Khamis, 29 Ogos 2024

"Nasihat Rasulullah SAW kepada Para Pemuda."

 "Nasihat Rasulullah SAW kepada Para Pemuda."

Oleh: Muqri Nizam

Pemuda merupakan benteng dalam masyarakat. Jikalau runtuhnya pemuda kini nescaya runtuhlah asas masyarakat kita pada hari ini. Islam sebagai sebuah Agama Fitrah amat menitik beratkan peranan pemuda. Hal ini dibuktikan lagi dengan peranan pemuda pada era awal Islam ramai ashabi yang muda muda telah menunjukkan peranan mereka.

Kita lihat dua pemberani daripada golongan Ansar yang merupakan dari kalangan pemuda dalam Pertempuran Badar Al-Kubra telah memperlihatkan keberanian mereka dengan membunuh ketua Musyrikin Makkah iaitu Abu Jahal. Di sini kita melihat potensi pemuda tidaklah diabaikan dalam Islam.

Dalam sebuah Hadis, Daripada Abdullah bin Mas’ud R.A, Nabi SAW bersabda:

يَا مَعْشَرَ الشَّبَابِ مَنِ اسْتَطَاعَ مِنْكُمُ الْبَاءَةَ فَلْيَتَزَوَّجْ فَإِنَّهُ أَغَضُّ لِلْبَصَرِ وَأَحْصَنُ لِلْفَرْجِ وَمَنْ لَمْ يَسْتَطِعْ فَعَلَيْهِ بِالصَّوْمِ فَإِنَّهُ لَهُ وِجَاءٌ

Maksudnya: “Wahai para pemuda! Sesiapa di antara kamu telah mampu (pembiayaan) berkahwin, maka bernikahlah. Kerana nikah itu dapat menundukkan mata dan memelihara faraj (kelamin). Dan sesiapa yang belum mampu, maka hendaklah berpuasa kerana puasa itu dapat menjadi perisai baginya (dalam membendung syahwat)” (Riwayat al-Bukhari: 5065 dan Muslim: 3466)

Di sini kita dapat lihat bahawa nasihat Rasulullah SAW kepada para pemuda agar dianjurkan untuk menikah. Mengapa nikah? Pertamanya, perlu difahami bahawa pemuda merupakan golongan yang paling terdedah untuk melakukan perbuatan yang melampaui dari batasan syarak tanpa menafikan golongan tua juga boleh berlaku.

Justeru, saranan ini lahir dari sabdaan Nabi SAW. Diikuti jikalau mempunyai kekurangan maka berpuasalah. Dalam berpuasa itu, dapat menahan diri kita dari melakukan perkara yang Haram.  Perlu kita ketahui bahawa Islam amat menitik beratkan fitrah manusia dalam kehidupan. 

Dan jelaslah saranan Nabi SAW ini sebagai suatu perkara yang jelas memberi kemudahan buat manusia untuk membebaskan diri dari gejala seks bebas yang nantinya merosakkan diri di kemudian hari.

----

Credit 

0 ulasan:

Catat Ulasan