Jumaat, 12 Julai 2024

6 MP Kekal:Speaker pertahan keputusan, pembangkang keluar dewan beramai-ramai

 

Johari
Johari

SHAH ALAM - Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul menegaskan keputusan berhubung status enam bekas ahli Parlimen Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) yang mengisytiharkan sokongan kepada kerajaan adalah kekal, menyebabkan pembangkang keluar dewan beramai-ramai kerana tidak berpuas hati.

Beliau berkata, pihaknya telah membuat kajian sebelum memutuskan perkara terbabit dan membaca semua kenyataan mengenai Perkara 49 Perlembagaan Persekutuan.

"Saya mengambil keputusan dan ia kekal seperti yang saya maklumkan kepada Beluran (Datuk Seri Dr Ronald Kiandee) bahawa kekosongan tidak berlaku," katanya ringkas di Dewan Rakyat pada Selasa.

Sebelum ini, ketika Johari berucap di Parlimen, kesemua ahli Parlimen pembangkang bertindak keluar dewan kerana tidak berpuas hati dengan keputusan yang dibuat.

Sidang Dewan Rakyat pada petang Khamis turut tegang membabitkan beberapa ahli Parlimen blok kerajaan dan pembangkang.

Sementara itu, RSN Rayer (PH-Jelutong) ketika menyampaikan ucapan memaklumkan, pindaan Perlembagaan Bersatu mengenai pelucutan keahlian bagi wakil rakyat dibuat selepas pilihan raya umum (PRU) diadakan.

"Pindaan parti Bersatu kepada Perlembagaan tidak boleh digunakan secara retrospektif, tidak berfungsi.

"Saya berpendapat, menurut Perlembagaan Persekutuan dan peraturan mesyuarat, apa-apa keputusan yang dibuat Speaker adalah muktamad serta tidak boleh dipersoalkan," ujar beliau.

Bagaimanapun, Ketua Pembangkang dan Setiausaha Agung Bersatu, Datuk Seri Hamzah Zainudin mengkritik kenyataan Rayer kerana keputusan melepaskan keanggotaan enam ahli Parlimen Bersatu tersebut tidak boleh diambil kira sama ada sebelum atau selepas pilihan raya.

"Siapa yang lebih tahu sama ada ahli itu melepaskan keanggotaannya atau dia tidak lagi menjadi anggota parti? Sudah tentulah setiausaha agung, bukannya Yang Dipertua.

"Begitu juga parti di sebelah sana (kerajaan). Saya persoalkan ini kerana yang membuat keputusan adalah parti. Saya menjalankan tugas mengikut keputusan, bukan sengaja lakukan sesuatu perkara sesuka hati," jelasnya.

-SH Online 

0 ulasan:

Catat Ulasan