Kerana pengaruh kuasa, kepentingan setiakawan sebagaimana janji seperti sudah tiada nilai. Adakah UMNO menghalalkan apa sahaja cara demi kepentingan mereka. Siapa yang patut dipersalahkan kerana mewujudkan langkah sehingga menentang undi percaya terhadap Faizal Azumu semata-mata nak merebut jawatan.
Takkan UMNO sanggup ketepikan PAS, menidakkan BERSATU yang boleh menyatupadukan Melayu tetapi memilih bekerjasama dengan Parti Amanah Negara (Amanah) dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) bagi membentuk kerajaan baharu di negeri itu. Malah lebih menyedihkan jika UMNO sanggup bekerjasama dengan parti komunis DAP.
UMNO perlu ingat yang PAS juga punya matlamat dan tidak selamanya berdiam diri. Jangan sampai PAS yang menguburkan Muafakat Nasional dek kerana cara perjuangan UMNO. Mana janji taat setia untuk mengenepikan isu politik dikala negara dilanda pandemik.
Apa gunanya capai kesepakatan kalau sebelah pihak bergerak sendiri tanpa ada perbincangan dan membawa halatuju yang bercanggah. Semoga perjuangan yang seharusnya mengutamakan solidariti dan perpaduan ummah tidak terjejas dan kebijaksanaan diperlukan untuk mengekalkan apa yang telah diperjuangkan tidak menjadi sia-sia.
UMNO nampaknya perlu muhasabah diri, fikir masak-masak, siapa kawan sebenar, siapa lawan sebenar.
farhan
-mindarakyat
0 ulasan:
Catat Ulasan