Selasa, 1 Disember 2020

Undian belah bahagi belanjawan: Rencana Allah mengatasi rencana manusia

 


Tidak usahlah berdolak-dalih lagi…Allah tidak restui perancangan busuk ultra kiasu
Buatlah kerja yang lebih berfaedah untuk rakyat dahulu. Ini tidak, asyik asyik bercakap nak jatuhkan kerajaan.

Bila rencana PH gagal untuk menolak belanjawan 2021. Macam-macam alasan diberikan. Wal hal itulah kesempatan keemasan untuk menolak PM dan PN.

Tetapi gagal, hanya 13 orang yang mahu mati berdiri. Yang berdiri, majoritinya adalah Melayu (Islam). Itu yang saya kata, Melayu yang merosakkan dan menjatuhkan sesama Melayu, bukan orang lain. Orang lain ambil kesempatan.

Melayu memilih untuk mati berdiri daripada mati duduk. Mati baring langsung tidak mahu, meskipun mati baring inilah yang sepatutnya dipilih kerana, inilah mati kebiasaan bersama, tetapi mereka lebih memilih untuk berdiri dan duduk, daripada baring.

Biarkanlah… kita tengok sahaja, bila tiba masanya, siapa yang mati berdiri dan siapa yang duduk. Kita nak tengok selepas ini, bagaimana imam nak baringkan untuk dikapankan apabila mereka untuk dikebumi secara berdiri dan duduk. Inilah nasib Melayu di bumi Melayu. Sesama sendiri bercakaran tidak pernah kesudahan.

Saya tidak fikir ultra kiasu tidak mengatur strategi untuk menolak balanjawan 2021. Semuanya telah diatur, tetapi ia tidak berlaku seperti yang dirancangkan? Kenapa?

Rencana Allah mengatasi rencana manusia. Allah tidak benarkan itu berlaku. Mesti ada hikmah di sebalik.

Macam-macam alasan diberikan, setelah undi belah bahagi itu gagal.

Sejurus setelah gagal, ultra kiasu 1 kata, belanjawan itu bukan segala, ada lagi perbahasan di peringkat jawatan kuasa yang membolehkan ia ditolak.

Ultra kiasu 2 kata, bila menyedari, perancangan menolak telah gagal, cepat-cepat meminta maaf, dengan alasan, menerima perkhabaran saat-saat akhir, agar tidak berdiri.

Ultra kiasu 3 kata, duduk tidak bersalah, berdiri tidak mengalah.

Ultra kiasu 4 kata, sabar usaha kembalikan mandat rakyat masih berjalan

Ultra kiasu 5 kata, pertahankan kerjasama pada saat akhir. Apabila sudah bergabung, sukar sekali untuk berpisah

Ultra kiasu 6 kata, tidak tolak belanjawan, itu satu kesilapan

Ultra  kiasu 7 kata, arahan pemimpin pada saat-saat akhir sangat mengecewakan

Lagi pelik kenyataan ultra 1 semalam, pembangkang telah menang sebab semua cadangan pembangkang telah diambil kira oleh kerajaan ketika membahaskan belanjawan. Sebelum ini kata, ada platform lain, peringkat jawatankuasa untuk tolak. Pelikkan?

Apapun, paling win adalah kenyataan, pemuda ultra kiasu DAP, mahukan ketua ultra kiasu meletak jawatan, minta maaf kepada rakyat dan mendesak mahu berpisah dengan PKR.

Seterusnya, membawa kepada respon kepada ketua AMK PKR, mengingatkan pemuda ultra kiasu DAP jangan lupa daratan.

Melihat kepada semua alasan ini, apa yang dapat saya simpulkan adalah memang dari awal lagi mereka mahu menolak belanjawan tersebut, tetapi ketika saat-saat ditunggu-tunggu tiba, semua tidak menjadi. Ini semua kuasa Allah. Allah yang membolak balikkan hati manusia.

Sedar atau tidak, seperti amalan sebelum ini, pembangkang sentiasa menyediakan belanjawan alternatif, bagi tujuan melawan belanjawan kerajaan. Tapi kali ini tidak berlaku.

Justeru, tidak mustahillah, ultra kiasu terpaksa menerima belanjawan sedia ada dengan penambahbaikan, sebab mereka memang tidak ada belanjawan alternatif seperti sebelumnya.

Sudah tentu amat memalukan jika mereka berjaya untuk menolak belanjawan tersebut, ultra kiasu berjaya menjatuhkan PN, mereka mahu menggunakan belanjawan yang sama, sedangkan belanjawan mereka memang tidak wujud.

Sesungguhnya, Allah Maha Perancang

Prof Dr. Mohd Ridhuan Tee Abdullah

-mindarakyat

0 ulasan:

Catat Ulasan