Selasa, 30 Julai 2024

MEMBACAKAN AL-QURAN KEPADA SI MATI

 MEMBACAKAN AL-QURAN KEPADA SI MATI

Berkata Saidina Abdullah bin Umar Al-Khattab radhiyallahu anhuma:

استحب أن يقرأ على القبر بعد الدفن أول سورة البقرة وخاتمتها

"Sunat membacakan awal dan akhir surah Al-Baqarah di atas kubur selepas dikebumikan jenazah" (HR. al-Baihaqi dalam As-Sunan Al-Kubra, 4/93)

Penilaian ulama:

1) Berkata Imam Nawawi di dalam Al l-Azkar ia adalah hasan.

2) Berkata Al-Hafiz Ibnu Hajar Al-Asqalani ia adalah hasan.

3) Berkata As-Syeikh Mansur Al-Bahuti, telah sahih ia daripada Ibnu Umar bahawa mewasiatkan ia apabila dikebumikan agar dibacakan di sisi kuburnya pembuka dan penutup surah Al-Baqarah.

4) Berkata Abd Al Haq, Imam Ahmad mengingkari riwayat ini dan kemudian menarik balik kerana telah sampai sanad tersebut kepadanya.

Sokongan ulama:

1) Bertanya Imam Al Hasan bin Muhammad Al Za'farani kepada Imam As-Syafie mengenai bacaan Al-Quran di sisi kubur. Imam Al Syafie jawab: "Dibolehkan."

2) Berkata Imam Asy-Sya'biy: "Bahawa kaum Al-Anshar, apabila berlaku kematian di kalangan mereka. Maka mereke bergiliran ke kubur untuk membacakan Al-Quran di kubur."

3) Berkata Imam As-Syafie:

ويستحب أن يقرأ عنده شيء من القرءان وان ختموت القرءان كله كان حسنا

"Dan disunatkan membacakan sebahagian Al-Quran di kubur dan sekiranya dikhatamkan keseluruhannya adalah lebih baik." 

(Dinaqalkan oleh Imam An Nawawi melalui kitab Riyadh As-Solihin, ms. 386)

Kesimpulan:

Imam Ibnu Qudamah menyatakan bawa amalan menghadiahkan pahala bacaan al-Quran adalah bermanfaat kepada si mati dengan ijmak kaum muslimin:

وَالدَلِيلُ لَنَا مَا ذَكَرْنَاهُ وَأَنَّهُ اجْمَاعُ الْمُسْلِمِينَ فَإِنَّهُمْ فِي كُلَّ عَصْرٍ وَمِصْرٍ يَجْتَمِعُونَ وَيَقْرَأُونَ الْقُرْآنَ وَيَهْدُونَ ثَوَابَهُ إِلَى مَوْتَاهُمْ مِنْ غَيْرِ نَكِيرٍ، وَلِأَنَّ الْحَدِيثَ صَحَّ عَنِ النَبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّم "إِنَّ الْمَيِّتَ يُعَذَّبُ بِبُكَاءِ أَهْلِهِ عَلَيْهِ"

“Dalilnya itu ialah barang yang kami telah sebutkan dahulu itu. Dan juga bahawasanya itu adalah ijmak kaum muslimin. Maka, walau waktu bila dan di mana pun mereka berkumpul dan membaca al-Quran dan mereka menghadiahkan pahalanya kepada orang-orang yang sudah mati daripada kalangan mereka dengan tiada sesiapa yang mengingkarinya. Dan kerana hadis yang sahih daripada Nabi s.a.w: “Sesungguhnya si mati itu diazabkan dengan tangisan daripada keluarga kepadanya”.” (Rujuk al-Mughni Ibnu Qudamah)

Disediakan oleh: 

Ust HAZA Official

Related Posts:

  • SOALJAWAB AGAMA:DUDUK PADA MAJLIS ADA ARAK  DUDUK PADA MAJLIS ADA ARAKSOALAN :Adakah harus seorang Islam duduk pada satu majlis yang ada pada majlis itu minuman arak sekalipun dia tidak meminumnya?JAWAPAN :Hukum duduk semeja dengan orang yang minum arak adalah ha… Read More
  • Kemanakah Ruh Orang Mukmin Selepas Kematiannya? RUH ORANG MUKMIN SELEPAS DI CABUTSOALAN :Saya mahu bertanya tentang ke manakah ruh orang beriman selepas dicabut olih malaikat Izrail yang mana jasadnya belum dikebumikan?JAWAPAN :Para ulamak ahlu sunnah menyebut bahawa… Read More
  • MEMBACAKAN AL-QURAN KEPADA SI MATI MEMBACAKAN AL-QURAN KEPADA SI MATIBerkata Saidina Abdullah bin Umar Al-Khattab radhiyallahu anhuma:استحب أن يقرأ على القبر بعد الدفن أول سورة البقرة وخاتمتها"Sunat membacakan awal dan akhir surah Al-Baqarah di atas kubu… Read More
  • Sahkah Perkahwinan dengan Menyebut “Aku Terima” Sahaja?  POSTED ON OCTOBER 16, 2023 BY DR. ZULKIFLI MOHAMAD AL-BAKRISoalan:Assalamualaikum Dato’ Seri. Saya ada soalan. Adakah sah sebuah perkahwinan ketika akad nikah, pengantin lelaki hanya menjawab “Aku t… Read More
  • SOAL JAWAB AGAMA: MASALAH WUDUK DAN GINCU MASALAH WUDUK DAN GINCUSOALAN :Jika seorang perempuan yang memakai gincu pada bibirnya kemudian apabila masuk waktu solat dia terus mengambil wuduk tanpa menanggalkan dulu gincu itu adakah sah wuduknya atau tidak?JAWAPA… Read More

0 ulasan:

Catat Ulasan