Sabtu, 3 Ogos 2024

Pertindihan cuti umum:Tiada cuti gantian automatik pada 17 September 2024

GAMBAR hiasan.

GAMBAR hiasan.

 Kuala Lumpur: Tiada cuti gantian secara automatik diberikan pada hari bekerja 17 September depan walaupun berlaku pertindihan hari kelepasan am pada Hari Keputeraan Nabi Muhammad SAW (Maulidur Rasul) dan Hari Malaysia yang masing-masing pada 16 September.

Menurut pengumuman di laman sesawang Bahagian Kabinet, Perlembagaan dan Perhubungan Antara Kerajaan, Jabatan Perdana Menteri, ia berikutan Akta Hari Kelepasan 1951 tidak memperuntukkan cuti gantian secara automatik bagi hari-hari kelepasan am bertindih atau jatuh pada hari bekerja yang sama.

"Meskipun demikian, kerajaan boleh menetapkan suatu hari lain untuk diterima sebagai hari kelepasan am sekiranya perlu," menurut pengumuman itu.

-myMetro 

0 ulasan:

Catat Ulasan