Muafakat Nasional (MN) di Terengganu ibarat retak menanti belah seperti dapat dilihat dalam pertengkaran antara bekas Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said yang juga Pengerusi Umno negeri dengan Adun Bukit Tunggal, Dr Alias Razak semalam.
Ketua AMK Terengganu, Nazhan Zulkifli berkata, pergaduhan di sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) itu memberi petunjuk besar bahawa pimpinan Pas dan BN tidak ‘sebulu’ dalam MN apa lagi dalam kerajaan Perikatan Nasional (PN).
“Tindakan ADUN Kijal (Ahmad Said) mempersoalkan tindakan kerajaan negeri Terengganu menunjukkan ada unsur perpecahan MN di Terengganu,” ujarnya dalam satu kenyataan hari ini.
Semalam, DUN Terengganu kecoh seketika apabila Dr Alias yang merupakan Exco kerajaan negeri turut bangun menempelak kembali Ahmad Said yang menyebut “Kalau nak gaduh boleh.”
Mengulas lanjut Nazhan menyifatkan Pas dan Umno seolah-olah menggadaikan nasib rakyat Terengganu dengan isu penyelewengan wang rakyat.
“Kita masih belum melupakan tragedi stadium runtuh di Stadium Sultan Mizan yang berlaku pada 2009 di bawah pemerintahan Barisan Nasional (BN) satu ketika dahulu, selain projek mega seperti Taman Ilmu Tembila di Besut serta Kompleks Bebas Cukai di Kenyir yang sehingga sekarang masih tiada khabar berita,” ujarnya.
Sehubungan itu, beliau menggesa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membuka kes siasatan projek ‘sakit’ di Terengganu selain menyiasat juga isu yang dibangkitkan oleh Ahmad Said.
“Kita tidak boleh membiarkan isu-isu rasuah dan penyelewengan wang rakyat dibiarkan terlepas begitu sahaja.
“Sidang DUN Terengganu ini menampakkan betapa ahli politik di Terengganu kini sibuk bercakaran demi kuasa dan pangkat.
“Saya bersetuju tindakan ADUN Kijal mempersoalkan pimpinan kerajaan negeri namun beliau juga sepatutnya berani mempersoalkan projek-projek ‘sakit’ yang bermasalah di Terengganu satu ketika dahulu,” bidasnya.
Pemerhati politik sebelum ini menyifatkan hubungan antara Umno dan Pas dalam MN di Terengganu bakal bergoncang jika formula pembahagian kerusi tidak memuaskan hati mana-mana pihak.
Sejak kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Chini bulan lalu, kepimpinan tertinggi Umno dikatakan mendesak supaya PRU-15 diadakan segera.
Pas Terengganu pula mengeluarkan pengarahan supaya jentera pilihan raya mereka bersiap sedia menghadapi PRU-1
sumber
Jumaat, 14 Ogos 2020
Home »
Kontroversi
,
Muafakat Nasional
,
Parti Politik
,
PAS
,
UMNO
» Pas-BN Terengganu tidak ‘sebulu’, Muafakat Nasional retak menanti belah?
Pas-BN Terengganu tidak ‘sebulu’, Muafakat Nasional retak menanti belah?
Related Posts:
PAS dakwa ada bincang kerjasama dengan pemimpin utama Umno malaysiakini.comDiterbitkan: Jul 22, 2024PAS mendedahkan beberapa siri pertemuan bersama pemimpin utama Umno untuk membincangkan kerjasama bagi menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-16 (PRU16).Ketua Penerangannya, Ahmad Fadhl… Read More
Pemimpin Umno hadir kongres DAP buat kali pertama Presiden Umno Zahid Hamidi hadir di Hotel Marriott, Putrajaya, pagi ini, disambut Setiausaha Agung Loke Siew Fook.(Dari kanan) Zahid Hamidi, Zambry Abd Kadir dan Asyraf Wajdi Dusuki pada Kongres Kebangsaan DAP di Hotel … Read More
Selepas menjadi 'penumpang', Umno bakal terkubur pada PRU16 Masa depan parti yang pernah menguasai Malaysia selama lebih 6 dekad itu semakin suram, dengan pemerhati menjangkakan kejatuhannya tidak lagi dapat disekat.Satu masa dulu dikenali sebagai 'abang besar' dalam kerajaan, U… Read More
Kenapa Hubungan PAS dan PKR Rosak ? Anak2 muda hari ini diberi gambaran seolah-olah PAS adalah sebuah parti pengkhianat yang mengkhianati kawan2. Hubungan PAS dan PKR agak lama. Sejak tahun 1998 yang dipanggil Barisan Alternatif hingga mereka berjaya menta… Read More
PRK Sg Bakap tunjuk Umno hilang tempat di P Pinang Sikap tidak peduli politik dan potensi sabotaj dalaman oleh Umno juga dilihat sebagai faktor lain menyumbang kepada kekalahan PH.Seorang pengundi dari Kampung Wellesley, Cheoh Bak Choon, 70, bersama penduduk lain selepa… Read More
0 ulasan:
Catat Ulasan