Isnin, 8 Julai 2024

Euro 2024: Rasa kesal menyelubungi Akanji

 Reaksi pemain Switzerland, Manuel Akanji selepas sepakan penentuan penaltinya berjaya diselamatkan  penjaga gol England,  Jordan Pickford. Foto: REUTERS

Reaksi pemain Switzerland, Manuel Akanji selepas sepakan penentuan penaltinya berjaya diselamatkan penjaga gol England, Jordan Pickford. Foto: REUTERS

DUSSELDORF (Jerman): Murat Yakin berkata Manuel Akanji merasakan jiwanya 'kosong' selepas gagal menyempurnakan sepakan penentuan penalti yang menyebabkan Switzerland tersingkir daripada kempen Euro 2024.

Switzerland tewas di tangan England menerusi penentuan penalti sekali gus meranapkan impian mereka untuk mara ke separuh akhir pertama mereka di kejohanan utama.

Switzerland tewas 5-3 menerusi penentuan penalti selepas terikat 1-1 dengan England dan sepakan pertama Switzerland diambil Akanji adalah satu-satunya yang tidak menembusi gawang dalam aksi berkenaan.

"Tidak ada kata-kata menggembirakan dapat membantunya, ada kekosongan dan kesedihan yang mendalam. Semua orang perlu berusaha untuk menempuhnya tetapi kami boleh berbangga dengan diri sendiri.

"Manu berkata dia mahu mengambil sepakan pertama, kamu memberikan pemain tanggungjawab dan kamu tidak boleh marah kepada pemain," kata Yakin.

Switzerland hampir melangkah mara ke pusingan empat terbaik apabila Breel Embolo meletakkan pasukan di hadapan pada baki 15 minit terakhir perlawanan.

Bukayo Saka selepas itu menyamakan kedudukan selang lima minit kemudian.

"Sudah tentu ia mengecewakan apabila kami sudah menunjukkan usaha dan meraih peluang.

"Saya sangat sedih bagi pihak pemain dan negara... selepas mempamerkan prestasi yang baik, kami terpaksa meninggalkan kejohanan.

"Kami sudah melihat cara kami bermain menentang pasukan besar, kami tidak perlu berselindung lagi.

"Kami memberikan saingan sengit kepada pasukan besar jadi kami tidak boleh terlalu merendah diri. Akan ada yang menang dan kalah... malangnya hari ini kami bukanlah pasukan yang menang," katanya. - AFP

Related Posts:

  • Final Euro 2024: Oyarzabal julang La Roja, England terus kemarau piala KETUA pasukan Sepanyol, Alvaro Morata memegang trofi Euro sambil diraikan rakan sepasukannya. FOTO AFPBerlin: Pemain gantian, Mikel Oyarzabal, menjaringkan gol pada minit ke-86 untuk memberikan kemenangan 2-1 Sepanyol k… Read More
  • Euro 2024: Rasa kesal menyelubungi Akanji Reaksi pemain Switzerland, Manuel Akanji selepas sepakan penentuan penaltinya berjaya diselamatkan penjaga gol England, Jordan Pickford. Foto: REUTERSDUSSELDORF (Jerman): Murat Yakin berkata Manuel Akanji merasakan jiwa… Read More
  • Sepanyol ke final Euro 2024 kalahkan Perancis Pemain Sepanyol meraikan kejayaan mereka ke final Euro 2024 selepas menewaskan Perancis di Munich Football Arena dekat Munich. - AFPMUNICH: Sepanyol bangkit daripada ketinggalan untuk menewaskan Perancis 2-1 sekali gus … Read More
  • England temu Sepanyol final Euro 2024 Pemain England meraikan kejayaan menundukkan Belanda 2-1 pada separuh akhir Euro 2024 di BVB Stadion, Dortmund sebentar tadi. – Foto AFPDORTMUND, Jerman: England mara ke final Euro 2024 selepas jaringan minit akhir oleh… Read More
  • Final Euro 2024:Sepanyol 2 England 1 Penyerang Sepanyol, Mikel Oyarzabal (tengah) menjaringkan gol kemenangan 2-1 ke atas England pada final Euro 2024 di Olympiastadion, Berlin sebentar tadi. – Foto REUTERSBERLIN: Sepanyol menjuarai kejohanan Euro 2024 sel… Read More

0 ulasan:

Catat Ulasan