Jumaat, 2 Ogos 2024

Olimpik Paris 2024:RTM nafi tak siar perlawanan Zii Jia

 Ketua Pengarah Penyiaran Suhaimi Sulaiman berkata perlawanan itu disiarkan secara langsung di saluran Okey pada 8.50 hingga 9.30 malam Khamis.


Terdahulu, Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil meminta penjelasan RTM selepas terdapat dakwaan stesen televisyen itu tidak menyiarkan perlawanan membabitkan Lee Zii Jia. (Gambar Bernama)

PETALING JAYA
RTM menafikan tidak menyiarkan secara langsung aksi pemain badminton perseorangan lelaki negara Lee Zii Jia dalam perlawanan terakhir peringkat kumpulan Sukan Olimpik Paris 2024 semalam.

Ketua Pengarah Penyiaran, Suhaimi Sulaiman, berkata perlawanan Zii Jia menentang pemain ke-62 dunia dari Sepanyol Pablo Abian disiarkan secara langsung di saluran Okey pada Khamis, 8.50 malam hingga 9.30 malam.

“Terdapat perlawanan atlet Israel menentang pemain Nepal melalui saluran Olimpik 4 RTMKlik yang tidak sengaja disiarkan kurang daripada lima minit.

Bagaimanapun, RTM telah mengambil tindakan segera menukar siaran ke acara lain iaitu acara bola baling,

 katanya dalam kenyataan.


Suhaimi Sulaiman.

Suhaimi berkata, RTM menyiarkan secara langsung Sukan Olimpik melalui dua saluran utama iaitu
TV Okey dan saluran Sukan dan enam saluran khas di RTMKlik.

Terdahulu, Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil meminta RTM memberikan penjelasan selepas terdapat dakwaan stesen televisyen itu tidak menyiarkan perlawanan membabitkan pemain profesional badminton perseorangan lelaki negara.-FMT

0 ulasan:

Catat Ulasan