Isnin, 3 Jun 2024

Peguam: Wakil rakyat BERSATU perlu kosongkan kerusi

Dari kiri Zahari Kechik, Datuk Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid, Datuk Zulkafperi Hanapi, Mohd Azizi Abu Naim, Datuk Suhaili Abdul Rahman, Datuk Abdul Rashid Asari dan Datuk Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal.

Dari kiri Zahari Kechik, Datuk Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid, Datuk Zulkafperi Hanapi, Mohd Azizi Abu Naim, Datuk Suhaili Abdul Rahman, Datuk Abdul Rashid Asari dan Datuk Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal.

KUALA LUMPUR: Perlembagaan Persekutuan menyatakan wakil rakyat yang dilucutkan keahlian dalam parti perlu mengosongkan kerusi.

Peguam, Datuk Shamsuddin Nawawi, berkata jika dimaklumkan oleh parti yang wakil rakyat berkenaan dilucut keahliannya, Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul tidak ada pilihan lain, selain daripada mengisytiharkan kerusi berkenaan sebagai kosong.

"Speaker mesti patuh kepada peruntukan Perlembagaan Persekutuan. Speaker tidak ada hak untuk membuat siasatan bagaimana keahlian wakil rakyat berkenaan dilucutkan kerana itu urusan parti terbabit.

"Speaker tidak mencampuri urusan parti kerana speaker mesti bertindak secara 'apolitical' iaitu tidak membuat keputusan mengikut kecenderungan atau fahaman politik," katanya di media sosial hari ini.

Semalam, Ketua Armada BERSATU, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal memaklumkan enam Ahli Parlimen dan seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) BERSATU digugurkan keahlian serta-merta, selepas gagal menjawab surat arahan bertulis Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) parti untuk menzahirkan ikrar taat setia kepada parti itu.

Perkembangan itu dimaklumkan beliau ketika dihubungi BH sambil menjelaskan ia diputuskan dalam mesyuarat baru-baru ini.

"Parti sudah bermesyuarat. Mereka (enam Ahli Parlimen dan seorang ADUN) gugur keahlian automatik," katanya ketika ditanya mengenai keputusan parti dan tindakan terhadap enam Ahli Parlimen serta dua ADUN yang dipercayai tidak memberi respons terhadap surat arahan MPT itu.

Enam Ahli Parlimen itu ialah Ahli Parlimen Bukit Gantang, Datuk Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal; Zahari Kechik (Jeli); Mohd Azizi Abu Naim (Gua Musang); Datuk Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid (Kuala Kangsar), Datuk Suhaili Abdul Rahman (Labuan) dan Datuk Dr Zulkafperi Hanafi (Tanjong Karang).

Ahli Parlimen Tanjong Karang, Dr Zulkafperi Hanapi dan ADUN Selat Klang, Datuk Abdul Rashid Asari, yang sebelum ini dimaklumkan sudah terhenti secara automatik keahlian partinya selepas mereka menyertai kempen Pakatan Harapan (PH) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kubu Baharu.

Mengulas lanjut, Shamsuddin berkata, sekiranya wakil rakyat berkenaan tidak berpuas hati dengan keputusan kerusinya dikosongkan, mereka boleh membawa perkara berkenaan ke mahkamah.

"Sebelum ini, keputusan speaker adalah 'non-justiciable' iaitu tidak boleh dipertikai waima di mahkamah sekali pun.

"Ahli parti yang membawa pertikaian partinya ke mahkamah pula, secara automatik juga gugur keahliannya. Kesimpulan, ikut mana pun, pilihan raya kecil (PRK) terpaksa lah dilakukan juga," katanya.

-BH Online 

Related Posts:

  • Sajat murtad umum keluar dari Islam?PETALING JAYA – Usahawan kosmetik kontroversi, Nur Sajat atau nama sebenarnya Muhammad Sajjad Kamaruzzaman, 36, sekali lagi didakwa membuat kejutan seolah-oleh berniat mahu menukar agama melalui sebuah video.Bagaimanapun tida… Read More
  • Siapa di sebalik Sugarbook? SUGARBOOK merupakan sebuah perniagaan yang dipelopori oleh golongan kapitalis Cina dan hal ini terbukti apabila pengasasnya sendiri telah mendedahkan bahawa Sugarbook merancang mencari dana untuk meluaskan jaringan… Read More
  • Tahniah:SKMM sekat laman web Sugarbook Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) menyekat akses ke laman cari teman, Sugarbook hari ini selepas menyatakan ia akan menyiasat aplikasi berkenaan.Laman web perkhidmatan itu didapati tidak dapat diakses melalui… Read More
  • Pejabat Mufti pandang serius kenyataan Sajat MUHAMMAD Sajjad Kamaruzzaman (Nur Sajat) semasa hadir ke Mahkamah Tinggi Shah Alam pada 13 Oktober 2019. - UTUSAN/ZULFADHLI ZAKIPUTRAJAYA: Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan memandang serius kenyataan Muhammad Sajjad Kam… Read More
  • Kenapa bekas Ketua Yayasan Kebajikan ketuai 'belasah' Rina Harun secara berjamaah?Selepas kurus dan kelihatan cantik Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rina Mohd Harun kini dibelasah secara berjamaah di media sosial apabila beliau menjadikan pejabatnya sebagai studio pengambara… Read More

0 ulasan:

Catat Ulasan