Jumaat, 19 Julai 2024

Gangguan "CrowdStrike" Microsoft Memberi Kesan Hampir Seluruh Dunia

Diterbitkan pada 19 Jul, 2024
Oleh @Midham
Kategori Berita

 Beberapa jam yang lepas, Pentadbiran Penerbangan Persekutuan (FAA) AS telah melaporkan yang syarikat penerbangan United, Delta dan American mengalami gangguan komunikasi akibat daripada kegagalan sistem Microsoft hampir di seluruh dunia.

🚨🇺🇸MICROSOFT OUTAGE SPREADS WORLDWIDE - FLIGHTS GROUNDED The FAA has announced that United, Delta, and American Airlines have suspended flights due to communication problems emerging as a result of the ongoing global outage. The ground stop impacts all flights from the…

Mario Nawfal
Mario Nawfal
@MarioNawfal

🚨🇦🇺MICROSOFT CLOUD FAILURE CAUSES MASSIVE IT OUTAGE A major IT issue is affecting banks and airlines in Australia due to problems with Microsoft's cloud services, causing widespread delays. The issue appears to have been caused by a piece of software developed by a company…

Image
Image
590
Reply

Isu ini dipercayai bermula daripada syarikat CrowdStrike Holdings, Inc. yang bertanggungjawab membekalkan ciri keselamatan awan siber untuk Microsoft.

Selain itu, Microsoft juga menekankan yang beberapa pengguna perkhidmatan Azure dan Microsoft 365 mungkin akan alami permasalahan ini untuk tempoh masa yang tidak dinyatakan.

Frontier Airlines memberi kenyataan di mana perkhidmatan yang melibatkan tempahan, daftar masuk penerbangan dan akses pas masuk juga terjejas. Perkara yang sama berlaku pada kapal terbang yang berada di udara sehingga terpaksa melanjutkan tempoh penerbangannya sebelum mendarat.

KLIA 2, Malaysia juga mengalami masalah yang sama di mana laporan daripada FMT menyatakan yang lapangan terbang tersebut terjejas dengan isu global ini.

Tidak terkecuali juga, syarikat penerbangan AirAsia yang memberi kenyataan di platform X tentang sistem daftar masuk dan tempahan mengalami masalah yang berkait seperti syarikat penerbangan antarabangsa yang lain.

ZOOM

Tidak terhenti di situ, Keretapi Tanah Melayu (KTM) juga mengeluarkan notis yang mana mereka mengalami gangguan teknikal daripada kemas kini 'CrowdStrike' Microsoft Windows.

Buat masa sekarang, belum diketahui lagi bila masalah ini akan selesai.

Rujukan: CNBC


0 ulasan:

Catat Ulasan