Isnin, 12 Ogos 2024

Yakin calon kuat, BN tak tawar manifesto PRK Nenggiri

Ketua Umno Kelantan Ahmad Jazlan Yaakub berkata calonnya, Mohd Azmawi Fikri Abdul Ghani bukti keazaman BN tarik pengundi.

Ahmad Jazlan Yaakub berkata, manifesto tidak mampu menarik pengundi Nenggiri.

PETALING JAYA
Barisan Nasional (BN) tidak akan membentangkan manifesto pada PRK Nenggiri, sebaliknya menyandarkan kepada kekuatan calonnya, Mohd Azmawi Fikri Abdul Ghani, kata Ketua Umno Kelantan Ahmad Jazlan Yaakub.

Katanya, Azmawi merupakan keazaman BN yang akan berkhidmat kepada rakyat sekiranya diberi mandat pada 17 Ogos, sambil menegaskan manifesto tidak mampu menarik pengundi Nenggiri.

Beliau berkata, tidak ada gunanya melancarkan manifesto jika gagal melaksanakan tawaran dijanjikan.

“Apa guna membuat manifesto sebagaimana Perikatan Nasional (PN)…manifesto 1990 pun tidak selesai lagi dan batu asas yang ditanam pun sudah tidak dijumpai.

Satu apa pun mereka tidak buat dan pada PRK kali ini masih mahu menipu rakyat. Cukup-cukuplah tipu rakyat kerana penduduk di DUN Nenggiri sudah cerdik,

 katanya menurut Berita Harian di Gua Musang.

Jazlan memberi janji PAS yang didakwa tidak terlaksana merujuk lebuh raya rakyat.

Contohnya, projek Lebuhraya Central Spine Road. PAS berjanji dalam manifesto hendak buat lebuh raya rakyat, akhirnya siapa yang menyempurnakan dan melengkapkan? Kerajaan pusat juga yang akhirnya buat,

 katanya.

Semalam, calon PN, Rizwadi Ismail melancarkan manifesto dengan akronim Khidmat terbahagi kepada tujuh bahagian untuk pelbagai bahagian masyarakat, seperti Orang Asli, peneroka, kampung tradisi, anak muda, wanita, warga emas, dan usahawan; selain tawaran untuk semua warga Nenggiri.

Ia antara lain menyatakan akan melantik seorang pegawai pusat khidmat wakil rakyat dari kalangan Orang Asli, tuisyen percuma bagi murid-murid daripada keluarga kurang berkemampuan, dan menyelaras bantuan kemasukan asrama dan universiti untuk anak muda.

Pada PRN Kelantan Ogos tahun lalu, PN menang di Nenggiri dengan majoriti 810 undi dalam pertembungan dengan BN.

Seramai 20,259 pemilih layak untuk mengundi kali ini.-FMT

0 ulasan:

Catat Ulasan