nurul Hawana Amran apabila kehilangan insan tersayang, ibu bapa dan adiknya yang meninggal dunia akibat Covid-19.

Bapanya, Amran Sadon, 56, dan ibunya, Hasminah Parmin, 57, meninggal dunia Jumaat lalu ketika menerima rawatan di Hospital Cancelor Tunku Muhriz (HCTM), Cheras, di sini, Khamis lalu.

Manakala, adiknya Muhammad Luqman Idham Amran, 20, pula menghembus nafas terakhirnya jam 6 pagi hari ini ketika menerima rawatan di Hospital Sungai Buloh, Selangor.

Lebih menyedihkan, Siti Nurul berkata, arwah orang tuanya juga tidak sempat meninggalkan pesanan buat dirinya selepas dimasukkan ke hospital.

Menurutnya, arwah ibu dan bapanya disahkan positif Covid-19 pada 17 Mei lalu selepas menjalani ujian calitan sehari sebelum itu.

"Sepanjang Ramadan lalu mereka ada mengerjakan solat tarawih di surau berhampiran rumah kami di Pangsapuri Permai, Jalan Landai Permai, Sungai Besi dan kemungkinan mendapat jangkitan daripada situ.

"Selepas mengetahui mereka positif saya dan adik-beradik membuat ujian sama namun hanya adik yang disahkan positif manakala saya negatif," katanya ketika dihubungi Harian Metro, hari ini.

Dia yang bertugas di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sentul berkata, ibunya dihantar ke HCTM pada petang Khamis lalu kerana keadaannya yang semakin teruk ketika itu.

"Namun apabila saya memberitahu arwah ayah, emak semakin kritikal, tiba-tiba ayah mengadu sesak nafas sebelum kami menghubungi ambulans dan dia dihantar ke hospital sama pada sebelah malam.

"Namun mereka gagal diselamatkan dan meninggal dunia keesokannya dan yang ralatnya, mereka tidak sempat meninggal apa-apa pesanan buat saya," katanya.

Katanya, adiknya yang menerima rawatan di Hospital Sungai Buloh juga hilang semangat apabila mengetahui ibu bapanya sudah tiada.

"Namun tidak sangka hari ini adik pula pergi meninggalkan kami.

"Saya bersama anak buah, adik ipar juga perlu menjalani kuarantin sehingga 30 Mei ini selepas menjalani ujian calitan jam 10 pagi tadi," katanya.

Katanya, dia berharap dirinya dan keluarga adiknya tidak dijangkiti Covid-19.

"Arwah orang tua saya selamat dikebumikan di tanah perkuburan Islam di Sungai Besi sekitar jam 4 petang Jumaat lalu sementara adik dikebumikan jam 1 tengah hari tadi," katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Sentul Asisten Komisioner Beh Eng Lai mengesahkan seorang anggotanya kini menjalani kuarantin selepas ibu bapa dan adiknya meninggal dunia akibat Covid-19.

"Anggota polis terbabit sudah dipanggil Kementerian Kesihatan Malaysia Cheras untuk menjalani ujian calitan.

"Setakat ini, IPD beroperasi seperti biasa dan kawasan ini memang sentiasa disanitasi bagi mengelakkan penularan Covid-19," katanya.-myMetro

Jumaat, 21 Mei 2021

Rakyat Palestin rai gencatan senjata dengan sujud syukur, takbir

Rakyat Palestin berkumpul di jalan-jalan di Gaza dan Tebing Barat sejak jam 2 pagi untuk meraikan kemenangan selepas mereka bermandikan darah dan peluru berpandu rejim zionis. - Foto AFP

GAZA - Rakyat Palestin melakukan sujud syukur di Masjid al-Aqsa dan gema takbir Aidilfitri bagi meraikan kata sepakat antara Israel dan Hamas pada Khamis yang secara rasminya bersetuju mengadakan satu gencatan senjata selepas kedua-dua pihak bertempur lebih 10 hari di Gaza.

Menurut portal berita France 24, kedua-dua pihak mula menamatkan pertempuran pada jam 2 pagi waktu tempatan pada Jumaat.

Menerusi Twitter @JatIkhwan yang sering memuat naik perkembangan terkini di bumi Palestin berkongsi beberapa video menunjukkan rakyat Palestin berpusu-pusu ke Masjid al-Aqsa bagi meraikan gencatan senjata itu di samping percikan bunga api menerangi langit Palestin.

Penduduk Gaza dan tempat lain di Palestin telah keluar ke jalanan bagi meraikan pengakhiran 11 hari perang sejak 10 Mei.

Anak muda dilihat berkumpul di jalan-jalan di Gaza dan Tebing Barat sejak jam 2 pagi untuk meraikan gencatan senjata itu selepas mereka bermandikan darah dan peluru berpandu rejim Zionis.

Mereka juga melaungkan takbir sekali gus menunaikan solat subuh berjemaah secara besar-besaran.

Kelihatan juga seorang wanita memberi manisan istimewa Palestin untuk semua yang hadir ke Masjid al-Aqsa.

Percikan bunga api meraikan kemenangan di bumi Palestin. - Foto AFP

 Orang awam, doktor dan polis turut meraikan genjatan senjata di seluruh Palestin.

Menurut kenyataan pejabat Presiden Israel, Benjamin Netanyahu, kabinet keselamatannya 'dengan sebulat suara' menerima cadangan yang dibuat atas inisiatif Mesir bagi gencatan senjata tanpa syarat.

Kumpulan Hamas dan Islamic Jihad turut mengesahkan gencatan senjata itu dalam satu kenyataan, dengan memaklumkan ia berkuat kuasa bermula jam 2 pagi hari ini (waktu tempatan).

Menurut Hamas, kekejaman Isarel telah mengorbankan 232 penduduk Palestin, termasuk 65 orang adalah kanak-kanak, 39 orang wanita, 17 warga emas dan mencederakan lebih 1,900 orang manakala 120,000 kehilangan tempat tinggal.

Serangan roket dari Gaza pula mengorbankan 12 nyawa di Israel, termasuk dua kanak-kanak dan seorang askar Israel selain seorang warga India serta dua warga Thailand.


-SH Online

Khamis, 20 Mei 2021

Koleksi Resepi: Laksa Teluk Kechai

 💜LAKSA TELUK KECHAI💜



Bahan rempah

15 cili merah segar

15 cili merah kering

15 bawang merah

1 sudu kecil stok belacan


Bahan A

Air 300ml

10 tngkai (daun kesom)

5 keping (asam keping)

3 batang serai diketuk

2 btg bunga kantan

1.8 liter air


Bahan-bahan B

1 kg ikan kembung atau ikan selar kuning, dibersihkan

1 cawan air


1 kg laksa mi segar

Perasa 2 sudu gula atau secukup rasa Garam


5 tangkai daun selom - dicincang

1 timun yang dicincang

1bj bawang, dihiris dengan halus.

2 cili merah, biji dan dihiris Sambal kelapa

Telur rebus


➡Rebus ikan di dalam air sahaja. Apabila dimasak, keluarkan ikan dan ambilkan stoknya. ➡Kemudian perisi isi ikan dan letakkan ikan ke tepi. Letakkan bahan rempah, air dan stok ikan dalam periuk. Tambah daun kesum, asam jawa dan serai

➡Biar mendidih selama 10 minit. Masukkan ikan yang diperisi dan perasa secukupnya.

➡Teruskan reneh selama 10 minit tambahan.


☑Sambal kelapa:

(Sambai Nyoq )


Bahan-bahannya :

☑2-3 Cawan kelapa parut (nak lebih boleh tmbh kuantiti)

☑3-4 sudu besar cili kisar (suka pedas lebihkan)

(*cili kering di potong dan dibuang biji ☑kemudian direbus, diblend dgn sedikit air)

sedikit garam dan air


Cara-caranya :

➡Masukkan kelapa parut ke dlm balang kisar (elok letak suku balang, spya kelapa jadi halus dan senang nak kisar),cili kisar, garam dan air.

➡Kisar sehingga halus dan sebati.

➡ Masukkan ke dlm bekas, simpan dahulu dlm peti sejuk (elok buat awal) spya pes sambai nyoq jadi pekat.


kredit pd owner resipi..

Koleksi Resepi: Laksa Kedah

 💜Resepi Laksa Kedah💜



☑Bahan-Bahan:

1 bungkus laksa beras

1 kg ikan kembung

1 sudu besar belacan

2 kuntum bunga kantan. dibelah 4

1 ikat daun kesum

4 keping asam keping

gula dan garam, secukup rasa


☑Bahan untuk kisar halus:

10-15 tangkai cili kering, buang biji dan rebus

50g ikan bilis, rendam seketika

2 biji bawang besar

8 biji bawang merah

6 ulas bawang putih


☑Bahan untuk hiasan:

5 biji telur, direbus

2 biji bawang besar, hiris nipis

1 batang timun, hiris nipis

Limau nipis, di potong

1 ikat daun selom

cili padi, hiris nipis


Cara-cara

➡Rendam laksa kering dan kemudia rebus sehingga lembut. Angkat dan toskan.

➡Rebus ikan yang telah dibersihkan bersama 1 asam keping dan sedikit bawang merah. ➡Setelah masak, asingkan isi ikan dan air rebusan. Kisar halus. Kemudian kisar baki tulang ikan bersama sedikit air dan tapis airnya. 

➡Masukkan di dalam periuk dan rebus bersama bahan kisar halus selama lebih kurang 20 minit.

➡Masukkan bunga kantan, daun kesum, asam keping, belacan, garam dan gula secukup rasa. ➡Rebus lagi sehingga rasa bahan benar-benar sebati.

➡Hidangkan laska bersama kuah dan bahan hiasan.


Tips:

Pastikan ikan kembung adalah segar untuk mendapat kuah laksa yang benar-benar enak.

USAHA RAKYAT 🇲🇾 MALAYSIA BERKESAN MENGUBAH PANDANGAN MASYARAKAT DUNIA TERHADAP ISRAEL


Alhamdulillah, usaha berterusan rakyat Malaysia menekan komuniti dunia serta mengecam kekejaman rejim Zionis Israel secara maya tidak sia-sia ✊🏻

Dimaklumkan bahawa malam ini (waktu Malaysia) Presiden Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA) 🇺🇳 di New York, Amerika Syarikat akan memanggil satu Sesi Khas Perhimpunan Agung PBB bagi membahaskan mengenai 'Situasi Terkini di Timur Tengah' dan 'Soal Palestin'. 

Keputusan Presiden UNGA ini juga antara lain hasil desakan bersama ketiga-tiga pemimpin Negara Islam di Asia Tenggara – 🇲🇾 Perdana Menteri, 🇮🇩 Presiden Joko Widodo dan 🇧🇳 Kebawah Duli Tuanku Sultan Brunei Ahad lepas.

Keberkesanan desakan dan tekanan yang dilakukan Malaysia ini turut diakui sendiri Presiden Persatuan Kebudayaan Palestin Malaysia (PICOM) yang menyatakan rakyat Malaysia telah berjaya mengubah pandangan masyarakat antarabangsa terhadap Israel.

Inilah kekuatan apabila semua memainkan peranan dan bersatu padu - di pihak Kementerian saya, Kementerian Luar Negeri telah menggunakan setiap ruang bagi mendapatkan resolusi kolektif organisasi-organisasi pelbagai hala.

Ini termasuklah desakan tegas kepada Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) agar berhenti membisu sebaliknya bertindak segera mengikut 6 syor Malaysia; serta menggesa Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC) mengkaji semula perancangan menempatkan pasukan bersenjata PBB bagi melindungi rakyat Palestin. UNSC jelas gagal mencapai kesepakatan walaupun sudah tiga kali bersidang atas sebab kuasa veto satu negara sahaja. Ini amat mengecewakan!

Seperti saya sebut sebelum ini, kekurangan azam politik organisasi-organisasi pelbagai hala ini tidak boleh terus dijadikan alasan untuk mengabaikan tindakan penjajahan Zionis Israel yang semakin berleluasa. Cukup-cukuplah masyarakat antarabangsa berdiam diri. Apa yang berlaku sekarang jenayah perang. Apa yang berlaku sekarang ialah jenayah terhadap kemanusiaan. Ia mesti dikecam dan dihentikan.

Rakyat 🇲🇾 Malaysia, jangan memandang rendah kekuatan suara anda. Teruskan usaha anda semua! ✊🏻

Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein

Menteri Luar

Nombor akaun derma untuk Palestine

 Rakyat Palestine terus berjuang mempertahankan negara mereka. Itulah antara peristiwa akhir zaman yang akan terus berlaku. Mereka berjuang mempertahankan tanah air mereka menggunakan apa saja senjata yang ada termasuklah menggunakan batu.


Kita di Malaysia ini hanya mampu membantu mereka dengan kiriman doa, harapan dan bantuan.

Di bawah ini disertakan nombor-nombor akaun untuk saluran bantuan ke Palestine sana. Jom bantu moga jadi asab pahala berterusan.

Nombor akaun bantuan untuk Palestine menerusi badan kerajaan dan juga NGO :












Doa qunut nazilah untuk Palestine.

Jom menderma, segalanya mudah di hujung jari dengan harapan derma ini sampai kepada mereka yang sepatutnya.

Tak kira apa jua parti politik dan agama kita di Malaysia ini, atas dasar kemanusiaan mari kita bantu.

Tags : Nombor akaun bantuan untuk Palestine, cara menderma ke Palestine, selamatkan Palestine, save Al-Aqsa, derma Palestine.

Credit: Blog Cikgu Azim

Koleksi Resepi: Laksa Thailand

 1-💜Laksa Thai💜

(Blend Semua • )

•Bwg Putih

•Bwg Merah

•Halia

•Belacan 

•Kunyit Hidup

•Cili Padi

•Cili Kering 

•Udang Kering

•Serai


☑Daun Limau Purut 

☑Bunga Kantan 

☑Akar Daun Ketumbar

☑Santan

☑Isi Ikan (ikan temenung ja)

☑Ulam-ulaman 

☑Laksa halus 


*Segala bawang dll tu saya agak2 ja byk mana nak buat.


Kredit nanijoe henna


2-💜LAKSA THAILAND💜

bahan untuk 10 org makan

➡BAHAN UTK KISAR

☑10 biji bawang merah kecil / 4 biji bawang besar

☑1 labu bawang putih

☑Lengkuas sebesar ibu jari

☑4 biji ubi cekur sebesar ibu jari 

☑4 batang temu kunci

☑2 biji kunyit hidup sebesar ibu jari

☑10 biji cili padi

☑4 biji cili hijau

☑4 biji cili merah

☑1/2 bunga kantan

☑1 sudu besar Belacan

☑4 batang serai

☑700g isi ikan tenggiri/tongkol

☑10 tangkai cili kering

☑2 btg akar daun ketumbar

☑Segemgam daun ketumbar

☑Kulit limau purut sikit shj


CARA MEMASAK

➡masukkan 2 kotak santan kacau sampai mendidih, 

➡kemudian masukkan 5 helai daun limau purut, 7 batang temu kunci dan 1/2 bunga kantan , kacau sampi mendidih.

➡ Masukkan bahan kisar, 1 sudu besar gula thai dan kacau sebati, masukkan isi ikan, air rebusan ikan, garam secukup rasa kacau sebati masak sehingga mendidih dan hidangkan dengan laksa dan ulaman.


Kredit Syafinaz Aisy Inara

Koleksi Resepi: Laksa Terengganu

 💜Laksa Terengganu💜

☑2kg ikan sardin/kembong/selar (bukan ikan parang or ikan tenggiri). Paling sedap ikan sardin

☑2kg santan

☑1/4kg bawang merah

☑5-6 ulas bawang putih

☑2 inci halia

☑1/2 - 1 sudu besar serbuk lada hitam

☑1 asam keping

☑Garam and gula

.➡Just rebus ikan, perisi, simpan the tulang. ➡Blend isi ikan dengan air, masukkan dalam periuk. 

➡Then masuk bawang, halia yg dah blended. ➡Pastu blend tulang ikan (this is the secret), ➡pastu tapis air masuk periuk. Tulang sila buang. 

➡Masukkan santan, asam keping, garam and gula. 

➡Kacau sentiasa sampai mendidih, tutup api. 

Hubby suka kuah a little bit manis. Laksa Terengganu is served with belacan, cili boh dan garam besides the ulam. 

Ok dah. Jangan gaduh2. Masak la macam mana pun, asalkan keluarga kita suka dan paling penting, makan sampai licin, tiada pembaziran!

kredit Shidah Ab Rashid

JANGKITAN COVID-19 TIDAK REDA-ANCAMAN VIRUS ITU BENAR!!!

 

DENGAN cara apa lagi yang boleh menyedarkan masyarakat di negara kita ini?

Walaupun sudah dijelaskan dengan tulisan ilmiah, video dan pelbagai konsep lainnya bahawa virus ini adalah sesuatu yang benar lagi bahaya, namun masih ada juga yang meremehkannya.

Sedarlah, tiada manusia yang ingin lakukan sesuatu yang memenatkan diri mereka sendiri seperti BARISAN HADAPAN di hospital bagi menangani kes ini setiap saat dan waktu, 24 jam dan 7 hari seminggu.

Petugas kesihatan ini sanggup korbankan waktunya sendiri bersama keluarga demi berkhidmat menyelamatkan mangsa yang terlibat.

Menyarung ‘perisai’ kelengkapan alat pelindung diri (PPE) dalam tempoh berjam-jam bukanlah sesuatu yang menyeronokkan. Tentunya panas, melemaskan dan ketidakselesaan yang dirasakan. Namun para petugas barisan hadapan di hospital-hospital juga di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 Berisiko Rendah (PKRC) tetap setia menjalankan tugasnya.

Mendepani kematian itu satu kebiasaan bagi pakar kesihatan mahupun jururawat di wad ICU ini, namun itu tidak bermakna hati mereka membatu melihat seseorang ketika ditarik nyawanya. Pastinya sedikit sebanyak emosi mereka terganggu, apatah lagi negara kini mencatatkan puluhan kematian setiap hari dek pandemik Covid-19.

Pernahkah kita bayangkan pengakhiran hidup ini ke tanah perkuburan tiada iringan keluarga tercinta? Begitulah yang terpaksa didepani untuk mereka yang meninggal disebabkan Covid-19 ini. Tentunya itu bukan sesuatu yang dibuat-buat seperti skrip drama atau filem yang boleh ditentukan oleh penulisnya.

Namun, itulah realiti yang kita semua wajib ketahui betapa virus ini sangat kejam hingga keadaan seperti itu terjadi, yang mana sehingga hari ini telah melepasi angka 2,000 kes kematian direkodkan sejak setahun yang lalu.

Bagaimanalah perasaan ahli keluarga mereka yang tidak dapat bertemu untuk kali terakhirnya?

Sebenarnya itu tidak perlu kita persoalkan. Tetapi tanya dan sedarkanlah diri kita ini agar terus dan tetap menjaga diri serta persekitaran dengan sentiasa mematuhi SOP yang ditetapkan bagi mengelakkan daripada berlaku seperti itu!

Boleh sahaja sesiapa yang masih tidak percaya dengan ujian yang Allah hadirkan ini, teruskan demikian. Tetapi tolonglah berbelas ihsan dan bertimbang rasa terhadap manusia lainnya yang meyakini bahawa itu adalah sesuatu yang perlu ditangani dengan sesungguhnya, agar dapat menyelamatkan lebih banyak lagi nyawa daripada dijangkiti virus tersebut.

Tugas kita hanya mematuhi segala saranan yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan. Tidak perlu kita debat atau bahaskan untuk apa semua itu? Tetapi ingatlah kita bahawa pegawai kesihatan di hospital tidak pernah mempersoalkan tugasnya mendepani semua pesakit Covid-19 yang perlu ditanganinya. Tidak kira bangsa dan agama pun, mereka setia, gigih berusaha untuk menyelamatkan pesakit.

Sebagaimana mereka yang pernah menghadapi situasi ini, akan mengatakan, “Bila dah kena baru tahu. Maka duduklah di rumah dan patuhi SOP yang telah ditetapkan.”

Adakah anda yang belum ‘terjebak’ dengan keadaan itu akan mengulangi kata-kata itu lagi? Nauzubillah. Sewajarnya kita semua berusaha menjaga diri kita dan ahli keluarga daripada dijangkiti virus ini.

Pakai pelitup muka, kerap cuci tangan dan sentiasa mandi setelah tiba di rumah. Usaha-usaha itu perlu kita lakukan bersama. Jadilah kita pemutus rantaian yang sangat berleluasa kini. Caranya dengan kita tetap duduk di rumah dan sentiasa menjaga kebersihan sehingga negara kita capai kemenangan yang sebenarnya iaitu bebas daripada pandemik Covid-19 yang melanda ini.
-Suara Rakyat