Jumaat, 12 Julai 2024

Posmen lebih bermaruah dari speaker, kata Zaid Ibrahim

 malaysiakini.com

Diterbitkan: Jul 12, 2024
Bekas menteri Zaid Ibrahim mendakwa Speaker Dewan Rakyat Johari Abdul menggunakan taktik melengah-lengahkan apabila membuat keputusan mengekalkan kerusi enam ahli parlimen Bersatu.

Mengulas kenyataan Johari bahawa dia "bukan posmen", Zaid berkata seorang posmen "lebih bermaruah" berbanding speaker itu.
Johari Abdul
"Seorang posmen tidak akan sesekali buka surat dan baca kandungannya. Dia tahu tugasnya: menghantar surat.

"Kamu pula tidak tahu tugas kamu. Tugas kamu ialah beritahu Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR). Itu tugas kamu, bukan untuk mendapatkan sokongan maksimum kepada PMX (Perdana Menteri Anwar Ibrahim)," tulis Zaid di laman X pagi ini .

Apabila parti politik mengesahkan wujudnya kekosongan, tugas speaker ialah memaklumkan SPR mengenai kekosongan itu, katanya.
Semalam, Johari memberitahu Parlimen selepas 
ahli parlimen PN bertindak keluar dewan bahawa
 keputusan mengekalkan kerusi enam wakil rakyat 
Bersatu itu dibuat dengan berhati-hati.

"Saya sebut saya bukan posmen. Bila saya 
menerima apa juga diberikan kepada
 saya...saya akan memastikan saya kaji 
semua sekali.

“Saya baca kenyataan-kenyataan dalam 
pembinaan pindaan yang dibuat tentang
 Perkara 49 (Perlembagaan Persekutuan) itu. 
Saya ambil keputusan, keputusannya kekal
 seperti yang telah saya maklumkan kepada 
Beluran bahawa kekosongan tidak berlaku,"
 katanya.

Taktik melengahkan masa

Mengulas lanjut Zaid mendakwa Johari 
menggunakan taktik melengah-lengahkan 
masa dengan memberitahu mahkamah 
untuk mentafsir peruntukan berkaitan.

“Seluruh proses akan membawanya kepada pilihan
 raya akan datang. Begitulah pemimpin yang 
tidak bermaruah memanjangkan hayat politik
 mereka.

"Speaker Dewan perlu ada kualiti tertentu, salah
 satunya adalah berkecuali. Tidak mungkin untuk
 melaksanakan tugas dengan baik jika speaker 
berat sebelah dan kepentingan parti/kerajaan
 sebagai keutamaan," kata Zaid.

-Wak Labu Farm 

0 ulasan:

Catat Ulasan