Berdasarkan laporan dari CPRC kebangsaan, 30 orang telah dikesan positif Covid-19 dari kluster ini. Lihat bagaimana 1 index kes yang ingkar perintah kuarantin di rumah boleh menjangkiti 29 orang yang lain melalui generasi pertama dan generasi kedua.
Mari kita sama-sama bayangkan. Dari index kes, dia telah menjangkiti anak, 4 orang pekerja dan 3 orang pelanggan restoran dari generasi pertama.
Pelanggan ye tuan puan. Kalau difikirkan, kedai makan tu open space, bukan confine space. Boleh bayang tak bagaimana cara jangkitan. Katakanlah paling lama seorang pelanggan berada di kedai, makan roti canai dan minum teh tarik selama sejam, kedai tu pula bukanlah tertutup dan berhawa dingin. Kalau duduk serumah, kerja satu pejabat dan menghadiri sebarang perhimpunan tu, kita faham bagaimana jangkitan boleh berlaku. Sebab berada di tempat tertutup, ramai orang, tiada penjarakan sosial dan berada dalam tempoh yang agak lama.
Tapi pelanggan restoran ini, paling lama pun, sejam berada dalam kedai. Bayangkan bagaimana virus tu merebak. Tak mungkin pelanggan tu nak berjabat tangan atau nak peluk tokey kedai atau pekerja kedai sebab sedap sangat roti canai dan teh tarik tu kan.
Ada beberapa kemungkinan bagaimana dan bila virus boleh merebak. Mungkin melalui pinggan mangkuk, sudu dan cawan.
Pekerja yang dijangkiti tu pegang hidung - - kemudian pegang pinggan roti canai - - virus lekat pada pinggan - - hantar pada pelanggan - - pelanggan pegang pinggan - - sentuh mata atau hidung - - makan.
Ataupun pelanggan bayar duit pada tokey kedai - - tokey kedai sebelum tu pegang hidung - - virus lekat pada tangan - - kemudian beri duit baki pada pelanggan - - pelanggan ambil - - pelanggan gosok mata atau pegang hidung.
Jadi apa pengajaran di sini. Katakanlah pelanggan dah pakai mask dan amalkan penjarakan sosial, tapi dia tetap dijangkiti.
Maksudnya virus ini yang mungkin dari strain mutasi, SANGAT mudah merebak. Hanya melalui sentuhan sahaja boleh menjangkiti orang lain.
Jadi apa perlu kita buat:
1) Cuci tangan dengan sabun atau guna hand sanitizer terutama selepas balik dari tempat awam.
2) Jika tiada keperluan untuk makan di kedai, bungkus atau makanlah di rumah.
3) Buat masa ini, tak perlu la rasanya nak jalan-jalan window shoping di mall atau tempat yang ramai orang. Beli barang keperluan saja dan terus balik.
4) Tak perlu bersalam dengan orang lain jika tiada keperluan.
5) Pakai mask dan penjarakan sosial - setiap hari sudah dipesan oleh pihak KKM dan MKN.
Kita tidak tahu siapa di sekeliling kita yang membawa virus ini. Akhir sekali, berdoalah agar kita semua dilindungi-Nya.
eLLy
Pakar Perubatan Kesihatan Awam
7/8/2020
Enam maut dalam nahas babitkan bas persiaran di Ayer Keroh
2 jam yang lalu
0 ulasan:
Catat Ulasan