Rabu, 14 Ogos 2024

Terkini:Harga diesel turun 5 sen lagi

 

Harga runcit diesel di Semenanjung Malaysia diturunkan sebanyak 5 sen seliter dua minggu berturut-turut. Gambar hiasan
Harga runcit diesel di Semenanjung Malaysia diturunkan sebanyak 5 sen seliter dua minggu berturut-turut. Gambar hiasan

PUTRAJAYA - [DIKEMAS KINI] Harga runcit diesel di Semenanjung Malaysia diturunkan sebanyak 5 sen seliter, dua minggu berturut-turut.

Ia menjadikan harga baharu bahan bakar itu bagi tempoh 15 hingga 21 Ogos adalah RM3.25.

Kementerian Kewangan (MoF) menerusi kenyataan memaklumkan harga baharu itu seiiring dengan penurunan harga pasaran dunia minyak ketika ini.

"Bagi harga runcit diesel di Sabah, Sarawak dan Labuan, ia kekal pada paras RM2.15 seliter," katanya pada Rabu.

Ujar MoF, harga runcit petrol RON97 dan RON95 masing- masing dikekalkan pada paras RM3.47 serta RM2.05 seliter pada tempoh sama.

"Kerajaan akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah yang bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara," ujarnya.

Pasaran minyak dijangka kekal tidak menentu dalam tempoh terdekat ini dipengaruhi beberapa faktor seperti jangkaan kemelesetan di Amerika Syarikat (AS) serta ketegangan geopolitik di Asia Barat.

Harga minyak memulakan dagangan pada minggu lalu dengan jatuh sehingga serendah AS$75 pada Isnin, harga terendah sejak Disember 2023.

-SH Online 

0 ulasan:

Catat Ulasan