Rabu, 3 Julai 2024

Ini rupanya rahsia Syed Saddiq boleh lari 200 km dari Muar ke Parlimen

 


Sejak jumaat lepas, Ahli Parlimen  Muar Syed Saddiq melakukan larian sejauh 200 kilometer (km) dari Muar ke Parlimen sebagai salah satu cara menghantar mesej kepada kerajaan untuk menepati janji mereka sebelum ini.

Misi berkenaan bagi mendesak Perdana Menteri Anwar Ibrahim memberikan peruntukan kepada ahli Parlimen pembangkang.

Larian berkenaan juga bagi mengutip dana RM100,000 untuk Pusat Khidmat Muar supaya dapat kekal beroperasi dengan membayar staff di pejabat sekali gus membantu rakyat yang memerlukan.

Bukan mudah untuk membuat larian jarak jauh 200 Kilometer selama hanya 3 hari sahaja. Untuk anda yang sudah berusia 30 tahun ke atas, boleh ikuti teknik larian berikut.

Sebenarnya tiada jalan pintas untuk melakukan larian sepanjang itu dengan baik.

Namun terdapat beberapa faktor sangat penting yang boleh mempengaruhi prestasi larian anda, sekaligus membolehkan larian pada jarak tersebut boleh dilakukan dengan baik.

PANASKAN BADAN

Sebelum mula lakukan larian sebaiknya anda panaskan badan terlebih dahulu. Jika terus mula berlari dirisaukan kaki anda boleh ‘terkejut’ dan berlakunya kekejangan otot.

KASUT SESUAI

Kasut lama anda sudah ketat atau tapaknya sudah hilang cengkaman? Tukar sahaja kepada kasut baharu.

Ini kerana kasut yang ketat atau tidak cengkam boleh menyebabkan berlakunya kecederaan seperti melecet. Pakai kasut larian yang ‘true-to-size’ dengan kaki anda.

MULAKAN DENGAN PERLAHAN

Ingat, anda sudah lama berehat daripada berlari. Jadi mulakan larian dengan perlahan dan langkah kaki lebih kecil.

Ini bagi mengurangkan risiko kaki mudah sakit dan cedera. Perlahan tetapi konsisten.

CARA PERNAFASAN

Bagi menikmati larian yang lebih lama dan jauh anda perlu berlari dengan mengamalkan teknik pernafasan dengan baik.

Paling penting elakkan kepada anda tunduk ke bawah semasa berlari. Dan janganlah juga terlalu mendongak ke atas.

JAGA KELAJUAN LARIAN

Salah satu cara untuk mendapatkan larian berkualiti dan jarak lebih jauh ialah menjaga kelajuan larian.

Jika semasa berlari nafas anda tidak tercungap-cungap itu bermakna anda melakukannya dengan betul dan baik.

Jika berasa seperti tidak cukup nafas perlahankan sedikit larian dan kembalikannya dengan betul.

USAH GELOJOH

Sesetengah orang terlalu teruja dan gelojoh melakukan larian hingga tidak sedar bahawa badan mereka tidak bersedia untuk larian lebih jauh atau laju.

Buat permulaan, fokus kepada sejauh mana anda boleh berlari kerana pembakaran kalori itu juga bergantung kepada jarak larian dan kadar denyutan jantung.

Semoga perkongsian ini mampu membantu anda mendapatkan larian yang lebih baik di masa akan datang.

-TheMalaysiaLife 

0 ulasan:

Catat Ulasan