Rabu, 30 Disember 2020

Cordyceps:Herba luarbiasa dan apa kehebatannya?

 Pernahkah anda mendengar Cordyceps? Atau anda pernah melihat? Mungkin tak pernah dengarkan... Dan tak pernah lihat pun. Sama jugalah macam saya. Saya cuba ceritakan serba sedikit tentang Cordyceps ni. Walaupun bagaimanapun saya cuba fahamkan anda semua mengenainya samada dari tempat asal ataupun khasiat Cordyceps ini.


Sebenarnya Cordyceps ini adalah sejenis tumbuhan yang tumbuh meliar dikawasan sejuk. Maksudnya dikawasan pergunungan tinggi yang diliputi oleh salji. Atau lebih tepat lagi pada ketinggian 3000 hingga ke 6000 meter dari paras laut.

Cordyceps ini juga dikenali sebagai "cacing musim sejuk atau rumput musim panas". Tumbuhan ini hanya tumbuh meliar di pergunungan China, Tibet dan juga Nepal. Seperti yang saya maklumkan tadi, ianya hanya tumbuh di ketinggian 3000 meter ke atas dari paras laut. Tidak hairanlah ianya tidak didapati dinegara kita.

Selain dari itu, Cordyceps ini juga dikenali sebagai Lagenda Harta Karun Timur. Sejarah penemuannya sebermula semenjak 1500 tahun yang lalu. Manakala harga pasaran semasa boleh mencecah dari RM60,000 sehingga RM100,000 dan menjadikannya sebagai herba yang termahal setakad ini.


Fungsi / Kegunaan utama Cordyceps

1. Memperkuatkan Sistem Imun (Polosakarida) - Merangsang pertumbuhan Sel-T dan Sel NK ( Natural killer cell)


2. Meningkatkan Sistem Pernafasan (Adenosin) - Menggalakkan pengoksidaan ATP (Adenon Trifosfat) untuk memberi tenaga dan anti lesu


3. Anti Tumor (Ergosterol Peroxida) - Menghalang pertumbuhan sel tumor


4. Memperkuatkan Ginjal (Cordycepin) - Mengawal sintesis DNA, membina semula sel ginjal yang rosak dan meningkantan libido.


Codicafe satu-satunya produk minuman kopi yang menggunakan Cordyceps sebagai ekstrak tambahan.


Tahukah anda gambar apa yang dipaparkan? Itulah minuman kesihatan CodiCafe. Ianya diminum oleh kebanyakkan orang di Malaysia. Boleh dikatakan menjadi minuman popular dikalangan mereka yang mempunyai masalah kesihatan. Tak terkecuali bagi mereka yang mengemari minuman kopi segera. Penyediaan minuman ini  cukup mudah. Sediakan air panas, cawan juga sudu. Setiap paket yang dibuka adalah untuk satu cawan atau gelas air. Tak perlu tambahan lain lain pemanis.

Ok. Minuman ini halal untuk diminum oleh semua, tak kira sesiapa pun, dewasa, muda ataupun yang warga emas. Ia boleh memberi sedikit tenaga jika diminum berterusan. Ianya boleh diminum diwaktu pagi dan petang. Namun mengikut pendapat saya, kopi tidak sesuai untuk diminum melebihi dua cawan dalam satu hari.

Minuman ini juga disediakan dengan beberapa bahan halal bagi tujuan kesihatan. Antara bahan utamanya seperti kopi Arabika, Cordyceps militaris extract, yang sangat sesuai untuk mencergaskan minda.

Antara manafaat yang didapati hasil dari meminum Cody Cafe seperti

1. Mengurangkan risiko menghidapi kanser terutamanya kolon kanser
2. Meningkatkan fungsi sistem pencernaan badan
3. Mengurangkan risiko menghidapi penyakit hati
4. Mengurangkanrisiko menghipadi penyakit Parkinson
5. Mengurangkan masalah penyakit pembentukan batu hempedu.
(Sumber : Harvard Health Publications, Harcad Medical School, 2006)

Dan lain lain manafaat

1. Menambahkan tenaga untuk tugasan harian
2. Memberi sumber kewangan tambahan dan
3. Banyak lagi kelebihan lain. Apa yang perlu mencubanya sendiri dan akan tahu akan kelebihannya

Antara mereka yang mengambil Cody Kafe sebagai minuman harian mereka. Cuba anda bayangkan.













0 ulasan:

Catat Ulasan