Isnin, 10 Jun 2024

Pemimpin India dari parti komponen PN gesa Firdaus Wong 'digam' dari sekolah awam

 

story-image


Seorang pemimpin India dari parti komponen PN meminta Kementerian Pendidikan melarang pendakwah kontroversi Firdaus Wong daripada menjejakkan kaki ke sekolah awam, dengan mendakwa dia boleh mendatangkan mudarat kepada pelajar bukan Islam.

Ketua Penerangan Kebangsaan Parti Rakyat India Malaysia (MIPP) M Suthan mengulas video Firdaus baru-baru ini mengenai cara mengislamkan remaja bukan Islam secara rahsia dan tanpa kebenaran ibu bapa mereka.

M Suthan (gambar bawah) berkata saranan Firdaus itu menyalahi undang-undang dan tidak sensitif terhadap perasaan ibu bapa bukan Islam.

"Siapa cakap kanak-kanak bawah umur tujuh ke 17 tahun dibenarkan untuk menukar agama tanpa kebenaran ibu bapa mereka?

"Kenyataan 3R daripada Ustaz Firdaus Wong ini berbahaya dan mengelirukan.

"Apa lagi lepas ini? Adakah kita juga boleh nikahkan kanak-kanak bawah umur tanpa kebenaran ibu bapa mereka juga? Di mana batasannya," soal pemimpin PN itu pada hantaran video di TikTok.

Minggu lalu, pendakwah kontroversi Firdaus Wong memuat naik sebuah video di TikTok, yang memaparkan dia menasihati seorang lelaki tentang cara menangani permintaan untuk memeluk Islam daripada beberapa remaja.

Video di TikTok itu menunjukkan Firdaus terlibat dalam sesi soal jawab pada satu majlis.


brofirdauswong
FirdausWong
2568
1830
607
Watch more exciting videos on TikTok
Watch more exciting videos on TikTokWatch more exciting videos on TikTok
@brofirdauswong
“Saya takut mati luar Islam” Budak form 3 form & form 4 ‘dm’ nak masuk ...See more
original sound - FirdausWong - FirdausWong

Seorang lelaki, dipercayai juga seorang pendakwah agama, bertanya kepada Firdaus tentang apa yang perlu dilakukan apabila remaja bukan Islam di bawah umur mahu memeluk Islam.

Firdaus berkata remaja itu sepatutnya dialu-alukan untuk memeluk Islam tetapi pengislaman mereka tidak boleh didaftarkan atau diumumkan.

Dia turut berkongsi nasihat tentang bagaimana remaja itu boleh mengamalkan Islam secara berhemah supaya mereka dapat merahsiakannya daripada orang lain.

Dalam pada itu, Suthan juga berkata sekolah merupakan institusi untuk mendidik kanak-kanak.

"(Ini) bukan platform tukar agama kanak-kanak bawah umur tanpa kebenaran ibu bapa," katanya.

"Menteri Pendidikan Fadlina Sidek juga harus tegas dengan melarang kemasukan individu kontroversi ini dari semua sekolah rendah dan menengah," kata Suthan lagi.

Bagaimanapun, tanggapan Suthan bahawa penukaran agama secara rahsia berlaku di sekolah awam dipercayai berpunca kekeliruan yang disebabkan oleh kenyataan sebelum ini oleh sebuah NGO.

Dalam kenyataan itu, NGO itu mendakwa pendakwah yang meminta nasihat Firdaus adalah seorang guru sekolah.

Semakan Malaysiakini mendapati lelaki itu sebenarnya Adnin Roslan, seorang pengarang buku agama yang juga berpengaruh dengan pengikut yang ramai di TikTok.

Dalam klip video itu, Adnin turut kedengaran berkata dia didatangi beberapa pelajar yang ingin memeluk Islam selepas diberitahu oleh guru sekolah bahawa mereka hanya boleh menukar agama selepas mencapai umur 18 tahun.

-MKini

0 ulasan:

Catat Ulasan