Rabu, 5 Jun 2024

"India Kena Buat Kerajaan Perpaduan Sebab BJP Hilang Kerusi?"

 "India Kena Buat Kerajaan Perpaduan Sebab BJP Hilang Kerusi?"

PRU di India dikejutkan oleh parti pembangkang yang menghentak BJP di negeri-negeri penting sekaligus mengubah landskap politik India.

Parti Bharatiya Janata (BJP) yang dipimpin oleh Perdana Menteri India Narendra Modi hilang majoriti selepas selama satu dekad menang dengan majoriti mudah.

BJP asalnya merupakan parti tunggal terbesar di Lok Sabha, dewan rendah parlimen India. Tetapi semasa SPR India kira 640 juta undi, BJP jauh dari prestasi 2014 dan 2019.

BJP masih menjadi pilihan untuk PRU kali ini dengan majoriti terbesar, tapi mereka hanya mendapat 240 kerusi. Sedangkan majoriti mudah ialah 272 kerusi.

Pakatan pembangkang I.N.D.I.A yang dipimpin oleh Parti Kongres pula menang 223 kerusi, lebih tinggi daripada yang diramalkan sebelum undian. 

Modi dan parti beliau mungkin membentuk kerajaan, tetapi bergantung kepada jumlah sekutu yang menyokong mereka untuk melepasi majoriti 272. 

Pakatan BJP bersama sekutunya dalam National Democratic Alliance (NDA) memenangi 283 kerusi.

India kemungkinan akan mempunyai kerajaan NDA disebabkan BJP tidak mempunyai majoriti mudah sendiri.

Namun, para penganalisis politik India berkata bahawa keputusan pilihan raya menimbulkan persoalan tentang strategi BJP. 

Semasa kempen pilihan raya, Modi menumpukan perhatian kepada propaganda plot yang didakwa oleh pembangkang untuk menyerahkan sumber negara kepada orang Islam.

Pada masa yang sama, pembangkang cuba menyerang Modi atas rekod ekonomi kerajaannya. Walaupun negara itu merupakan ekonomi utama yang paling pesat berkembang di dunia, ramai rakyat India mendakwa inflasi tinggi dan pengangguran adalah kebimbangan utama bagi mereka.

Slogan kempen BJP, "Abki baar, 400 paar" (Kali ini, lebih dari 400), menetapkan sasaran 400 kerusi untuk pakatannya, dan 370 kerusi untuk BJP sendiri.

Ketika ini ramai dalam masyarakat India berurusan dengan realiti naiknya harga barang, pengangguran dan ketidakadilan pendapatan sehingga lebih buruk daripada semasa pemerintahan kolonial British.

"Keputusannya adalah seperti tidur berjalan bagi BJP menuju bencana. Hari ini, Modi telah hilang air mukanya. Beliau bukan lagi orang yang tidak terkalahkan dan aura yang tidak dapat dimusnahkan tidak lagi ada," kata Asim Ali, seorang penganalisis politik dan penulis kolumnis.

Walaupun mengalami kegagalan, BJP masih lagi menjadi parti terbesar di parlimen dan berpeluang membentuk kerajaan seterusnya bersama sekutunya NDA. 

Sedangkan parti pembangkang terbesar iaitu Kongres hanya memenangi 99 kerusi, kurang daripada separuh jumlah yang dijangka BJP akan menang apabila semua undi dikira.

Modi dalam ucapan mengatakan, "Semua lawan kita, digabungkan, tidak memenangi sebanyak yang dimenangi BJP sendiri."

Walau bagaimanapun, dua parti di dalam NDU kini akan memegang kunci kepada jawatan perdana menteri India.

Dua parti tersebut ialah Janata Dal-United, yang dipimpin oleh Nitish Kumar di negeri Bihar dan Telugu Desam Party, yang dipimpin oleh Chandrababu Naidu di negeri selatan Andhra Pradesh.

TDP memenangi 16 kerusi dan JD(U) 12. Kedua-dua parti tersebut juga sebelum ini pernah bersekutu dengan parti Kongres.

Persoalannya, siapa yang akan memimpin kerajaan India nanti? Adakah masih Modi?

Oleh: Azizul Farhan

___

Sumber 

0 ulasan:

Catat Ulasan