Khamis, 15 Ogos 2024

KOLEKSI RESEPI:BINGKA @ BENGKANG UBI KAYU

 RESEPI BINGKA @ BENGKANG UBI KAYU

BAHAN-BAHAN:

4 cawan penuh (padat) ubi parut/ kisar

1 cawan santan pekat 

1 cawan air

1 cawan gula 

1 sudu teh garam

Beberapa titik pewarna kuning telur (empunya resipi guna pewarna oil base)

2 sudu makan marjerin @ mentega yang dicairkan

CARA MEMASAK:

1.Kupas licin ubi kayu kemudian parut. Anggaran ubi kayu yang digunakan lebih kurang 1 kg lebih (masih ada sisa). Parutan ubi kayu ini tidak perlu diperah

2. Sukat parutan ubi kayu sebanyak 4 cawan penuh dan masukkan ke dalam bekas. Masukkan air, santan pekat, gula, garam dan pewarna. Kacau sebati

3. Adunan yang sudah dikacau. Jika menggunakan santan kotak, masukkan 2 sudu makan marjerin atau mentega yang dicairkan (optional). Kacau sebati sekali lagi.

4. Ambil loyang dan griskan dengan mentega dan juga dilapik dengan baking paper. Masukkan adunan. ( empunya resipi guna loyang saiz 8 inci.)

5. Bakar pada suhu 180C selama lebih kurang 1½ jam atau mengikut ketuhar masing-masing.

6. Bila Bingka Ubi Kayu telah siap dibakar, boleh letak majerin @ mentega dan sapu dipermukaannya supaya nampak cantik berkilat dan kerak pun sedap.

7. Bila kuih telah sejuk atau suam, keluarkan dari loyang dan potong. Sedia untuk dinikmati.

Kredit empunya resepi

Source 

0 ulasan:

Catat Ulasan