Jumaat, 5 Julai 2024

Koleksi Resepi: Sardin Homemade

 Sardin dah bukan makanan rakyat marhein 😭

Bulan lepas 10.80, bulan ni 13.30.


Kena buat sardine sendiri la jawabnya.

Korbankan sikit duit beli pressure cooker pastu buat sendiri sardin.

PC ada je yg murah


RESEPI SARDIN HOMEMADE 😋

BAHAN-BAHAN:

1 kilo ikan sardin

4 biji bawang besar

4 ulas bawang merah kecik

4 ulas bawang putih

1/2 inci halia ~xyah letak banyak2

3 sudi besar cili kering blender

Sebiji tomato dadu

5 biji cili belah 2

4 sudu besar cili sos & sedikit sos tomato

1/2 tin tomato puree

Garam

2sudu besar gula

1 sudu besar sos tiram

2 cawan air ~ikut kepekatan

limau nipis 2 biji utk perap

CARA:

Ikan dipotong ekor n kepala.. bersihkan...pastu perap 10 minit dgn 1/2sb garam n 2 biji limau nipis atau kasturi...dah perap basuh semula n toskan air...ketepikan...

1. Blender semua bawang dan halia dan sepotong dua tomato..tumis hingga wangi dalam minyak yg banyak sikit lebih kurang suku cawan

2. Dah garing n wangi masukkan cili blender dan tumis hingga betul2 garing n pecah minyak

3. Masukkan pati kiub...sos tiram...tomato puree...tomato potong...dan bahan lain kecuali air kacau lagi bagi sebati...rasa la masin manis n masamnya..kalau dah ok tambah 2 cawan air...xyah banyak2 sangat...kacau sebati...masuk ikan

4. tutup periuk tekanan n setkan masa dalam 80 minit lebih kurang.....tulang dah agak lembut

5. Bila dah cukup masa..lepaskan wap tekanan...ikut arahan pressure cooker masing2 la ye...kaknon guna periuk ajaib tu je...stir fry sikit dlm 2 minit bagi kuah pekat...

Kredit Pemilik Foto via Eniza M. Salim

Sumber 

Related Posts:

  • Koleksi Resepi: Kek Kelapa Hujan Panas KEK KELAPA/HUJAN PANAS🥥🥥🌈Bahan-bahan*1 cawan marjerin atau mentega*1 cawan gula kastor*5 biji telur gred C*1 1/4 cawan tepung gandum*3 sudu besar pati santan kotak*1 sudu kecil baking powder*secubit garam*1 cawan kel… Read More
  • Koleksi Resepi: Kari Sotong Tanpa SantanRESEPI KARI SOTONG TANPA SANTAN1. Sotong 10 ekor(saiz besar + sederhana) berat dlm 1.2 Kg2. Bahan kisarBwg merah 8 biji + bwg putih 5 biji + halia 1 inci + lada kering 12 tangkai(dibuang biji dan direbus) kesemua bahan dikisa… Read More
  • Koleksi Resepi :Rendang Ayam Pedas Perak~Resepi Rendang Ayam Pedas Perak~Bahan-Bahan ➡️1) 1 ekor ayam (tak kisah nak potong berapa)2) 15 biji bawang merah (di racik halus)3) 13 biji bawang kecil (di racik halus)4) 5 biji bawang putih (di racik halus)5) 12g kunyit h… Read More
  • Koleksi Resepi:Ayam percik simple Resepi disertakan ya.. Kalau kurang rasa kuahnya, hampa adjust la naaa.. Selamat mencuba 😎..Resepi ayam percik simple..Bahan :Seekor Ayam (potong 4 bahagian)5 ulas Bawang putih2 biji Bawang besar2 inci Halia3 batang Se… Read More
  • Koleksi Resepi: Nasi Goreng Kerabu RESEPI NASI GORENG KERABUNasi goreng Yang penuh dengan aroma wangi,Dan menyelerakan.makan bersama telur Mata lembu Dan sambal belacan😊BAHAN-BAHAN3 cawan nasi(diperoi)Udang2 sudu besar ikan bilis(digoreng)1 biji bawang … Read More

0 ulasan:

Catat Ulasan