Bila 12 individu, termasuk 2 ADUN DAP, ditahan di bawah SOSMA bermula pada 10 Oktober 2019 dan didakwa di mahkamah bermula pada 29 Oktober 2019 kerana dikatakan terlibat dengan aktiviti LTTE, maka berdebatlah suara para pemimpin DAP mendesak Peguam Negara menarik balik pendakwaan ini dengan alasan bahawa LTTE bukanlah sebuah kumpulan pengganas.
Serentak itu, para pemimpin DAP juga mendesak kerajaan supaya mengeluarkan LTTE dari senarai kumpulan pengganas walaupun Ketua Penolong Pengarah Bahagian Anti Pengganas (E8) Cawangan Khas Bukit Aman (waktu itu), iaitu Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay, dan Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador, menyebut polis mempunyai bukti kukuh mengenainya.
Akhirnya, setelah kira-kira empat bulan penahanan dan pendakwaan ini berlaku, iaitu 21 Februari 2020, maka Peguam Negara (waktu itu), Tan Sri Tommy Thomas, pun mengeluarkan satu kenyataan media bagi membatalkan arahan pengguguran kes ke atas 12 tertuduh LTTE ini dengan penjelasan yang mempersoalkan kedudukan LTTE sebagai sebuah kumpulan pengganas.
Tahukah anda apa yang berlaku antara tarikh penahanan 12 tertuduh LTTE pada 10 Oktober 2019, tarikh pendakwaan 12 tertuduh LTTE pada 29 Oktober 2019 dan tarikh pembatalan arahan pengguguran kes ke atas 12 tertuduh LTTE oleh Peguam Negara pada 21 Februari 2020?
Faktanya ialah, pada 12 Februari 2020, Perdana Menteri (waktu itu), Tun Dr Mahathir Mohamad, telah menulis sepucuk surat rasmi kepada Menteri Dalam Negeri (waktu itu), Tan Sri Muhyiddin Yassin, yang berbunyi: “Saya berpendapat tidak ada sebab kita teruskan label LTTE sebagai terrorist… Saya fikir eloklah jika dikeluarkan LTTE dari senarai terrorist.”
Lihatlah pula kenyataan rasmi Tan Sri Muhyiddin Yassin pada 22 Februari 2020 mengenainya sebagai menjawab kenyataan media Tan Sri Tommy Thomas pada 21 Februari 2020 (dan secara tersiratnya surat rasmi Tun Dr Mahathir Mohamad pada 12 Februari 2020) yang berbunyi:
(1) “Berdasarkan maklumat terkini yang diterima daripada pihak berkuasa, saya selaku Menteri Dalam Negeri mempunyai asas yang kukuh untuk mengekalkan penyenaraian LTTE sebagai kumpulan pengganas. Kumpulan ini dipercayai masih mempunyai ideologi yang boleh menimbulkan ancaman terhadap ketenteraman awam dan keselamatan negara.”
(2) “Saya ingin menegaskan bahawa penyenaraian LTTE sebagai kumpulan pengganas adalah tertakluk kepada kuasa Menteri Dalam Negeri yang diperuntukkan oleh undang-undang. Peguam Negara tidak mempunyai apa-apa kuasa di bawah undang-undang untuk mencampuri urusan yang berada di bawah bidang kuasa Menteri Dalam Negeri.”
Oleh itu, berdasarkan fakta ini, eloklah kita berfikir: Siapakah sebenarnya pejuang dan siapakah sebenarnya petualang?
– Dr Kamarul Yusoff
Kopek Ikan Bilis Beli Di Tik Tok
32 minit yang lalu
0 ulasan:
Catat Ulasan